Blog-blog Konspirasi

Alhamdullilah....syukur kepada Allah s.w.t...masih mampu bernafas hingga saat ini....dengan izin dan upayaNYA....hari ini...kita dapat lihat kebanjiran blog-blog konspirasi di malaysia...bagi aku(lebih rapat berbanding "saya")...ini adalah satu petanda yang cukup baik...banyak maklumat-maklumat yang baru dan segar dapat kita peroleh...bukan sekadar untuk membaca....tetapi untuk kita menggunakan AKAL yang telah di anugerahkan dengan lebih baik....bukak minda...berfikir...keluar dari JAJAHAN MINDA yang ditinggalkan oleh penjajah....antara blog-blog konspirasi tersebut adalah jejak tinggalan rasul,awaken dan freeourmind...

KEBERATAN MAUT DAN KENGERIANNYA

                       
                       Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Maan ahabba liqaa Allah, anabballahu liqaa'ahu wamam karina liqaa Allahi karihallahu liqq'ahu bermaksud: Siapa yang suka bertemu kepada Allah, maka Allah suka menerimanya dan siapa yang tidak suka bertemu kepada Allah, Allah juga tidak suka menerimanya.
                       Seseorang mukmin bila dalam sakaratul maut, mendapat khabar gembira bahawa ia diridhoi Allah s.w.t. dan akan mendapat syurga, maka ia lebih suka segera mati daripada terus hidup, maka Allah s.w.t. menyambutnya dengan limpahan kurnia rahmatNya dan sebaliknya orang kafir ketika melihat siksa Allah s.w.t. yang akan diterimanya, ia akan menangis dan enggan (tidak suka) mati dan Allah s.w.t. juga menjauhkannya dari rahmat dan akan menyiksanya.
                    Sufyan Atstsauri berkata: "Hadis ini tidak bererti bahawa kesukaan mereka untuk bertemu kepada Allah s.w.t. itu yang menyebabkan Allah s.w.t. kasih kepada mereka, bahkan bererti kesukaan mereka untuk bertemu dengan Allah s.w.t. kerana Allah s.w.t. kasih kepada mereka. Sebagaimana ayat Yuhibbuhum wayuhibbunahu (yang bermaksud) Allah kasih kepada mereka, maka mereka cinta kepada Allah juga. Juga didalam hadis: Idza ahabballahu abdan syagholahu bihi (yang bermaksud) Jika Allah kasih kepada seorang hamba, maka disibukkan dengan dzikir dan selalu ingat kepadanya."
                      Ketika Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa siapa yang tidak suka bertemu kepada Allah s.w.t. maka Allah s.w.t. tidak suka bertemu kepadanya. Sahabat berkata: "Ya Rasulullah, kita semua tidak suka mati." Jawab Rasulullah s.a.w. "Bukan itu, tetapi seorang mukmin bila akan mati datang Malaikat yang membawa khabar gembira kepadanya apa yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. sebaliknya orang kafir jika akan mati datang Malaikat yang mengancamnya dengan siksaan Allah s.w.t., yang akan dihadapi sehingga ia tidak suka bertemu kepada Allah s.w.t."
                      Abul-Laits dengan sanadnya dari Jabir r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Hadditsu an Bani Isra'il wala haraj, fa innahum qaumun qad kaana fahimul a'aajib (yang bermaksud) Kami boleh bercerita tentang bani Isra'il, dan tidak ada dosa, kerana pada mereka telah terjadi berita-berita yang aneh-aneh (ganjil-ganjil).
                      Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. menceritakan: Terjadi serombongan Bani Isra'il keluar sehingga sampai diperkuburan, lalu mereka berkata: "Andaikata kita sembahyang disini kemudian berdoa kepada Tuhan supaya keluar salah seprang yang telah mati disini lalu menerangkan kepada kami bagaimana soal mati, maka sembahyanglah mereka kemudian berdoa, tiba-tiba ada orang telah menonjolkan kepalanya dari kuburan berupa hitam, lalu bertanya: "Hai kaum, apakah maksudmu, demi Allah saya telah mati sejak sembilan puluh tahun yang lalu, maka hingga kini belum hilang juga rasa pedihnya mati kerana itu berdoalah kamu kepada Allah untuk mengembalikan aku sebagaimana tadi, padahal orang itu diantara kedua matanya ada tanda bekas sujud."
                      Abul-Laits berkata: "Siapa yang yakin akan mati maka seharusnya bersiap sedia menghadapinya dengan melakukan amal yang soleh (baik) dan meninggalkan amal kejahatan (dosa), sebab ia tidak mengetahui bilakah datangnya mati itu kepadanya, sedang Nabi Muhammad s.a.w. telah menerangkan pada umatnya supaya mereka benar-benar bersiap-siap untuk menghadapinya dan supaya mereka sanggup sabar dan tabah menghadapi penderitaan dunia, sebab penderitaan dunia ini jauh lebih ringan dibandingkan dengan siksaan akhirat sedang maut itu termasuk dari siksaan akhirat."

Sedekah

Salam...antara langkah paling mudah untuk bersedekah dan menderma adalah tanamkan dalam diri untuk membuat satu target dan koleksi iaitu setiap masjid yang kita pergi...sedekah kan seberapa yang kita mampu...dalam hidup kita sudah pasti lebih 50x kita ke masjid kan...tanamkan dalam diri...setiap duit yang kita ada adalah rezeki dr Allah S.W.T semata-mata....insyaAllah..

Alhamdulillah

Alhamdullilah.....telah sampai di Malaysia pada 16.6.10 yang lalu...12 hari di tanah arab bnyk memberi pengalaman yang baru kepada saya. Sayang untuk tinggalkan Mekak al-mukarammah...100 000 kali ganda ganjaran sesiapa yang bersembahyang di Masjidil Haram...Sayang untuk tinggalkan Madinah al-munawarrah...10 000 ganjaran untuk sesiapa yang bersembahyang di Masjid Nabawi...subhanallah....seronok bersembahyang di kedua-dua masjid terutamanya melihat begitu ramai manusia dari seluruh pelusuk dunia berpusu-pusu untuk mengimarahkan masjid...sgt berbeza di malaysia...bina masjid berjuta-juta...beratus ribu....tp yang mengimarahkannya...boleh di kira dengan jari...semoga Allah S.W.T mengizinkan untuk menjejakkan kembali ke dua-dua tanah haram tersebut pada masa hadapan..InsyaAllah...