Coretan oleh Muhammad Iftitah

Manusia akan percaya pembohongan yang selalu didengarnya. Minda manusia memang diset macam tu.

Sekarang ni sektor agama diserang kiri kanan depan belakang.

Baik media massa, baik fb.

Hujah geng atheist ni ada 2 core.
1. Mempersoalkan agama.
2. Justifications menggunakan logik akal.

Takde pilihan dah... Kalau nak selamatkan iman, memang kena asingkan diri dah.

Tutup segala socmed.
Sekarang ni, golongan yang tampak seperti alim pun ramai yang tunggang agama.
Sekarang ni zaman yang dikatakan dalam hadis iaitu orang yang paling mulia adalah orang beriman yang diapit oleh 2 orang ulama.

Sekarang ni adalah zaman orang melarikan diri ke gunung2 untuk selamatkan iman.

Kalau kita masih terkejar2 nak banglo, nak kereta honda, nak investment pulangan 100% sebulan, nak buat "good debt" konon2nya. Investment loan katanya.
Percaya la, korang sedang menjual akhirat untuk dunia.
Perjudian di mana iman menjadi taruhan.

Tapi, kalau iman tu takde value bagi korang, go on je la. Hak individu ma. Yg kene soal pun korang.
Aku dah bagitau, bahagian aku dah lepas.

Akal ni gunanya untuk berfikir, dan membezakan antara baik dan buruk.

Iman ni adalah keyakinan kuasa 2. Selagi ada akal terlibat, ia hanyalah kepercayaan, belum capai tahap keimanan.
Kepercayaan kuasa dua = keyakinan.
Keyakinan kuasa dua = keimanan.

Keimanan tak perlukan akal.
Orang beriman x perlukan bukti untuk beriman.
Orang kafir xkan beriman walaupun diberikan sejuta bukti.

Mungkin kau rasa aku gila sebab tulis macam ni, tapi kau tu siuman ke?

Susah2 kau jual MASA dan USAHA setiap hari dengan bekerja, lepas tu kau derma gitu je duit tu kat bank dalam bentuk riba sebab bank bagi loan, sedangkan bank cipta duit loan kau tu atas angin je.
Siuman ke tu?

Ni zaman mengasingkan diri, sebelum tiba zaman makanan dan kekayaan semua kat tangan Dajjal.
Kita makan zikir je.
Aku x tau la kau percaya kita betul2 makan zikir je.
Aku dah try, x sempat 2 hari, aku carik nasik.

Mungkin makan zikir tu maksudnya kita bersabar dengan mengingati bahawa semua ni ujian dari Allah swt. Kalau mati kelaparan pun, matilahhh. Mati dalam keadaan mengingati Allah.
Not a bad ending, rite?

Apa2 hal pun, gi baca balik Khutbah Terakhir Rasulullah saw.

Cp fb muhammad iftitah

Puasa khusus

Syarat Puasa Khusus
1.Menjaga lisan dr perkara haram seperti menipu mengumpat
2.Menjaga mata dr perkara haram
3.Menjaga telinga
4.Menjaga seluruh anggota badan dr hujung kaki ke hujung rambut
5.Menjaga perut iaitu tidak terlalu kenyang ketika berbuka iaitu makan ringan dahulu
6.berdoa kepada Allah

Ashaduanlailahaillah
Astaghfirullah
Asaluka ridhoka wa jannah wa auzubika min saghotika wana

Didik anak

Jgn biarkan anak melihat bercakap mengenai dunia pada waktu antara maghrib dan isyak.

Kena kurang rasa cakna pd dunia dan lebihkan takzim pada akhirat

Kena cari rezeki zahir dan batin

Waktu antara maghrib dan isyak waktu yg sgt disujai Allah.

2 kalimah ringan di mulut berat ditimbangan

Subhanallah wa bihamdihi subhanallah hil azim astaghfirullah

Amalan utk murah rezeki yg pelbagai, dibaca setiap hari sebanyak 300x di ijazahkan oleh habib idrus hadramaut

Ditambah isgtigfar krn firman Allah yg menyruh kita berisghtigfar yg mana akn diturun kn dr langit rezeki yg melimpah dgn kalimah isghtigfar

Kehebatan Solat

Rahsia kekuatan imam ahmad bin hambal menghadapi kerajaan muktazilah

-Solat malam dan siang paling kurang 300 rakaat

Khalifah muawiyah bin abu sufian
-kerajaan yg hebat dlm bbyk bidang

-petua- hadis qudsi-wahai anak adam,beri kpd ak 4 rakaat pd waktu pg,ak akan jamin hidayah dan taufik pd hari tersebut

Jumhur ulamak Iaitu solat dhuha. Iaitu sebelum matahari tegak(lebih kurang 15min sebelum zohor 28 minit selepas subuh)

Solat kusyuk
-memahami makna surah fatihah secara detail
-alhamdulillah-kekuasaan Allah
-sifat kasih syg Allah
-Malikiyaumidin- setiap perbuatan akn dibalas
-iyyakanak budu-
-ihdinasirroltolmustaqim

-setiap org Islam perlu ada kekitaan sesama muslim
-tanggungjawab kpd Islam

Ketika sebut Assalamualaikum-wajah masih mengadap kiblat..ketika menyebut warahmatullah baru lah pusing kan wajah ke kanan dan kiri

PETUA GENERASI LAMA TERENGGANU MERAMAL BANJIR

Berdasarkan beberapa maklumat dari generasi tua di Terengganu, mereka menceritakan beberapa kaedah dan teknik dalam meramal kejadian alam, terutamanya banjir yang akan melanda kawasan mereka melalui beberapa keadaan.

1. Bintang Tujuh Beradik

Menurut nelayan di sekitar Muara Besar Marang, jasad samawi memainkan peranan dalam menunjukkan bermulanya musim tengkujuh. Bintang Tujuh Beradik akan keluar di dada langit, terutamanya pada awal malam dengan kedudukan antara 30 hingga 45 darjah.

Bintang berkenaan berada dalam keadaan tersusun dan selari, dengan kedudukan menegak dan rapat antara satu sama lain. Ketujuh-tujuh bintang ini didakwa sebagai punca kepada gelaran Tengkujuh yang merujuk kepada bermulanya musim monsun di Pantai Timur.

2. Guruh Pemberitahuan

Melalui petua ramalan generasi lama di Terengganu, pada permulaan bulan September / Oktober, guruh yang berbunyi kuat pada waktu tengah hari / sejurus sebelum waktu Zohor merupakan petanda masuknya musim hujan. Guruh berkenaan akan berbunyi, biasanya pada tengah hari dalam keadaan cuaca panas terik.

Versi masyarakat darat mengatakan bahawa guruh berkenaan berbunyi di perbukitan Tanah Tinggi Terengganu manakala versi masyarakat pantai mengatakan guruh berkenaan berbunyi di Laut Besar (Laut China Selatan).

3. Guruh Amaran

Guruh amaran biasanya dikesan sejurus sebelum bermulanya sesi curahan hujan lebat. Bunyinya seperti dentuman gendang dan berlarutan sehingga 30 saat sebelum berhenti.

Selepas itu tiada bunyi guruh dikesan dan hujan mulai lebat, menandakan bermulanya sesi curahan hujan.

4. Hujan Malam Jumaat

Andainya hujan bermula pada malam Jumaat dengan keadaan kaki langit yang gelap (pada pandangan masyarakat pantai), ia menandakan bahawa hujan tidak akan berhenti sehingga 'bertemu ketika' iaitu sehingga malam jumaat minggu seterusnya.

Cuaca pada minggu berkenaan tidak akan menentu, dengan hujan dan mendung bersilih ganti. Keadaan seperti ini akan menjurus kepada berlakunya banjir.

5. Haiwan Merayap

Pemerhatian kepada tahap ketinggian aras air banjir biasanya diperhatikan pada gerak geri haiwan, terutamanya semut.

Kadar perubahan sarang dan tahap ketinggian semut berpindah sarang memberi petunjuk kepada manusia mengenai aras ketinggian air banjir.

6. Kitaran Banjir Teruk

Terdapat pendapat kitaran banjir teruk yang berbeza di tempat yang berbeza, terdapat kitaran 2 tahun, 5 tahun, 10 tahun, 50 tahun dan 100 tahun sekali. Tahun berlakunya kitaran tersebut adalah berbeza di tempat yang berbeza di Terengganu khususnya.

Antara yang dicatatkan di lokasi tertentu dan mempunyai rekod bertulis adalah,

i) Banjir 1926 (Bah Merah) - Keseluruhan Terengganu kecuali Besut
ii) Banjir 1965/67 - Kuala Terengganu
iii) Banjir 1986 - Keseluruhan Terengganu

Kesimpulannya,

Generasi terdahulu mempunyai pelbagai teori dan pemerhatian terhadap alam, yang memungkinkan mereka untuk terus memahami aturan kehidupan yang ditentukan oleh Allah Ta'ala di bumi ini.

Sesungguhnya kejadian banjir dan musim hujan yang melanda adalah satu ketetapan yang berlaku di dalam aturan alam, pasti berlaku di seluruh Terengganu, dan masyarakat nusabangsa Terengganu menghadapinya dengan penuh kesabaran dan kekuatan selama wujudnya negeri ini melebihi 700 tahun yang lalu.

"Kalu Takuk Kene Boh, Dok Soh Duduk Di Tranung"

Kredit: ganutalgia.blogspot