Datukship

petikan dari sebuah blog :

Jumaat, 2008 Oktober 10
Datukship: Anugerah Murahan ?


Utusan Online, 10/10/2008 5:17pm

Melaka anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan

MELAKA 10 Okt. - Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan merupakan antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, esok. Dengan penganugerahan darjah DMSM itu, Shah Rukh Khan akan bergelar Datuk.- Utusan.

Ulasan

Datuk Shah Rukh Khan. Kelakar lah. Nak ketawa pun ada. Nak menangis pun ada. Apa dah jadi dengan darjah kebesaran yang satu ini? Tan Sri Khalil Yaakob minat Shah Rukh Khan ke? Atau terikut desakan isterinya yang menggilai Shah Rukh Khan? Atau ada pihak di pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka yang menjadi 'kipas-susah-mati' kepada Shah Rukh Khan?

Apa jasa Shah Rukh Khan kepada negeri Melaka? Apa jasa dia kepada Malaysia? Apa sumbangannya kepada industri filem tanah air? Apakah beliau membaikpulih moraliti remaja negara ini? Apakah kebaikan yang dibawakan oleh seorang Muslim yang telah mengaku murtad ini? Apakah beliau telah menasihati anak-anak gadis Melayu supaya berhenti menggilai artis Bollywood bagai nak rak?

Di mana kediaman Shah Rukh Khan di Malaysia? Batu Berendam? The Mines Resort City? Sejauh mana manfaat yang diberi kepada sosio ekonomi dan budaya negara ini? Apakah harum wangi yang disemai oleh Shah Rukh Khan ini?

Jika Siti Nurhaliza, boleh lah diterima walaupun pelik. Nicole David pun sepertinya juga. Lee Chong Wei? Silver medallist? Eww. Itu pun boleh? Lantak mereka. Mereka ada benda yang membuatkan rakyat Malaysia merasakan sebagai seorang rakyat biasa, aristokrat akan menghargai pencapaian yang dibawa.

Michelle Yeoh? Oh. Gadis itu kelahiran sini. Bersekolah di Ipoh. Sekarang dia dah besar, pergilah jauh-jauh mana kau nak pergi. Dan merata dunia, dia berbangga, dia dilahirkan di Malaysia.

Jimmy Choo mendapat gelaran Sir! Jangan dibandinglah siapa dia. Mencipta nama di UK, terkenal hingga Hollywood. Anugerah diterima di UK, layaklah sebab memang UK lah tempat dia mencipta nama. Yunus Rais dapat Sir? Yelah, dia kan pakar bahasa Inggeris di UK. Dan menetap di UK.

Tidak lupa juga, Datuk Jaafar, seorang datuk yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Taman Perpaduan. Dianugerah gelaran Sir kerana demi menyelamatkan pegawai British suatu masa dulu, bersepai bontotnya ditembak komunis.

DATUK SHAH RUKH KHAN? Alasan, memperkenalkan Malaysia dalam industri filem Bollywood dan membuatkan bilangan pelancong India meningkat. Bukti please...!!!

Hari ini, gelaran Datuk tak bermakna lagi. Saiful Bukhari Azlan, siap sedia untuk menerima gelaran Datuk. Begitu juga 'padayyappa-padayyappa' yang menentang Hindraf.

Semoga akan tiba saat di mana orang menolak anugerah gelaran Datuk atas alasan " DAH BANYAK SANGAT LAH! Takde istimewa dah! "
This was petikan from the person's i.d: not mine
I posted here for you to read that our datukship is getting cheaper by the day!.

Raya Dan Mercun

Ape yg best duk kat kg time raya...nie laa aktiviti utamanye...especially mlm raya...huh...pesta abis...sib baik bkn duit sendiri yg kuar...hehhe..tua muda semua join...syoknye raye...



.

Nik Aziz:"Padan Muke Kena Rogol"

Kite tgk ape Tuan Guru cakap psal x tutup aurat nie...

Menanti Di Barzakh-Far East



Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,



Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,



Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,



Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2



Kembali Oh Kembali,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,



Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,



Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2



Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata.

Ajal Datang Menjemput

16 September 2008,10.30 a.m...tarikh nenek kesayanganku meninggalkan dunia yang fana ini...aku sampai umah pada jam 5.30....selepas subuh aku tido jup...8.30...ayah aku call suruh siap2 untuk pegi hospital...smpai hospital..aku pegi tingkat 4...wad ICU...aku masuk...sempat laa aku tgk nenek aku...tp time tu memang dah tgh nazak...aku sedey jugakla...nielaa 1st time aku tgk org yg dalam keadaan nazak...lepas sejam...doctor behentikan oksigen...dalam mase seminit...nenek aku trus meninggalkan dunia...semua yang belaku cepat sgt...2 minggu sebelum nenek aku meninggal...aku ade jumpe..time tu dia sihat lg...ok je..tp sape tau...ALLAH s.w.t lagi berkuasa... . And here is the rest of it.