Bab mengapa saya katakan zaman intiqolat/peralihan kepada zaman Khilafah ‘ala Minhajin-Nubuwwah itu sudah terlalu hampir.
1. Hadits diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dalam Sunannya hadits no 4291 :
حدثنا سليمان بن داود المهري، أخبرنا ابن وهب، أخبرني سعيد بن أبي أيوب، عن شرَاحيل بن يزيد المعافري، عن أبي علقمة، عن أبي هريرة فيما أعلم،
عن رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم قال: "إِنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ لهذِهِ الأمَّةِ عَلَى رأْسِ كلِّ مائةِ سنةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَها".
قال أبو داود: رواه عبد الرحمن بن شُريح الإِسكندراني لم يجُزْ به شراحيلَ.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah (RA) dari RasuluLlah (SAW): Sesungguhnya ALLAH akan mengutus pada umat ini setiap awal 100 tahun seorang mujaddid yang membaharui urusan agamanya. (Sunan Abu Dawud)
Imam Ahmad telah mengisyaratkan tentang shahihnya hadits ini, dan sungguh Adz-Dzahabi telah menyebutkan di dalam Siyar Al-A'lam : Imam Ahmad bin Hanbal berkata : dari jalur-jalur darinya bahwa sesungguhnya Allah membangkitkan bagi manusia setiap awal 100 tahun tahun orang yang mengajarkan mereka sunnah-sunnah, dan menolak kedustaan dari Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Dia berkata : maka kita melihat pada pada abad pertama adalah Umar bin Abdul Aziz, dan pada abad kedua adalah As-Syafi'i.
2. Darihal Hadits Asoib Timur menyerahkan kuasa pada Imam dari kitab Sunan Ibnu Majah:
حَدَّثَنَا حَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى الْمِصْرِيُّ وَإِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعِيدٍ الْجَوْهَرِيُّ قَالَا حَدَّثَنَا أَبُو صَالِحٍ عَبْدُ الْغَفَّارِ بْنُ دَاوُدَ الْحَرَّانِيُّ حَدَّثَنَا ابْنُ لَهِيعَةَ عَنْ أَبِي زُرْعَةَ عَمْرِو بْنِ جَابِرٍ الْحَضْرَمِيِّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْحَارِثِ بْنَ جَزْءٍ الزَّبِيدِيِّ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ نَاسٌ مِنْ الْمَشْرِقِ فَيُوَطِّئُونَ لِلْمَهْدِيِّ يَعْنِي سُلْطَانَهُ
Telah menceritakan kepada kami Harmalah bin Yahya Al Mishri dan Ibrahim bin Sa'id Al Jauhari keduanya berkata; telah menceritakan kepada kami Abu Shalih Abdul Ghafar bin Daud Al Harrani telah menceritakan kepada kami Ibnu Lahi'ah dari Abu Zur'ah Amru bin Jabir Al Hadhrami dari Abdullah bin Al Harits bin Jaz`I Az Zabidi dia berkata, "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sekelompok manusia datang dari arah timur lalu menyerahkan kekuasaannya kepada Al Mahdi."
Dari Sayidina Tsauban radhiallahu 'anhu. menceritakan bahwa Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Akan muncul dua kumpulan dari umatku yang kedua-duanya dipelihara Allah dari neraka; satu kumpulan (assobah) yang berjihad di Hind (India) dan satu assobah lagi yang akan bersama Nabi 'Isa bin Maryam 'alaihis salam.”
Hadits Sohih Riwayat: Ahmad [Musnad 5/278 no.22759], al-Bukhari [Tarikh al-Kabir Tarjamah Abd al-A'la bin 'Adiy al-Bahrani], al-Nasai [al-Mujtaba' no.3175], al-Tabarani [Mu'jam al-Awsath 7/23-24], Ibn ‘Adiy [al-Kaamil 2/161], al-Haitsami [Majma'uz Zawaaid no.9452]
Telah mengkhabarkan kepada kami Muhammad bin Abdullah bin Abdur Rahim, ia berkata; telah menceritakan kepada kami Asad bin Musa, ia berkata; telah menceritakan kepada kami Baqiyah, ia berkata; telah menceritakan kepadaku Abu Bakr Az Zubaidi dari saudaranya yaitu Muhammad bin Al Walid dari Luqman bin 'Amir dari Abdul A'la bin 'Adi Al Bahrani dari Tsauban sahaya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, ia berkata; Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Dua kelompok dari umatku yang Allah jaga dari Neraka, iaitu kelompok ('asobah) yang memerangi Hind, dan 'asobah yang bersama dengan Isa bin Maryam 'alaihis salam."
أَخْبَرَنِي مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ الرَّحِيمِ، قَالَ حَدَّثَنَا أَسَدُ بْنُ مُوسَى، قَالَ حَدَّثَنَا بَقِيَّةُ، قَالَ حَدَّثَنِي أَبُو بَكْرٍ الزُّبَيْدِيُّ، عَنْ أَخِيهِ، مُحَمَّدِ بْنِ الْوَلِيدِ عَنْ لُقْمَانَ بْنِ عَامِرٍ، عَنْ عَبْدِ الأَعْلَى بْنِ عَدِيٍّ الْبَهْرَانِيِّ، عَنْ ثَوْبَانَ، مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " عِصَابَتَانِ مِنْ أُمَّتِي أَحْرَزَهُمَا اللَّهُ مِنَ النَّارِ عِصَابَةٌ تَغْزُو الْهِنْدَ وَعِصَابَةٌ تَكُونُ مَعَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ عَلَيْهِمَا السَّلاَمُ "
[Sunan an-Nasa'i 3175: Hadits Hassan]
1. HADITS KHAIRAL QURUN
Keutamaan para sahabat Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam, kemudian orang-orang setelah mereka.
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَشُجَاعُ بْنُ مَخْلَدٍ وَاللَّفْظُ لِأَبِي بَكْرٍ قَالَا حَدَّثَنَا حُسَيْنٌ وَهُوَ ابْنُ عَلِيٍّ الْجُعْفِيُّ عَنْ زَائِدَةَ عَنْ السُّدِّيِّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ الْبَهِيِّ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
سَأَلَ رَجُلٌ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ النَّاسِ خَيْرٌ قَالَ الْقَرْنُ الَّذِي أَنَا فِيهِ ثُمَّ الثَّانِي ثُمَّ الثَّالِثُ
Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah dan Syuja' bin Makhlad dan lafazh ini milik Abu Bakr dia berkata; Telah menceritakan kepada kami Hushain yaitu Ibnu 'Ali Al Ju'fi dari Za'idah dari As Suddi dari 'Abdullah bin Al Bahi dari 'Aisyah dia berkata; seseorang bertanya kepada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam; 'Siapakah sebaik-baik manusia? ' beliau menjawab: "Yaitu masa yang aku hidup di dalamnya, kemudian generasi kedua, dan generasi ketiga." [Hadist Riwayat Sahih Muslim: #4604]
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ عَمْرٍو، عَنْ سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " بُعِثْتُ مِنْ خَيْرِ قُرُونِ بَنِي آدَمَ قَرْنًا فَقَرْنًا، حَتَّى كُنْتُ مِنَ الْقَرْنِ الَّذِي كُنْتُ فِيهِ "
Telah bercerita kepada kami Qutaibah bin Sa'id telah bercerita kepada kami Ya'qub bin "Abdur Rahman dari "Amru dari Sa'id Al Maqbariy dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu bahwa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Aku diutus pada masa generasi terbaik anak keturunan Adam, dari generasi ke generasi hingga aku berada pada generasi yang dimasanya aku hidup". [Hadits Riwayat Sahih Bukhari: #3557]
حَدَّثَنَا عَبْدَانُ، عَنْ أَبِي حَمْزَةَ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، عَنْ عَبِيدَةَ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ ـ رضى الله عنه ـ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ، ثُمَّ يَجِيءُ مِنْ بَعْدِهِمْ قَوْمٌ تَسْبِقُ شَهَادَتُهُمْ أَيْمَانَهُمْ وَأَيْمَانُهُمْ شَهَادَتَهُمْ "
Telah menceritakan kepada kami 'Abdan dari Abu Hamzah dari Al A'masy dari Ibrahim dari 'Abidah dari 'Abdullah radliallahu 'anhu dari Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam beliau bersabda: "Sebaik-baik manusia adalah yang hidup pada masaku, kemudian orang-orang pada masa berikutnya, kemudian orang-orang pada masa berikutnya, kemudian setelah mereka akan datang suatu kaum kesaksian mereka mendahului sumpah mereka, dan sumpah mereka mendahului kesaksian mereka." [Hadits Riwayat Sahih Bukhari: #6429]
Apa maksud "Kemudian akan datang suatu kaum di mana kesaksian salah seorang mereka mendahului sumpahnya dan sumpahnya mendahului kesaksiannya.."
Bermakna hadits ini menceritakan bahawa tahap kebolehpercayaan 3 generasi awal adalah yang terbaik dan orang-orang yang datang setelah 3 generasi itu sudah susah untuk dipercayai lagi. Sebab itu hadis di letakkan di bawah bab menceritakan fadhilat tiga generasi pertama. Kepercayaan dalam kesaksian ini hanyalah salah satu contoh yang diberi oleh Baginda Sallallahu 'alaihi wa sallam di dalam hadits.
Kata as-Sanadi, maksudnya: Orang sukar hendak menerima kesaksian seseorang kerana banyaknya pembohongan pada zaman tersebut, hinggakan terpaksa disuruh saksi bersumpah - sama ada sebelum atau sesudah memberi kesaksian- barulah diyakini kesaksiannya. [Hasyiah as-Sanadi ala Sahih Bukhari 2/117]
Maksudnya orang yang dipercayai utk menjadi saksi amat sukar ditemui, tidak seperti zaman sebelumnya. dan orang sudah tidak takut memberikan kesaksian palsu.hingga akhirnya terpaksa suruh orang bersumpah, kerana sumpah ni kalau menipu/dilanggar sumpah ada kifarah sumpah.
Menurut Ibn Battal pula: Meraka terlalu banyak bersumpah, dalam semua benda hendak bersumpah, hingga jadi kebiasaan, akhirnya mereka bersumpah sedangkan maksud sebenar mereka bukanlah bersumpah. [Syarah Sahih Bukhari Ibn Battal 6/113-114]
Maksudnya sumpah jadi permainan, tidak terasa berat bila bersumpah.sedangkan Imam as-Syafi'ie sendiri pernah cakap, beliau setelah baligh tidak pernah bersumpah sama ada atas kebenaran apalagi kebatilan.
Al-Aini dalam Umdatul Qari menyebut, orang yang baik pun terpaksa bersumpah sebelum atau selepas memberi kesaksian, kerana sukarnya manusia nak percaya sesama mereka. [Umdatul Qari 24/235]
Kata Imam an-Nawawi: Ungkapan ini mencela orang yang memberi kesaksian kemudian bersumpah pula. Ia menjadi hujah kepada 'ulama Mazhab Maliki dalam menolak kesaksian orang yang menggabungkan kesaksian dengan sumpah, di sisi jumhur ulama ia tidaklah tertolak.
Maksud hadits: bahawa dia menggabungkan antara sumpah dan kesaksian, kadang² didahulukan kesaksian, di waktu lain didahulukan sumpah. Di dalam riwayat lain: mereka tergesa² dalam membuat kesaksian terhadap salah seorang dari kalangan mereka. [Syarah Nawawi ala Muslim 16/85-86]
No automatic alt text available.
2. HADITS 5 ZAMAN
1. Zaman Kenabian (Nubuwwah) dan rahmat
2. Zaman Khulafa ur rasyidin dan rahmat
3. Zaman pemerintahan raja-raja yang menggigit/zalim (kerajaan-kerajaan Islam)
4. Zaman penguasa diktator pembawa fasad dan kegelapan
5. Zaman Khalifah atau Ummah kedua yang berjalan diatas cara hidup Zaman Kenabian (Khilafah ‘ala Minhajin-Nubuwwah) yakni zaman pemerintahan Imam Mahdi dan Nabi Isa.
Tertib umat adalah menurun sebaik sahaja pasca zaman Nubuwwah iaitu dengan ketibaan zaman Khulafa ar Rasyidin, dan mula meningkat semula dalam zaman menyambut (istiqbal) ketibaan era pemerintahan ala Khilafah ‘ala Minhajin-Nubuwwah.
Zaman khairal qurun, ummat kedua ini yang digelar Khilafah ‘ala Minhajin-Nubuwwah, diterajui oleh Imam Mahdi 'alaihis salam dan kemudiannya Nabi 'Isa 'alaihis salam.
Ada pun zaman ketiga disebut sebagai babak Mulkan A'adhon karena pada masa itu walaupun ummat Islam memiliki para pemimpin yang digelar khalifah, namun polar penggantiannya menggunakan sistem waris turun temurun/keturunan antara generasi. Sehingga Nabi Sallallahu ’alaih wa sallam menyebutnya sebagai babak raja-raja/kesultanan.
Dan mereka disebut sebagai para raja yang menggigit karena mereka masih ”menggigit” Al-Qur’an dan As Sunnah. Walaupun tidak sebaik babak sebelumnya dimana para Khulafa Ar-Rasyidin ”menggengam” Al-Qur’an dan As Sunnah. Ibarat orang yang mendaki bukit tentunya lebih aman dan pasti bila talinya digenggam daripada digigit.
Itulah sebabnya seringkali kita temukan di babak ketiga munculnya para khalifah yang berlaku zalim kepada rakyat bahkan kepada ulama seperti Imam Ahmad bin Hanbal. Walaupun pada babak ketiga itu pula kita juga ketemukan khalifah yang jujur, adil lagi bijaksana seperti 'Umar bin Abdul Aziz.
Hadits Imam Ahmad Bin Hanbal #17680
حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ الطَّيَالِسِيُّ حَدَّثَنِي دَاوُدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الْوَاسِطِيُّ حَدَّثَنِي حَبِيبُ بْنُ سَالِمٍ عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ قَالَ كُنَّا قُعُودًا فِي الْمَسْجِدِ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ بَشِيرٌ رَجُلًا يَكُفُّ حَدِيثَهُ فَجَاءَ أَبُو ثَعْلَبَةَ الْخُشَنِيُّ فَقَالَ يَا بَشِيرُ بْنَ سَعْدٍ أَتَحْفَظُ حَدِيثَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْأُمَرَاءِ فَقَالَ حُذَيْفَةُ أَنَا أَحْفَظُ خُطْبَتَهُ فَجَلَسَ أَبُو ثَعْلَبَةَ فَقَالَ حُذَيْفَةُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَكُونُ النُّبُوَّةُ فِيكُمْ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةٌ عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا عَاضًّا فَيَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا جَبْرِيَّةً فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ثُمَّ سَكَتَ قَالَ حَبِيبٌ فَلَمَّا قَامَ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ وَكَانَ يَزِيدُ بْنُ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ فِي صَحَابَتِهِ فَكَتَبْتُ إِلَيْهِ بِهَذَا الْحَدِيثِ أُذَكِّرُهُ إِيَّاهُ فَقُلْتُ لَهُ إِنِّي أَرْجُو أَنْ يَكُونَ أَمِيرُ الْمُؤْمِنِينَ يَعْنِي عُمَرَ بَعْدَ الْمُلْكِ الْعَاضِّ وَالْجَبْرِيَّةِ فَأُدْخِلَ كِتَابِي عَلَى عُمَرَ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ فَسُرَّ بِهِ وَأَعْجَبَهُ
Telah menceritakan kepada kami (Sulaiman bin Dawud Ath Thiyalisi) telah menceritakan kepadaku (Dawud bin Ibrahim Al Wasithi) telah menceritakan kepadaku (Habib bin Salim) dari (An Nu'man bin Basyir) ia berkata, "Kami pernah duduk-duduk di dalam Masjid bersama Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam.
Kemudian Basyir menahan pembacaan haditsnya. Kemudian datanglah Abu Tsa'labah Al Khusyani dan berkata, "Wahai Basyir bin Sa'd, apakah kamu hafal hadits Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkenaan dengan umara` (para pemimpin)?" kemudian (Hudzaifah) berkata, "Aku hafal Khutbah beliau."
Maka Abu Tsa'labah pun duduk, kemudian Hudzaifah berkata, "Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 'Akan berlangsung Nubuwwah (Kenabian) di tengah-tengah kalian selama kurun waktu tertentu yang Allah kehendaki lalu Dia mengangkatnya (berakhir) bila Dia menghendaki untuk mengakhirinya.
Kemudian berlangsung kekhilafahan (Khulafaur Rasyidin) menurut sistem kenabian (Khilafah ‘ala Minhajin-Nubuwwah) selama kurun waktu tertentu yang Allah kehendaki lalu Dia mengangkatnya bila Dia menghendaki untuk mengakhirinya.
Kemudian berlangsung kerajaan yang bengis/menggigit (Mulkan A’adhan) selama kurun waktu tertentu yang Allah kehendaki lalu Dia mengangkatnya bila Dia menghendaki untuk mengakhirinya.
Kemudian berlangsung pemerintahan yang menindas/menyombong (Diktator/Mulkan Jabbariyan) selama kurun waktu tertentu yang Allah kehendaki lalu Dia mengangkatnya bila Dia menghendaki untuk mengakhirinya.
Kemudian akan berlangsung kembali kekhalifahan menurut sistem Kenabian (Khilafah ‘ala Minhajin-Nubuwwah). Kemudian beliau berhenti”.
Habib berkata; “Ketika ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz menjadi khalifah dimana Yazid bin an-Nu’man bin Basyir mendampinginya, aku menulis hadits ini untuknya dan aku mengisahkan hadits ini kepadanya dan aku katakan; “Aku berharap dia, maksudnya ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz menjadi amirul mu’minin setelah kekuasaan kerajaan yang bengis dan pemerintahan diktator”
Lalu suratku itu diberikan kepada ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz, maka dia senang dan mengaguminya”.
Sanad: Hudzaifah bin Al Yaman -> An Nu'man bin Basyir binb Sa'ad -> Habib bin Salim -> Daud bin Ibrahim -> Sulaiman bin Daud bin Al Jarud
Skema: Mutashol, Kedudukan:Marfu'
(Hadits diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalam kitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273. Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1, hadis nombor 5]
3. HADITS 12 KHALIFAH KETURUNAN QURAISH
Tiada dari setiap orang khulafa ar rasyidin kesemuanya kecuali dari Banu Quraish.
Banu Taym - Khalifah Abu Bakr as Siddiq
Banu Adi - Khalifah Umar ibn al-Khattab
Banu Umayyah - Khalifah Uthman ibn Affan
Banu Hashim - Khalifah 'Ali ib Abi Talib
Banu Quraysh — pecahan kabilah
1. Banu Abd-al-dar -
2. Banu Abd Manaf -
3. Banu Nawfal -
4. Banu Muttalib -
5. Banu Hashim - Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam, Khalifah 'Ali ib Abi Talib
6. Banu Abd Shams -
7. Banu Umayyah — Abu Sufyan & Khalifah Uthman ibn Affan
8. Banu Makhzum — Khalid ibn al-Walid
9. Banu Zuhrah — Sa'ad ibn Abi Waqqas
10. Banu Taym - Khalifah Abu Bakr as Siddiq ('Abdullah ibn Abi Quhafa)
11. Banu Adi - Khalifah Umar ibn al-Khattab
12. Banu Asad (Quraysh) - Abd-Allah ibn al-Zubayr & Khadijah
13. Banu Jumah -
14. Banu Sahm - Amr ibn al-As
Mengapa saya katakan zaman #intiqolat #peralihan kepada zaman Khilafah ‘ala Minhajin-Nubuwwah itu sudah terlalu hampir?
4 AMIR DAKWAH & TABLIGH
1. Maulana Ilyas al Kandhlawy Rahmatullahu 'alaihi (1926 - 1944)
2. Maulana Yusuf al Kandhlawy Rahmatullahu 'alaihi (1944 - 1965)
3. Maulana 'Inamul Hasan al Kandhlawy Rahmatullahu 'alaihi (1965 - 1995)
1995 - 2014 SYURA DUNIA
4. Maulana Sa'ad al Kandhlawy damat baraktuhum (2014)
Di mana dalam andaian/hipotesis ini saya mengatakan bahawa hadits 12 Imam/Khalifah keturunan Quraish itu sudah pun sampai kepada bilangan ke sebelas dan yang mana khalifah/imam/amirul mukminin ke duabelas adalah Imam Mahdi 'alaihis salam.
Maka mereka yang mengatakan masih jauh lagi masanya seharusnya memberi sandaran-sandaran mereka bukan sekadar menolak andaian kita. Dan soal mengenalpasti peribadi-peribadi yang terlibat tidak semestinya menjadi soal terpokok. Yang perlu dijelaskan bagi saya adalah justifikasi serta sandaran bahawa kita masih jauh lagi. Jika masih jauh, soalnya berapa jauh?
Dan mereka ini perlu memberi penjelasan dalam kerangka hadits 12 khalifah tersebut. Kerana kita membina andaian tersebut dengan hadits 12 khalifah sebagai induknya.
Hadratji/Amir usaha dakwah & tabligh ketiga Hadrat Maulana In'aamul Hasan pulang ke rahmatullah pada tahun 1995. Ketika itu hampir terjadi pemberontakan di mana orang-orang lama Mewat berkehendakan supaya Maulana Sa'ad al Kandhlawy naik menjadi Amir sedunia.
Tetapi keputusan musyawarah ketika itu ialah supaya tiada Amir dilantik tetapi dibentuk sebuah Syura' sedunia yang diwakili oleh 3 orang; Maulana Izharul Hasan (bapa mertua Maulana Sa'ad), Maulana Zubair (anak kepada Maulana In'aamul Hasan) dan Maulana Sa'ad (yang ketika itu baru berusia 30 tahun & terlalu muda @Tarikh lahir: 8 Muharram 1385 Hijri/9 Mei 1965) dengan sokongan para ulama i kiram, akabirin dan awwalin markaz-markaz utama dunia. Di antara mereka peribadi seperti Bhai Hajji Abdul Wahab Sahib yang hidup sezaman dengan Maulana Ilyas rahmatullahu 'alaihi.
Maka buat pertama kalinya dalam sejarah, tiada Amir pengganti dilantik. Di kalangan orang-orang lama ramai yang keliru ketika itu. Ada yang mufarraqah dan menjauhkan diri dari jama'ah atas pelbagai sebab. Dengan sebab kelemahan iman dan gangguan-gangguan perasaan, dan fitnah, umumnya merasakan bahawa seolah jama'ah sudah kehilangan halatuju dan bakal merudum. Ketiadaan Amir dilihat sebagai petanda jama'ah sudah tidak berwibawa.
Ramai dari kami ketika itu berpegang kepada andaian bahawa sejarah khairal ummat yang awal yang didahului dengan 4 khalifah perlu berakhir dengan 4 khalifah juga menjelang kedatangan Imam Mahdi 'alaihis salam. Maka dengan terbentuknya Syura' dunia, antara kami beranggapan sudah tiada kesinambungan dan mula meragui kewibaan 'ulama i kiram (semoga ALLAH ta'ala ampunkan kesalahan kami).
Menjelang tahun 2011, saya semakin risau melihat ahwal dunia yang semakin bercelaru dan mula menghampirkan diri semula kepada usaha jama'ah. Sepanjang perjalanan saya berjauhan dari usaha para 'ulama i kiram, saya tidak pernah menemui sebarang jalan yang lebih bertepatan dengan manhaj Nubuwwat. ALLAH ta'ala lebih Maha Mengetahui akan hikmah setiap yang sesuatu. Usaha jama'ah terus berkembang dengan maju di seluruh dunia di bawah Syura Dunia tersebut. Pertama sekali yang pulang ke Rahmatullah adalah Hadrat Maulana Izharul Hasan rahmatulallahu 'alaihi.
Kemudian pada tahun 2014, lebih seminggu selepas insiden MH370, Maulana Zubair al Kandhlawy pula telah pulang ke rahmatullahu 'alaihi. Dengan Kehendak ALLAH ta'ala , maka tinggallah Hadrat Maulana Sa'ad al Kandhlawy damat barakatuhum seorang diri dalam syura dunia yang dibentuk selepas Hadratji ketiga meninggal dunia. Demikianlah sudah termaktub dalam suratan taqdir ILAAHI bahawa ALLAH ta'ala mengkehendaki beliau memikul beban tanggungjawab kerja dakwah dan tabligh seterusnya, dan keberkatan adalah di dalam musyawarah para 'ulama i kiram. Ketika itu saya berasa betapa hebatnya perancangan ALLAH ta'ala dalam membentuk keperibadian dan keruhanian Hadrat Maulana Sa'ad damat barakatuhum di dalam kepompong syura dunia dengan bimbingan kesemua para 'ulama i kiram yang mengelilingi beliau selama lebih kurang 20 tahun sehingga beliau sudah benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab dunia.
Walaupun beliau masih menganggap dirinya sebagai Amir Faisala (Syura), menjelang 'eidul fithri tahun 2014, Hadrat Maulana Sa'ad mula menghidupkan semula amalan mengambil bai'ah dan sesungguhnya ketika itu saya berkeyakinan bahawa tertib susunan 4 Amir/Khalifah di penghujung zaman sudah ditepati dan kita sudah berada di ambang fasa intiqolat/peralihan kepada Khilafah ‘ala Minhajin-Nubuwwah. Sesungguhnya saya tidak berkeyakinan bahawa akan ada Amir yang kelima untuk jama'ah melainkan seluruh ummat akan dipimpin oleh Imam yang dinanti-nantikan selepas ini. Wallahu a'lam bis sowab. - Al Faedah
SUNAN ABU DAWUD - HADIST #3731
حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عُثْمَانَ حَدَّثَنَا مَرْوَانُ بْنُ مُعَاوِيَةَ عَنْ إِسْمَعِيلَ يَعْنِي ابْنَ أَبِي خَالِدٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ قَالَ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَزَالُ هَذَا الدِّينُ قَائِمًا حَتَّى يَكُونَ عَلَيْكُمْ اثْنَا عَشَرَ خَلِيفَةً كُلُّهُمْ تَجْتَمِعُ عَلَيْهِ الْأُمَّةُ فَسَمِعْتُ كَلَامًا مِنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ أَفْهَمْهُ قُلْتُ لِأَبِي مَا يَقُولُ قَالَ كُلُّهُمْ مِنْ قُرَيْشٍ
Telah menceritakan kepada kami Amru bin Utsman berkata, telah menceritakan kepada kami Marwan bin Mu'awiyah dari Isma'il -maksudnya Ismail bin Abu Khalid- dari bapanya dari Jabir bin Samurah ia berkata, "Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Agama ini akan senantiasa tegak hingga muncul di antara kalian dua belas khalifah, dan manusia akan ikut bersama mereka." Aku mendengar ucapan dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam yang tidak aku mengerti, lalu aku kepada bertanya bapakku tentang apa yang beliau katakan itu, ia (bapakku) menjawab, "Mereka semua (para khalifah) dari bangsa Quraisy."
SUNAN ABU DAWUD - HADIST #3732
حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ حَدَّثَنَا دَاوُدُ عَنْ عَامِرٍ عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ قَالَ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَزَالُ هَذَا الدِّينُ عَزِيزًا إِلَى اثْنَيْ عَشَرَ خَلِيفَةً قَالَ فَكَبَّرَ النَّاسُ وَضَجُّوا ثُمَّ قَالَ كَلِمَةً خَفِيفَةً قُلْتُ لِأَبِي يَا أَبَتِ مَا قَالَ قَالَ كُلُّهُمْ مِنْ قُرَيْشٍ
حَدَّثَنَا ابْنُ نُفَيْلٍ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا زِيَادُ بْنُ خَيْثَمَةَ حَدَّثَنَا الْأَسْوَدُ بْنُ سَعِيدٍ الْهَمْدَانِيُّ عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ بِهَذَا الْحَدِيثِ زَادَ فَلَمَّا رَجَعَ إِلَى مَنْزِلِهِ أَتَتْهُ قُرَيْشٌ فَقَالُوا ثُمَّ يَكُونُ مَاذَا قَالَ ثُمَّ يَكُونُ الْهَرْجُ
Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma'il berkata, telah menceritakan kepada kami Wuhaib berkata, telah menceritakan kepada kami Dawud dari Amir dari Jabir bin Samurah ia berkata, "Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Agama ini akan tetap mulia hingga khalifah ke dua belas." Jabir berkata, "Orang-orang bertakbir dan berteriak. Kemudian beliau mengatakan suatu ucapan yang pelan (hingga aku tidak mendengarnyanya, lalu aku bertanya kepada bapakku, "Wahai bapakku, apa yang beliau katakan?" Ia menjawab, "Beliau mengatakan bahwa mereka dari bangsa Quraisy." Telah menceritakan kepada kami Ibnu Nufail berkata, telah menceritakan kepada kami Zuhair berkata, telah menceritakan kepada kami Ziyad bin Khaitsamah berkata, telah menceritakan kepada kami Al Aswad bin Sa'id Al Hamdani dari Jabir bin Samurah dengan hadits yang sama. Namun ia menambahkan, "Ketika beliau kembali ke rumahnya, orang-orang Quraisy mendatanginya seraya bertanya, "Setelah itu akan terjadi peristiwa apa?" beliau menjawab: "Akan terjadi pembunuhan."
SAHIH MUSLIM HADIST #3395
حَدَّثَنَا هَدَّابُ بْنُ خَالِدٍ الْأَزْدِيُّ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ سِمَاكِ بْنِ حَرْبٍ قَالَ سَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ سَمُرَةَ يَقُولُا
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَزَالُ الْإِسْلَامُ عَزِيزًا إِلَى اثْنَيْ عَشَرَ خَلِيفَةً ثُمَّ قَالَ كَلِمَةً لَمْ أَفْهَمْهَا فَقُلْتُ لِأَبِي مَا قَالَ فَقَالَ كُلُّهُمْ مِنْ قُرَيْشٍ
Telah menceritakan kepada kami Haddab bin Khalid Al Azdi telah menceritakan kepada kami Hammad bin Salamah dari Simak bin Harb dia berkata; aku mendengar Jabir bin Samurah berkata, "Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Islam senantiasa kuat dan berkuasa sampai kedua belas khalifah." Kemudian beliau mengucapkan kata-kata yang tidak aku fahami, lantas aku bertanya kepada ayahku, "Apa yang dikatakan beliau?" dia menjawab, "Mereka semua dari bangsa Quraisy." (SAHIH MUSLIM HADIST NO - 3395)
SAHIH MUSLIM HADITS #3398
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ وَأَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ قَالَا حَدَّثَنَا حَاتِمٌ وَهُوَ ابْنُ إِسْمَعِيلَ عَنْ الْمُهَاجِرِ بْنِ مِسْمَارٍ عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ قَالَ
كَتَبْتُ إِلَى جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ مَعَ غُلَامِي نَافِعٍ أَنْ أَخْبِرْنِي بِشَيْءٍ سَمِعْتَهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَكَتَبَ إِلَيَّ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ جُمُعَةٍ عَشِيَّةَ رُجِمَ الْأَسْلَمِيُّ يَقُولُ لَا يَزَالُ الدِّينُ قَائِمًا حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ أَوْ يَكُونَ عَلَيْكُمْ اثْنَا عَشَرَ خَلِيفَةً كُلُّهُمْ مِنْ قُرَيْشٍ وَسَمِعْتُهُ يَقُولُ عُصَيْبَةٌ مِنْ الْمُسْلِمِينَ يَفْتَتِحُونَ الْبَيْتَ الْأَبْيَضَ بَيْتَ كِسْرَى أَوْ آلِ كِسْرَى وَسَمِعْتُهُ يَقُولُ إِنَّ بَيْنَ يَدَيْ السَّاعَةِ كَذَّابِينَ فَاحْذَرُوهُمْ وَسَمِعْتُهُ يَقُولُ إِذَا أَعْطَى اللَّهُ أَحَدَكُمْ خَيْرًا فَلْيَبْدَأْ بِنَفْسِهِ وَأَهْلِ بَيْتِهِ وَسَمِعْتُهُ يَقُولُ أَنَا الْفَرَطُ عَلَى الْحَوْضِ
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي فُدَيْكٍ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ عَنْ مُهَاجِرِ بْنِ مِسْمَارٍ عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدٍ أَنَّهُ أَرْسَلَ إِلَى ابْنِ سَمُرَةَ الْعَدَوِيِّ حَدِّثْنَا مَا سَمِعْتَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ فَذَكَرَ نَحْوَ حَدِيثِ حَاتِمٍ
Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id dan Abu Bakar bin Abu Syaibah keduanya berkata; telah menceritakan kepada kami Hatim -yaitu Ibnu Isma'il- dari Al Muhajir bin Mismar dari 'Amir bin Sa'd bin Abu Waqahs dia berkata, "Aku mengirim surat kepada Jabir bin Samurah melalui pelayanku, Nafi', supaya dia mengabarkan kepadaku hadits yang pernah didengarnya dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam."
'Amir berkata, "Kemudian dia membalas suratku: "Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda pada hari Jum'at petang, yaitu ketika seorang suku Aslam sedang dirajam, beliau bersabda: "Agama ini (Islam) akan senantiasa tegak hingga hari Kiamat atau sampai habis dua belas khalifah memerintah kalian, semuanya dari suku Quraisy."
Dan saya juga mendengar beliau bersabda: "Sekelompok kaum Muslimin akan menaklukkan istana putih Kisra (Persia)."
Dan aku juga mendengar beliau bersabda: "Sebelum terjadi hari Kiamat, akan muncul para pembohong (Dajjal), maka waspadalah terhadap mereka."
Aku mendengar pula beliau bersabda: "Jika Allah mengaruniaimu suatu kebaikan (kekayaan), pertama-tama manfaatkanlah untuk dirimu sendiri dan keluargamu."
Aku mendengar pula beliau bersabda: "Aku lebih dahulu dan menunggu di telaga."
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Rafi' telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Fudaik telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Dzi`b dari Muhajir bin Mismar dari 'Amir bin Sa'd bahwa dia pernah mengirim surat kepada Ibnu Samurah Al 'Adawi: "Ceritakanlah kepada kami apa yang pernah kamu dengar dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam!."
Maka dia menjawab: "Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda…seperti hadits Hatim."
4. Keruntuhan umat dari Khairal Ummat, Ummat Dakwah menjadi umat hamba kepada sistem yakjuj wa makjuj dunia barat
Yang berikut adalah penguat hujjah kepada hipotesis kami bahawa tamadun globalis al mufsiduun iaitu pakatan keturunan yakjuj makjuj zaman moden lahir dari tamadun "Islam" itu sendiri.
HADITS talidu al-amatu rabbatahaa [ أن تلد الأمة ربتها ] , "budak hamba yang melahirkan tuannya" - AL FAEDAH
Dari Abu Hurairah,bahwa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam pada suatu hari sedang ada di kalangan orang banyak,lalu didatangi oleh Jibril,lalu berkata,”Ya Rasulullah!
Bilakah tibanya hari kiamat?” Beliau menjawab,”Tidaklah yang ditanya lebih mengerti daripada yang bertanya.”
Tetapi saya hendak memberitahukan padamu tentang alamat-alamatnya yaitu apa bila hamba sahaya wanita melahirkan tuannya,orang-orang tak beralas kaki,serta telanjang dan pengembala kambing telah menjadi pemimpin umat.
Demikian pula apabila para pengembala kambing sudah bermegah-megahan dalam gedung-gedung yang menjulang tinggi,termasuk dari tanda-tandanya.”
Ibn Abbas meriwayatkan jawaban Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam terhadap pertanyaan tersebut, “Jika kau melihat hamba sahaya melahirkan tuannya, kau lihat penggembala kambing bermegah-megah membangun gedung yang tinggi, dan kau lihat orang-orang yang tak beralas kaki yang lapar lagi miskin menjadi pemimpin manusia, maka itulah tanda-tanda kiamat”.
Ibn Abbas bertanya: “Ya Rasulullah, siapa pengembala kambing dan orang-orang yang tak beralas kaki, lapar dan miskin itu?” Jawab beliau,“Orang Arab”. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad-nya I,hal.318-319)
Syekh Nashir berkata setelah menyebut sanadnya,“Sanadnya laba’ sa bihi (harfiah: tidak apa-apa,tidak bermasalah)”. (Lihat Silsilah Al-Ahadits Ash Sahihah, III, hal.332, no.1345.)
Ibn Rajab mengomentari hadits di atas sebagai berikut: “Inti tanda-tanda kiamat yang disebut dalam hadits itu adalah bahwa urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya sebagaimana sabda Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam terhadap orang yang menanyanya tentang kiamat, ‘Jika urusan diserahkan ke pada yang bukan ahlinya,tunggulah kehancurannya’.
Jika orang-orang yang tak beralas kaki, telanjang serta pengembala kambing,yang merupakan orang-orang bodoh, menjadi pemimpin manusia dan orang-orang kaya, sehingga mereka bermegah-megahan dengan gedung-gedung yang tinggi, maka sistem agama dan dunia akan rusak.”( Jami’ Al-‘Ulum wa Al-Hikam,hal.39)
Semua ini disebabkan kecintaan akan dunia dan berlumba-lumba mengejar kenikmatan duniawi sehingga orang-orang pun saling berbangga diri dengan meninggikan bangunan mereka dan menghiasinya, padahal dunia tidak akan abadi (fana).
Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata kepada Jibril as.tentang tanda-tanda datangnya Hari Kiamat sebagai berikut: “Saya akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tanda nya, antara lain: Apabila budak perempuan telah melahirkan tuannya.” ( HR.Al-Bukhari,1/114,dan Muslim,1/158.Kitab Al-Iman.)
Dalam riwayat Muslim disebutkan : “Jika terdapat budak perempuan yang melahirkan tuannya.”( HR.Muslim,1/163.Kitab Al-Iman)
NOTA 1: Merujuk kepada kegagalan Kerajaan Islam yang terakhir di era persempadanan akhir zaman ini. [Sumber: Kemerosotan Kerajaan Uthmaniyyah- Suatu Sorotan Berdasarkan Tulisan Syaikh Ahmad Bin Muhammad Zain al-Fatani (1857- 1908) - Oleh: Abdullah Zaidi Bin Hassan]
Kemerosotan Uthmaniyyah berlaku selepas ianya telah mengembang sayap pemerentahannya di tiga benua, Asia, Eropah dan Afrika untuk ratusan tahun lamanya. Kemerosotan ini terjadi antara lainnya ialah apabila kuasa-kuasa barat telah jauh maju ke depan, sementara kerajaan Uthmaniyyah masih bergerak perlahan sekadar mengekuri kemajuan yang telah dicapai oleh barat.
Keadaan ini menyebabkan barat mendapat kelebihan dari segi kemajuan kebendaan berbanding Uthamniyyah. Dan yang lebih parah ialah pembesar-pembesar Uthmaniyyah merasa mereka bukan sahaja ketinggalan dari segi kemajuan kebendaan bahkan mereka merasa kerdil dari segi jiwa, nilai hidup dan bahkan pegangan agama berbanding barat.
Dalam usaha–usaha mereka untuk ‘berdiri sama tinggi’ dengan barat itulah mereka telah mencontohi barat setapak demi setapak, dan usaha mereka ini sebenarnya telah menyebabkan mereka semakin lemah. Semakin diperkenalkan kemajuan baru, pemerentahan Uthmaniyyah menjadi semakin lemah sehingga akhirnya mereka tumbang.[43]
Episod kemerosotan Uthmaniyyah mempamirkan bahawa teras kekuatan ummat ini bukannya kemajuan ekonomi, bukannya kekuatan ketenteraan dan bukannya juga kekuatan penguasaan sains dan teknologi. Semua kekuatan-kekuatan ini adalah faktor penting untuk menyokong keutuhan ummat, tetapi teras kekuatan ummat ini terletak pada keistimewaan ummat ini sendiri. Ummat ini adalah ummat yang terbaik yang dikeluarkan bagi manusia kerana ianya menjayakan peranan asasnya sebagai ummat yang menyuruh makruf, ummat yang mencegah mungkar dan ummat yang beriman serta beramal untuk Allah.
Kekuatan ekonomi, kekuatan ketenteraan, kekuatan penguasaan sains dan teknologi sepatutnya berperanan sebagai penyampai dan pemudah-cara bagi menjayakan peranan asas ummat ini. Matlamat tertinggi ummat mestilah usaha menjayakan peranan asasnya dengan dibantu oleh segala kekuatan-kekuatan yang ada. Kekuatan-kekuatan itu jangan dikelirukan sehingga bertukar menjadi maksud yang tertinggi yang dicita-citakan oleh ummat.
Kekeliruan di antara tanggung-jawab ummah sebagai ummah dakwah serta tanggung-jawab menjayakan hidup beribadat dengan kepentingan kemajuan dunia yang boleh membantu ummah untuk berjaya di dalam melaksanakan tanggung-jawab itu telah menyebabkan ummah kehilangan arah.
Seakan-akan kita terkejar-kejar dalam keletihan dan kehausan dari satu ‘bayangan air’ ke satu ‘bayangan air’ yang kelihatan dari jauh menjanjikan kerehatan dari keletihan dan kehausan tetapi apabila dihampiri, ianya hilang begitu sahaja.
Syaikh Ahmad telah mendahului kita di dalam kajiannya dan penulisannya tentang kerajaan Uthmaniyyah. Walaupun hampir seratus tahun Syaikh telah meninggalkan kita, kita masih tercari-cari suatu kajian yang komprehensif di dalam bahasa kita sebagaimana yang telah dilakukan oleh Syaikh kita ini.
Syaikh telah menulis dengan bahasa yang menjiwai rasa kasih sayangnya terhadap Daulah Uthamniyyah yang telah meninggalkan banyak jasa kepada ummat Islam di seluruh dunia. Syaikh juga mengunakan bahasa yang sama terhadap bangsanya, bangsa Melayu yang dicita-citanya akan berdiri sebagai bangsa yang kuat beragama dan bermaruah di kalangan bangsa-bangsa lainnya.
Terdapat golongan orang kita yang malu untuk menghubungkan diri mereka dengan Melayu lama, lalu mereka tonjolkan slogan ‘Melayu Baru’, seolah-olah Melayu ini tidak punyai sejarah ilmunya yang tersendiri, seolah-olah Melayu ini hanya bangsa pinggiran yang tidak memiliki nilai baiknya. Mungkin sahaja mereka mudah lupa terdapat sosok-sosok ilmuan seperti Syaikh Ahmad Bin Muhammad Zain al-Fatani RH di kalangan ulama Melayu.
NOTA II: LATARBELAKANG ENTRI: via (Grup Anti Konspirasi) Telegram
18 Ogos 2015.
HJ M NORLIZY: Boleh ke kl kita simpulkan puak syiah ni lebih jahat dpd zionis?
AL FAEDAH: dak. masing2 ada peranan. zionis pun semata2 tool bg saya. anda belum sampai ke puncak hierarki kalau berckp semata2 mengenai zionisma. bergantung pada geopolitik sesebuah negara. tak boleh di samakan peranan syiah di mana2. bergantung pada geostrategiknya.
HJ M NORLIZY: Sy ada jmpa kawan dr iraq dua hr lepas. dia mngatakan isis digerakkan oleh syiah di Iran yg berkerjasama dgn us uk dn lain2.
AL FAEDAH: kalau itu rumusan beliau bermakna beliau juga ejen kiri kanan yg berkepentingan. keadaan sudah menjadi begitu berselirat. kalau ada seseorang yg mematikan hipotesisnya dgn begitu simplistik bermakna dia mmg bingai atau pura2 bingai.
HJ M NORLIZY: Sbg seorang muslim apa yg terbaik yg kt perlu lakukan utk merungkai keadaan yg berselirat ini tuan?
AL FAEDAH: isis boleh digerakkan oleh sesiapa bergantung pada geostrategik sessuatu tempat. dan dinamics komposisinya berubah2. org kata duduk ditengah2 ini sebagai duduk atas pagar bermakna tiada pendirian. ini salah. kita bukan duduk atas pagar. kita duduk dalam pagar. pagar yg melindungi dan mengasingkan kita dari semua puak2 yg terjebak dlm fitan.
punca utama kalau dikenalpasti permaslahan ini semua adalah terletak pada politik dan polemik. 2 perkara yg anda perlu keluar darinya 100%. sy kata ada jaminan selamat 100%. tetapi hampir selamat. peluang nak selamat lebih tinggi. itu 100% keluar pun tiada jaminan
jadi kena mula dgn itu dulu baru mula nampak percaturan.
selagi tak keluar dr politik dan polemik semasa umat sedunia selagi itu akan dikesani oleh permainan2 dajjal dan yakjuj wa makjuj. ini intipati dr hadith fitan kepada Huzaifah atau abu dzar ghifari. kena rujuk semula perincian. hadith mengenai fitan dan bai'ah amirul mukminin. kena mula dgn politik & polemik dulu bg saya.
HJ M NORLIZY: Bolehkah kl sya katakan dgn menyertai tabligh kt scra xlangsung memagari dr kita?
AL FAEDAH: di situ punca terbesarnya. fitan.
HJ M NORLIZY: Bolehkah kl sya katakan dgn menyertai tabligh kt scra xlangsung
ya tetapi tabligh bukan memberi 100% jaminan. ulama i kiram tak kata begitu. ada syarat2 lain yg kena terus menerus diusahakan. jadi bukan bermakna asal dah terima jamaah jadi 100% selamat. bukan begitu.
HJ M NORLIZY: Adakah tuan juga menyertai tabligh?
AL FAEDAH: dan kalau jumpa jamaah2 lain atau anta mengatakan ada jamaah lain maka silalah, tak jadi mslh bg kita.. tapi anda pastikah mereka menepati manha nubuwwah?
HJ M NORLIZY: Sy xjmpa lg jemaah yg terbaik selain jemaah tabligh...
AL FAEDAH: kalau pasti anda harus faham kepastian anta berdasarkan apa? jelasnya ada ukuran2 lain yg mungkin kita sendiri tak faham bagaimana utk merungkainya. tapi pada dasarnya, selagi sesebuah jamaah itu menepati manhaj nubuwwah makna ia selamat dari fitan.
HJ M NORLIZY: Hati saya kearah itu sekarang.
AL FAEDAH: maka soalnya bagaimana hendak mentafsir manha nubuwwah yg bertepatan? itu pun boleh jadi soal jawab sampai kiamat. jadi sekali lagi kita tidak diajar oleh ulama i kiram untuk berdebat dlm hal ini. kita cuma kata jalan yg anta pilih seharusnya bertepatan dgn manhaj nubuwwat. jadi kena berbalik juga pada hadith tadi nanti sy rujukkan atau ada sesapa boleh tolong cari dan rujukkan sini.
HJ M NORLIZY: Kl mngikut pandangan tuan, jln yg mana harus dipilih? jln yg tuan pilih...
AL FAEDAH: saya hanya boleh bantu terangkan mengenai jalan ulama i kiram kerana saya sgt memahami jalan mereka dan bukan jalan2 lain yg kebanyakkannya sy lihat masih terpalit dlm fitan semasa polemik dan politik umat.
HJ M NORLIZY: Sy dh letih dgn jln politik...tidak ada ketenangan didlmnya...
AL FAEDAH: bukan soal taassub. politik adalah zhulum. hatta diberi label dan jenama "Islam" sekalipun.
HJ M NORLIZY: Blhkah tuan bgt jemaah apa yg mengamalkan@menghampiri ulama i kiram yg ada sekarang? sy tiada pengetahuan yg jelas ttngya.
AL FAEDAH: ia adalah berteraskan kegelapan dan kezhaliman. sy katakan beri masa untuk bersama2 ulama i kiram.
HJ M NORLIZY: Betul tuan.byk kepuraan2
AL FAEDAH: ia tidak mengganggu pun aktiviti harian kalian. dalam urusan agama sekalipun. tiada langsung sekatan. anta boleh belajar fiqh di mana2 sekalipun. anta boleh buat apa sekalipun.
HJ M NORLIZY: Ulama i kiram pn sy xpasti dimana adanya mrk
AL FAEDAH: mazhab apa pun
HJ M NORLIZY: Kat msia
AL FAEDAH: tidak menjadi soal. tabligh adalah kerja umat itu saja. mudah.
HJ M NORLIZY: Dh letih dgn ulama politik
AL FAEDAH: ia bukan pun jamaah. ia bukan harakah. jadi apa masalahnya. takda mslh.
ia bukan jenama. itu org gelarkan jamaah tabligh dsbnya.
AL FAEDAH: kita menganggapnya sbg tugas. kerja. itu saja. takda sapa sain kontrak keahlian. hingga sekarang satu2nya jamaah yg bergerak sebebas2nya. tiada persatuan dlm tabligh. tabligh adalah kesatuan ummah. ittihadul ummah.
HJ M NORLIZY: Betul.
AL FAEDAH: ia bukan persatuan.
HJ M NORLIZY: Tiada perjuangan pangkat.
AL FAEDAH: takda politik dlm tabligh dan tiada polemik. ulama i kiram menegur paling kuat dlm bentuk umum. mereka tidak pernah menghentam usaha2 lain. seharusnya anta menghadirkan diri dlm siri2 ijtima seluruh malaysia terlebih dahulu. dan cuba faham kerangka tabligh. itu permulaan yg baik.
HJ M NORLIZY: Insyaallah.
AL FAEDAH: ahmad taufik boleh tolong ikram dan kamarul. tolong bimbing.
HJ M NORLIZY: Ya.
AK KAMARUL AG: Insyaallah blh jumpa kami di sp.
AL FAEDAH: senang2 kita jumpa.
HJ M NORLIZY: Sy nk cuba pergi kt sana. Insyaallah.
AL FAEDAH: anta buang masa kalau pada tahap sekarang masih hendak terkial2 mencari jamaah. ciri yg paling penting dlm manhaj nubuwwah ialah bersifat alami. tabligh dipimpin oleh amir dan syura sedunia.
HJ M NORLIZY: Betul tuan...sudah byk buang masa.
AL FAEDAH: tiada jamaah yg lebih mirip pada sistem pentadbiran Rasulullah pada zaman khairul qurun. tiada. saya katakan pada anta bahawa tabligh adalah mazhab yg asal. wa man ahsanu qaulan mimman da'aa ilalllah. qaul di sini ialah mazhab. qauli dakwah.
HJ M NORLIZY: Akhir2 ni hati saya sgt terpaut dgn tabligh...
AL FAEDAH: ini mazhab. mazhab para anbiya dan rasulullah saw ialah mazhab dakwah ilallah. tiada pertikaian di situ. tidak ada mazhab lain zaman Nabi saw. agama sudah dipecahbelahkan. sehingga tafsiran nya menjadi sgt berbeza dgn umat khairul qurun. kita sedang menuju kembali pada jalan asal. walaupun sy tidak melihat bahawa mazhab fiqh akan disatukan semula. kerana tiada mslh dlm khilaf fiqh dan ia boleh diteruskan. tetapi mazhab sebagai jalan dakwah akan bersatu. dan sy maksudkan termasuk jalan jalan tariqat. akan kembali bersatu pada satu jalan yg sama. oleh itu hendaklah kita berlapang dada mulai sekarang dan melihat tabligh bukan sbg jamaah tetaoi mazhab dakwah.. mazhab kerja umat. itu saja. semua tariqat harus muafakat dgn jalan yg sama. tanpa mementingkan soal2 penjenamaan dan label itu tidak penting samasekali.
HJ M NORLIZY: Sy rindukan penyatuan itu tuan Alfaedah...smuga pnyatuan berlaku sblm terlambat..
AL FAEDAH: Saya pun ada tariqat dlm tabligh. apakah itu menghalang sy dr jalan tabligh? tentu tidak. takda mslh langsung di sini.
HJ M NORLIZY: Sy rindukan penyatuan itu tuan Alfaedah...smuga pnyatuan berlaku.
AL FAEDAH: org yg berterusan menekankan hal remeh temeh sebenarnya dia yg menjadi ejen perpecahan ummat. tabligh bukan soal jenama. cuma yg menjadi pertikaian sekarang adalah tertib dan susunan qaedah dlm tabligh. dan kita kata ini peringkat mula. bila IMAM datang kita rasa tertib akan berubah. jadi tiada soal bagi penyatuan ummah dgn kedatangan Imam. Imam akan membawa suatu tertib yang menyatukan seluruh ummah atas manhaj yg sama. manhaj dakwah para anbiyaa'. manhaj HIDAYAT. itu tabligh. tabligh ialah semata2 jalan hidayat itu saja. kita hari ini terlalu sibuk dan taassub dgn jenama. itu yg menyekat dan menghalang kita dari al Hilm. sifat berlapang dada.
HJ M NORLIZY: Semuga Imam cepat2 datang.
AL FAEDAH: terlalu byk prasangka pd satu jalan yg kita lihat dgn mata kasar sebagai jalan yg lekeh. dan terlalu "awam", sedangkan para sahabat semua begitu. mereka kelompok org yg paling "lekeh". amirul mukminin tawan baitul muqaddis jalan kaki pimpin kaldai sepatu di bahu. itu sayyidina umar. nak kata selekeh mcm mana lagi? tapi seluruh makhluq langit dan bumi mengenal sayyidina umar.
HJ M NORLIZY: Ya....nmpak lekeh tp kuat.
AL FAEDAH: sebab apa kita pandang selekeh? sebab kita sudah ditawan oleh fikrah kebendaan dan keduniaan mata satu. itu sebabnya. kita mempunyai tahap standard piawai ukuran yg samasekali berbeza. syurga kita pandang neraka. neraka jd syurga. tunggang terbalik. fikrah sapa ini? bukan dajjal? org yg hina kita nampak mulia.
HJ M NORLIZY: Teringat ada bbrapa kenalan tabligh dl.nmpak sgt lekeh tp lebih maju dr kita...lebih kuat..
AL FAEDAH: org yg mulia sisi Allah kita hina. kita sudah jadi rosak segala2nya. kerana kita sudah tidak faham lagi jalan para sahabat.
HJ M NORLIZY: Betul tuan.
AL FAEDAH: perkara ini kena dibetulkan. dan anta akan mula nampak perjalanan fitan. yg berselirat. oleh itu nak faham kena tawajjuh pada ALLAH ta'ala. nak paham kerja dakwah byk doa dan solat malam.
HJ M NORLIZY: In sha Allah.
AL FAEDAH: kita boleh ckp sikit2 saja. hati2 kita pada genggaman Allah ta;ala . usaha ini ialah qabuliyyat. penerimaan Allah taala atas kita bukan manusia yg pilih. semoga Allah bg saya dan anda kefahaman mengenai kerja ini.
AK AIMIE NADIA: Amin2
HJ M NORLIZY: Amin
AK ROSALINDA: amin
AL FAEDAH: Hadits Riwayat Sahih al Bukhari dari Kitab Al-Fitan wa Ashrat As-Sa`ah
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ، حَدَّثَنَا ابْنُ جَابِرٍ، حَدَّثَنِي بُسْرُ بْنُ عُبَيْدِ اللَّهِ الْحَضْرَمِيُّ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا إِدْرِيسَ الْخَوْلاَنِيَّ، أَنَّهُ سَمِعَ حُذَيْفَةَ بْنَ الْيَمَانِ، يَقُولُ كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُونَ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَنِ الْخَيْرِ، وَكُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنِ الشَّرِّ، مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرٍّ فَجَاءَنَا اللَّهُ بِهَذَا الْخَيْرِ، فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ " نَعَمْ ". قُلْتُ وَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرٍ قَالَ " نَعَمْ، وَفِيهِ دَخَنٌ ". قُلْتُ وَمَا دَخَنُهُ قَالَ " قَوْمٌ يَهْدُونَ بِغَيْرِ هَدْىٍ، تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ ". قُلْتُ فَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ " نَعَمْ، دُعَاةٌ عَلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ، مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوهُ فِيهَا ". قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا. قَالَ " هُمْ مِنْ جِلْدَتِنَا، وَيَتَكَلَّمُونَ بِأَلْسِنَتِنَا ". قُلْتُ فَمَا تَأْمُرُنِي إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ قَالَ " تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ ". قُلْتُ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلاَ إِمَامٌ قَالَ " فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا، وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ، حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ، وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ "
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna telah menceritakan kepada kami Al Walid bin Muslim telah menceritakan kepada kami Ibnu Jabir telah menceritakan kepadaku Busr bin Ubaidullah Al Khadrami, ia mendengar Abu Idris alkhaulani, ia mendengar Hudhaifa Ibnul Yaman mengatakan; "Orang-orang bertanya Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam tentang kebaikan sedangkan aku bertanya beliau tentang keburukan karena khawatir jangan-jangan aku terkena keburukan itu sendiri."
Maka aku bertanya "Hai Rasulullah, dahulu kami dalam kejahiliyahan dan keburukan, lantas Allah membawa kebaikan ini, maka apakah setelah kebaikan ini ada keburukan lagi?"
Nabi menjawab "Tentu".
Saya bertanya "Apakah sesudah keburukan itu ada kebaikan lagi?"
"Tentu" jawab beliau, "dan ketika itu ada kotoran, kekurangan dan perselisihan."
Saya bertanya "Apa yang anda maksud kotoran, kekurangan dan perselisihan itu?"
Nabi menjawab "Iaitu sebuah kaum yang menanamkan pedoman bukan dengan pedomanku, engkau kenal (sehaluan) mereka, namun pada saat yang sama engkau juga mengingkarinya."
Saya bertanya "Adakah setelah kebaikan itu ada keburukan?"
Nabi menjawab "Bahkan ya, ketika itu ada penyeru-penyeru menuju pintu jahannam, siapa yang memenuhi seruan mereka, mereka akan menghempaskan orang itu ke pintu-pintu itu."
Aku bertanya "Ya Rasulullah, tolong beritahukanlah kami tentang ciri-ciri mereka!"
Nabi menjawab; "Mereka adalah seperti kulit kita ini, juga berbicara dengan bahasa kita."
Saya bertanya, "Lantas apa yang anda perintahkan kepada kami ketika kami menemui hari-hari seperti itu?"
Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam menjawab; "Hendaklah kamu selalu bersama jamaah muslimin dan imam mereka!"
Aku bertanya; "(Bagaimana) kalau tidak ada jamaah muslimin dan imam bagaimana?"
Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam menjawab; "Hendaklah engkau menjauhi kesemua firqah (kelompok-kelompok) itu, sekalipun kau gigit akar-akar pohon hingga kematian merenggutmu kamu harus tetap seperti itu."
AL FAEDAH: Katakunci apabila kamu tidak mendapat jamaah dgn amirul mukmininnya maka JAUHI SEMUA FIRQAH. dan itulah nasihat yg saya selalu beri. kalau tidak boleh buat keputusan atas tabligh, jauhi kesemua. sebab bg saya memang keadaan telah sgt berselirat dan umat begitu keliru. jadi berbalik pada asal saya kata tadi sekiranya kamu yaqin bahawa jalan yg kamu pilih adalah bebas dari fitan maka teruskan. sekiranya was was, maka jauhi dari firqah2 ini. sesungguhnya bagi saya sekiranya firqah2 itu berteraskan kebenaran maka mereka tidak akan menolak jalan tabligh. tiada sebab untuk mereka tolak dan bermusuhan dengan tabligh. dalam lain perkataan pada sampai masanya mereka tetap akan bersatu pada satu jalan.
HJ M NORLIZY: In sha Allah
AL FAEDAH: jalan ini ialah jalan HIDAYAT. jadi tiada masalah di situ. masing2 buat kerja. tapi anta tanya saya maka sy bawa pada jalan ulama i kiram. suhbat dengan mereka terlebih dahul dari jarak dekat. kemudian buat keputusan. jangan melihat pd kelemahan yg ada pd diri saya atau diri jamaah. jumpa dan suhbat dgn ulama i kiram dahulu. mereka yg harus anda perhatikan bukan kami. mereka ini merupakan gambaran para sahabat akhir zaman bukan kami. jadi pasang azimah dan niat yg kuat untuk duduk dalam majlis2 mereka. belajar dari mereka terus menerus.
HJ M NORLIZY: In sha Allah semuga Allah permudahkan
AL FAEDAH: kami hanya posmen
AK KAMARUL AG: Betul2..kami ni tukang iklan je. Kami pelajar islah diri tak lebih dr itu.
HAFIZH JAAFAR AK: alhamdulillah insan2 spt tuan AF & the gang dah bg penerangan yg cukup baik. saya dr dulu pegang kata kunci kalu nk pilih satu2 jemaah mesti lihat adakah mereka benar2 mencontohi jalan & perjuangan Rasulullah SAW & para sahabat RA.. dr dulu saya amat sng dgn org tabligh. dh lama terdetik niat nk ikut usaha mrk. cuma ada bbrp ujian dan halangan. saya anggap Allah blm izin, mgkin saya perlu betulkan diri dan keluarga dulu. wallahua'lam.
AK ZULHILMI AL BASRI: InshaAllah tariqah n tabligh semua akan bersatu di bawah imam mahdi nanti.