Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Short note ust nik 7.2.17

-Sekiranya kita bersyukur nescaya akan di tambah nikmat yg diberi

-memuji yang membinasakan
 
Org yg tidak.bertaubat adalah org yg zalim

Hajat utama manusia sepatutnya adalah diampunkan dosa..

2 kebinasaan pd orang yang dipuji
-takabur dan ujub-sombong dan rasa ajaib
-lemah ibadat-berasa cukup dgn ibadah yg dibuat tanpa ada usaha untuk menambah baik

Berlumbalah dalam mencari akhirat

Tidak ada melebihkan orang lain dalam perkara taat kepada Allah

Pujian yang baik adalah pujian yang tidak diketahui oleh org yg dipuji

Jika dipuji org,tanamkan dlm hati bhw kita tidak tahu bagaimana pengakhiran kita sama ada husnul atau suul khatimah

KISAH TAMAN 'ABDUL 'AZIZ

PENYELESAIAN BAGI KEMELUT UMMAH & ANTI THESIS PADA SISTEM DAJJAL
- Rumusan majlis tajamu' soghir grup Anti Konspirasi pada 23 Sya'aban 1435 di Masjid Nurus Sa'adah, Kg Cheras Baru.

نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا. مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْهُ فَلاَ هَادِيَ لَهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ
Kami panjatkan segala puji padaNya dan kami meminta pertolongan Nya. Seraya memohon ampun dan meminta perlindunganNya dari segala keburukan jiwaku dan dari kejelekan amaliahku. Barangsiapa yang telah Allah tunjukkan jalan baginya, maka tiada yang bisa menyesatkannya. Dan barang siapa yang telah Allah sesatkan jalannya, maka tiada yang bisa memberinya petunjuk. Ya Allah limpahkanlah salawat dan salam bagi Muhammad saw berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya, semuanya.

1. Muqoddimah

Budaya pendekar papankunci hari ini hari-hari cerita pasal akhir zaman, dajjal, Imam Mahdi, "pemuda bani tamim" seolah-olah sudah termaktub bahawa ALLAH Subhanahu wa ta'ala telah memilih mereka untuk menjadi pejuang-pejuang akhir zaman. Mereka bercerita mengenai Yakjuj Makjuj, Yahudi dan Nasrani. Semakin lama suara semakin lantang.Dalam kesibukan kita cerita mengenai semua ini, seolah-olah kita lupa menghisab diri sendiri dan membuat perkiraan, berapa banyak amalan Dajjal, Yakjuj Makjuj, amalan Yahudi dan Nasrani masih segar bugar dalam diri kita dan ahli-ahli keluarga kita.

Maksud dan kehendak dari memikirkan tentang semua ini ialah sentiasa untuk kembali buat penilaian dan hisab atas diri kita bukan untuk berterusan menghentam kegelapan dan zhulumat yang kita katakan dari musuh tetapi kita sendiri menyambut dan mengamalnya dengan rela hati.

Berapa banyakkah amalan fardhu yang kita tinggalkan untuk mengamal segala bentuk yang haram? Berapa banyak amalan makruh dan syubhat yang masih kita lakukan.

Berapa banyak amalan yang aula (utama) pula yang sudah kita tinggalkan?

Kejayaan ummah adalah dalam iman dan amalan yang menepati kehendak Allah dan Rasul. Apabila amalan umat Islam menyamai malah lebih buruk dari amalan orang kafir, segala kemampuan teknologi, ketenteraan, kuasa pemerintahan dan ekonomi tidak akan dapat memenangkan umat Islam. Malah sebaliknya, semakin umat Islam mengusahakan jalan-jalan asbab dan makhluqat ini, semakin mereka mundur dan menerima kekalahan demi kekalahan.

Selagi keyakinan dan amalan umat Islam menyerupai keyakinan dan amalan orang kafir, selagi itulah mereka  tidak akan menerima bantuan ALLAH Jalla Jalāluhu.

Setelah 57 tahun merdeka, masih ada suara-suara sumbang yang lantang mengatakan kejayaan dalam ekonomi, dalam kuasa pemerintahan, dalam pangkat dan kedudukan dan dalam teknologi dan ketenteraan. Berapa banyak masa lagi yang kamu ada untuk tegakkan agama atas sangkaan-sangkaan kamu?

Semua para anbiyaa 'Alaihi Salam dan RasulullAh SallallAhu 'alaihi wasalam mengajak manusia kepada kebesaran Allah Jalla Jalāluhu, bukan kebesaran makhluqat.

Kalau sudah lebih setengah abad kamu gagal, berapa banyak lagi masa yang kamu perlukan? Apakah yang membuat kamu sangka bahawa kamu memiliki lebih banyak masa dari masa-masa yang sudah disia-siakan selama ini?

i. Darihal hadits 1 dalam 1000

Dari Abu Said Al-Khudri ra bahawa Rasulullah saw bersabda. “Allah berkata, ‘Wahai Adam, berdirilah dan keluarkan penghuni neraka.’ Adam berkata, ‘Labbaik, wa sa’daik, segala kebaikan berada dalam kekuasaan-Mu.

Ya Tuhan, bagaimana penghuni neraka tersebut? Allah menjawab, “Dari setiap seribu terdapat sembilan ratus sembilan puluh sembilan.”

Abu Said mengatakan bahawa mereka berkata, “Siapakah di antara kita yang termasuk orang tersebut?” Rasulullah menjawab. “Sembilan ratus sembilan puluh sembilan Yakjuj dan Makjuj, sedangkan dari kalian hanya satu” (HR Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Dari 2,800 ahli grup, kalau ikut nisbah ini hanya 2.8 orang yang lepas menjadi ahli syurga.

Itu kalau ikut nisbah perbandingan dalam sebuah kumpulan yang terpencil.

Jangan terkejut kalau seorang pun tidak lepas bila kemungkinan dibuka pada ruanglingkup yang lebih besar.

Sekadar perbandingan dari 2,800 ahli grup, hanya 26 orang dapat menghadirkan diri dalam majlis.

Sedangkan 26 orang yang hadirkan diri pun samasekali tidak dapat menjamin diri mereka lepas dari azab ALLAH, bagaimana pula yang baki 2774 orang boleh jamin diri mereka lepas? 

Ada 7 billion manusia dalam dunia hari ini.

999/1000 orang ahli neraka.

Bermakna 6.99 billion ahli neraka

Hanya 7 million ahli syurga.

Ada 1.57 billion umat Islam (22% dari 7 billion).

Persoalannya. Apa yang melayakkan diri kita untuk jadi ahli syurga?

Berapa persen amalan agama sudah ada dalam diri kita dan berapa persen amalan yang ada itu sudah ikhlas semata-mata kerana ALLAH Jalla Jalāluhu?

Berapa persenkah jaminan bahawa kita benar-benar selamat dari azab ALLAH Jalla Jalāluhu?

Dalam kesibukan kita menghentam musuh, apakah jaminannya bahawa amalan kita sendiri tidak memasukkan kita dalam golongan mereka yang saban hari kita kutuk?

ii. Bagaimana sistem dajjal menipudaya melalui prasarana kemudahan

Teras pada sistem dajjal hari ini adalah pemerkasaan teknologi bagi kononnya memudahkan urusan keduniaan manusia. Dengan segala kemudahan teknologi ini, sebaliknya manusia semakin melipat gandakan 10x malah 100x ganda usaha mereka untuk beroleh kesenangan duniawi dengan mengabaikan kehidupan akhirat mereka.

Apabila tiba pada urusan agama dan urusan akhirat pula, segala kemudahan teknologi yang sama telah menyebabkan kita mengambil mudah urusan agama..

Akibat darinya, sangat sedikit yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga mereka untuk maksud agama dan akhirat dengan alasan majlis yang sama boleh diperolehi melalui Facebook dan Youtube.

Sistem teknologi maklumat ini mengajar ummah untuk "berdoa" di alam maya. Mereka mewar-warkan doa dan amalan mereka di media sosial. Tapi apakah mereka berdoa dan menangis dengan penuh kerisauan di atas hamparan-hamparan solat setiap malam?

Mereka berperang sesama sendiri dan kutuk mengutuk sesama mereka di media sosial.

Mereka caci mencaci dan mencarut sesama mereka di media sosial atas nama kerisauan agama dan ummah.

Apakah ALLAH Subhanahu wa ta'ala akan terima doa-doa di alam maya mereka?

Sebaliknya segala caci maki mereka sesama sendiri sudah pasti akan dicatit oleh para malaikah Kiraman dan Katibin. Apakah bantuan ALLAH Subhanahu wa ta'ala bersama ummah yang akhlaqnya keji dan mungkar?

Demikian sistem dajjal ini menipudaya ummah di akhir zaman atas nama agama "mudah-alih".

Marilah kita sama-sama bertaubah atas ketelanjuran kita hadirin dan hadirat yang dimuliakan ALLAH Subhanahu wa ta'ala.

Dengan kemudahan yang kita sanggup menambahkan 100x ganda usaha untuk dunia. Tetapi untuk urusan agama yang sebaliknya berlaku. Umat menjadi semakin malas untuk berkorban bagi maksud agama disebabkan "kemudahan teknologi" atas nama "Agama". Bukan saja malas, malah ummah sudah menjadi semakin ganas atas nama 'agama'.

Amalan dan ilmu agama bukan diperolehi melalui alat maupun asbab keduniaan. Hakikat agama diperolehi melalui mujahadah, susah payah, pengorbanan demi pengorbanan dan suhbat (perdampingan, pergaulan) dengan ahli-ahli agama dan para 'ulama yang benar.

Sepertimana para Sahabah bersuhbat dengan RasulullAh SallallAhu 'alaihi wasalam dan bercampur gaul sesama mereka dalam kehidupan seharian, dengan cara yang samalah umat akan beroleh hakikat 'ilmu.

Hari ini agama sudah disekular dan dipisah-pisahkan. Pelbagai syukbah dan cabang-cabang agama bergerak dengan bersendiri sambil mengabaikan syukbah yang lain.

Sepertimana sebuah badan yang dicincang-cincang tidak memiliki sebarang ruh dan menjadi habuan dan makanan musuh, demikianlah jadinya pada agama dalam diri umat Islam yang sudah dipisah-pisahkan. Agama dalam umat Islam hari ini sudah kehilangan dan sepi dari dari ruh dan penghayatan.

Selagi umat Islam tidak kembali pada menyatukan semula amalan-amalan agama dan mengusahakan lahirnya sifat-sifat dalam diri mereka, selagi itulah umat tidak akan beroleh sebarang kejayaan dan kemuliaan di sisi ALLAH Jalla Jalāluhu.

Di samping itu pelbagai tafsiran dan tanggapan dilaksanakan atas syukbah-syukbah agama sehingga umat berpecah-pecah pada pelbagai denominasi dan bermusuhan sesama sendiri. Sepatutnya perbezaan pendapat menjadi rahmah pada ummah, sebaliknya fahaman asobiyah, ta'assub dan ghuluw dan fanatik di kalangan umat Islam menjadikan perbezaan-perbezaan ini menjadi sumber bala' dan kehancuran ummah.

Ilmu tidak berkembang atau boleh diperolehi melalui alam maya, alat maupun asbab-asbab teknologi maklumat.

Ini semua hanyalah gambaran 'ilmu. Ia hanyalah maklumat dan bukan hakikat 'ilmu.

2. KISAH TAMAN 'ABDUL 'AZIZ

i. Jalan penyelesaian kepada ummah adalah amalan agama dan sifat-sifat mulia.

Kejayaan umat bukan dalam amalan-amalan agama yang pelik dan luarbiasa. Hari ini umat bercakap banyak mengenai banyak "ilmu" yang aneh-aneh dan "hebat" malah jauh lebih "aneh" dan "hebat" dari amalan para Sahabah ridhawanullAhu 'anhum 'ajmain. Namun dengan segala "kehebatan", "keanehan" serta "kecanggihan" ilmu umat akhir zaman, bantuan Allah tidak bersama mereka malah maruah dan martabat agama telah jatuh pada tahap yang mengaibkan dan umat menjadi bahan momokan dan permainan musuh-musuh Islam sendiri!

Kejayaan umat adalah dalam amalan-amalan biasa yang menghasilkan sifat-sifat kemuliaan yang luarbiasa.Di dalam kisah Taman 'Abdul 'Aziz terletaknya kejayaan umat.

Kehebatan umat akan kembali terserlah apabila mereka mewarnai kehidupan mereka dan membawa taman 'Abdul 'Aziz dalam kehidupan mereka.

ii. Permulaan jalan 'Abdul 'Aziz

Pada suatu ketika ada seorang pemuda yang bernama 'Abdul 'Aziz. Beliau seorang yang sangat bersungguh-sungguh menginginkan hidayah pada dirinya. Pada suatu hari beliau mendapat khabar bahawa di hujung-hujung sebuah negeri ada seorang AhlullAh. Dengan (1) sifat tholab as sodiq (dahaga pada kebenaran) 'Abdul 'Aziz telah keluar merantau sebagai seorang pelajar untuk menjejak 'ilmu dari AhlullAh tersebut.

Sebaik saja sampai di sebuah desa, orang-orang kampung memaklumkan pada beliau bahawa AhlullAH tersebut sudah pulang ke rahmatullAh. 'Abdul 'Aziz berasa amat sedih tapi disebabkan sifat tholab as sodiqnya, maka ia bertanya apakah AhlullAh itu mempunyai anak atau waris yang mana boleh mengajarnya 'ilmu-'ilmu agama. Penduduk kampung kata memang ada seorang anak lelakinya tapi mereka seolah-olah mengelak dan memberi pelbagai alasan kerana sebenarnya anak beliau adalah seorang pelaku maksiat yang masyhur di kalangan mereka.

Sesungguhnya ALLAH Jalla Jalāluhu mengurniakan (2) sifat husnuzh zhon (bersangka baik) kepada 'Abdul 'Aziz dan beliau sentiasa melatih dirinya dengan sifat bersangkaan baik sehingga tiada terlintas pada hatinya mengenai isyarat yang cuba disampaikan penduduk kampung kepadanya. Dengan kesungguhan 'Abdul 'Aziz akhirnya penduduk kampung terpaksa beralah lalu 'Abdul 'Aziz pun pergi ke rumah anak AhlullAh tersebut.

iii. Dari enam sifat Sahabah kepada empat amalan Nubuwwah

Sebaik saja tiba di muka pintu dan 'Abdul 'Aziz hendak memberi salam, anak AhlullAh sudah dengar ada orang di depan rumah lalu berkata, "Ya 'Abdul 'Aziz, tafadhdhol, yalla yalla!" Wahai 'Abdul 'Aziz silalah (masuk) dan bersegeralah!

'Abdul 'Aziz merasa takjub. "Sudah ku katakan pada penduduk kampung bahawa semestinya anak AhlullAh ini mewarisi kebolehan mukasyafah (penyingkapan hijab) sehingga ia mengetahui kehadiranku di depan rumahnya berserta namaku sekali sedangkan aku tiada berkata apa lagipun!" fikir 'Abdul 'Aziz.

Malah sebenarnya, anak ahlullAh itu sedang ternanti-nanti kepulangan khadamnya yang bernama 'Abdul 'Aziz membawa khamar (arak) yang dibelinya di pekan untuk beliau. Lalu terkejutlah anak ahlullAh melihat 'Abdul 'Aziz yang tidak dikenali akannya. Sambil anak ahlullAh terdiam seketika, lalu 'Abdul 'Aziz tidak membuang masa menyatakan maksudnya dan diceritakanlah kepada anak ahlullAh mengenai pengalamannya tadi dalam mencari 'ilmu yang haq sehingga membawanya ke rumah tersebut.

Anak ahlullAh pun segera berfikir bagaimana untuk mengelak dari terjebak kerana sudah tentu khadamnya akan sampai ke rumah sebentar lagi. Lalu beliau berkonspirasi seketika..

"Begini wahai 'Abdul 'Aziz, sesungguhnya jalan menemui ALLAH itu bukanlah mudah dan penuh ranjau halangannya kecuali bagi mereka yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh," ujar anak ahlullAh.

"Maka aku memiliki kebun di hujung-hujung negeri dan hendaklah kamu bersegera pergi melaporkan diri dan bermukim di sana sehinggalah sampai masanya nescaya akan kuberikan arahan seterusnya kepada kamu. Kamu boleh berkhidmat di sana dengan bermesyuarat dengan khadam-khadamku dan kamu jalanilah kehidupan kamu seadanya.." katanya lagi.

Di dalam hati 'Abdul 'Aziz sudah tersemat akan (3) sifat tho'at yang amat sangat dan tanpa sebarang kerenah maka berpergianlah 'Abdul 'Aziz sekali lagi dengan menurut perintah seorang yang pada sangkaannya adalah gurunya...

Sampainya di kebun anak ahlullAh makan 'Abdul 'Aziz segera menjadi sebahagian dari majma' yang berkhidmat mengusahakan kebun tersebut. Di siang hari beliau menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.

Beliau tidak pernah lalai dari melaksanakan solat berjama'ah di masjid dan sentiasa menyibukkan dirinya dalam 'amalan-'amalan masjid.

Baki masanya dari pekerjaan beliau di kebun telah dihabiskan untuk menghampirkan dirinya pada ALLAH Jalla Jalāluhu. Beliau menjadi seorang yang amat disenangi oleh semua orang darihal akhlaqnya yang murni sehingga diberi kepercayaan dalam banyak urusannya dan beliau melaksanakan setiap mu'amalat dengan penuh amanah.

Beliau menyibukkan dirinya dalam majlis-majlis 'ilmu sehingga akhirnya beliau menjadi seorang yang tersangat 'alim darihal urusan agamanya.

Dalam setiap keadaan beliau tidak pernah melalaikan tanggungjawabnya mendakwahkan kebenaran pada setiap orang sehingga begitu ramai sekali manusia beroleh hidayah dari ALLAH Jalla Jalāluhu dengan perantaraan beliau. 'Abdul 'Aziz menghabiskan malam-malam harinya dalam keadaan yang senantiasa bermunajat kepada ALLAH Jalla Jalāluhu, menangis dan memohon hidayah untuk dirinya dan seluruh ummah manusia.

'Abdul 'Aziz dikurniakan ALLAH Jalla Jalāluhu dengan (4) sifat sabar dan (5) sifat istiqomah yang amat sangat dalam urusannya bermujahadah mencari kebenaran sehingga masa demi masa berlalu dan dalam masa 15 tahun beliau di kebun tersebut berusaha dan menyibukkan dirinya dalam 4 amalan Nubuwwah; 

1. Dakwah

2. Ilmu (Ta'lim wat ta'lum)

3. Tazkiyyah an Nufus (Dzikir & Ibadah)

4. Khidmah

iv. Taman 'Abdul 'Aziz: Dari 6 sifat dalam 4 'amalan kepada 1 martabat: Martabat Ihsan

Maka ALLAH Jalla Jalāluhu menaikkan martabat (maqam) 'Abdul 'Aziz kepada martabat ihsan.

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang muhsinin (yang berbuat kebaikan)
[Surah Al-'Ankabuut, Ayat: 69]

Hadits riwayat Muslim dari Abu Hurairah mafhumnya: Dari Abu Hurairah ra., ia berkata: Pada suatu hari, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam muncul di antara kaum muslimin.

Lalu datang seseorang dan berkata: "Wahai Rasulullah, apakah Iman itu?". Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Yaitu engkau beriman kepada Allah, kepada malaikat-Nya, kitab-Nya, pertemuan dengan-Nya, para utusan-Nya, dan beriman kepada Hari Kebangkitan akhir". Orang itu bertanya lagi: "Wahai Rasulullah, apakah Islam itu?". Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Islam, yaitu engkau beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan apapun, mendirikan salat fardhu, memberikan zakat wajib dan berpuasa di bulan Ramadhan".

Orang itu kembali bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah Ihsan itu?". Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Iaitu engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak mampu melihat-Nya, maka ketahuilah bahwa Dia selalu melihatmu".

[Hadits yang berkenaan tentang ihsan dikeluarkan di dalam Shahih Muslim dari Umar bin Khattab dan dua riwayat dari Abu Hurairah pada Shahihain.]

Lalu akhirnya, anak ahlullAh itu terdetik pada dirinya rasa serba salah yang amat sangat setelah 15 tahun menganiaya 'Abdul 'Aziz, akhirnya beliau pun pergi ke kebun untuk mencari 'Abdul 'Aziz. Sebaik saja beliau menemui 'Abdul 'Aziz beliau sendiri terpegun melihat kemajuan pada ahwal (keadaan) diri 'Abdul 'Aziz. Pada wajahnya terpancar kehebatan nur keimanan dan hidayah ALLAH Jalla Jalāluhu. Sesungguhnya 'Abdul 'Aziz sudah sampai pada maqam yang ditetapkan ALLAH Jalla Jalāluhu baginya.

'Abdul 'Aziz dengan penuh rasa kegembiraan bergegas-gegas menyambut kedatangan "Masyaikh"nya untuk menceritakan segala pengalaman yang telah ia laluinya selama berusaha membangunkan Taman 'Abdul 'Aziz..

Lalu tumbanglah anak ahlullAh di kaki 'Abdul 'Aziz serta menangis teresak-esak memohon kemaafan atas ketelanjurannya menzalimi 'Abdul 'Aziz sebagai seorang pendosa dan pelaku maksiat selama hayatnya. Namun dengan perasaan tenang dan tanpa sebarang dendam kesumat, 'Abdul 'Aziz telah melahirkan kesyukuran pada ALLAH Jalla Jalāluhu kerana telah memimpinnya pada jalan-jalan kebenaran dengan perantaraan anak ahlullAh tadi.

'Abdul 'Aziz dikurniakan (6) sifat Rahmah. Seorang da'ie sepertimana kesemua para anbiya alaihi salam dan RasulullAh adalah tersangat lembut hati mereka dan sangat mengasihi dan pemaaf. Mereka tidak pernah mahu melihat ummah ditimpa kesusahan dan sangat pemaaf dalam urusan mereka. Seorang da'ie samasekali tidak bersifat dengan keras hatinya dan samasekali tidak pendendam. 'Abdul 'Aziz memaafkan beliau. Beliau menasihatkan pada anak ahlullAh supaya bertaubat nasuha dan akhirnya anak ahlullAh itu pula menerima hidayah ALLAH Jalla Jalāluhu melalui jalan 'Abdul 'Aziz dan menjadi anak murid 'Abdul 'Aziz.

Apabila ummah kembali dan mengusahakan dalam kehidupan mereka akan Taman 'Abdul 'Aziz maka dengan cara yang sama ALLAH Jalla Jalāluhu akan membimbing umat kembali padanya. Samada lelaki atau wanita, ummah perlu mengusahakan Taman 'Abdul 'Aziz agar suasana keimanan, 'ilmu, sifat dan akhlaq yang mulia terbentuk dalam diri mereka dan menjadi asbab bagi kebaikan tersebar ke seluruh 'alam.

Wanita-wanita perlu menghidupkan empat amalan Nubuwwah dalam rumah-rumah mereka sepertimana kaum lelaki berusaha menghidupkan amalan-amalan masjid dan amalan Nubuwwah dalam ruanglingkup kehidupan mereka.

Apabila suasana Taman 'Abdul 'Aziz ini terbentuk dalam kehidupan ummah, maka tiada sebarang kuasa makhluq yang akan dapat menahan hidayah dari tersebar keseluruh 'alam. Apabila ummah sudah memenuhi syarat dalam kerangka Taman 'Abdul 'Aziz maka keputusan ALLAH dan seluruh kekuatan bantuan ALLAH Jalla Jalāluhu akan dikurniakan pada ummah yang menepati syarat ini. Tidak ada sebarang kuasa di mukabumi ini yang mampu menahan kemaraan suatu ummah yang sudah kembali kepada kebesaran ALLAH Jalla Jalāluhu di dalam hati-hati mereka. Ummah yang mendapat bantuan ALLAH Jalla Jalāluhu adalah ummah yang tinggi akhlaqnya, banyak tangisnya serta sangat merendah dirinya. Bukan mereka yang berdegar-degar bercakap dengan penuh kesombongan atas nama Agama namun di dalam hati mereka penuh dengan sifat-sifat Firaun.

Semua orang perlu mengusahakan dalam diri mereka supaya nur hidayah masuk ke hati-hati mereka dan terpancar keluar untuk menerangi alam sejagat. Sepertimana seorang yang mempunyai sebuah kereta yang tidak ada lampu. Apakah penyelesaiannya dengan menumpang lampu pada kereta yang lain? Bagaimana kalau kereta dihadapan terbabas atau melencong? Apakah ada keselamatan bagi mereka? Umat kena mengusahakan supaya dalam kereta masing-masing ada lampu yang berfungsi. Hari ini umat bersangkaan bahawa memadai dengan mereka memohon doa dari ahlullAh-ahlullAh dengan sangkaan mereka ini memiliki kuasa-kuasa ghaib.

Semua ahlullAH, para Sahabah RadhiAllahu 'anhum 'ajmain dan RasulullAH Sallallahu 'Alaihi Wasallam mengajak manusia kepada kebesaran ALLAH Jalla Jalāluhu dan bukan pada kebesaran makhluqat. Semua para Sahabah mengusahakan sendiri agar 4 amalan-amalan Nubuwwah masuk dalam diri mereka. Apabila 4 amalan ini bersemadi dalam diri mereka, nescaya bantuan ALLAH Jalla Jalāluhu adalah bersama ummah.

v. Antara tertib dakwah dan sifat yang perlu ada untuk menerima hidayah

Mengapakah teramat pentingnya kita memahami mengenai sifat-sifat 'Abdul 'Aziz? Kerana ia berhubungkait dengan tertib ALLAH Jalla Jalāluhu memberi hidayat. Hakikat kefahaman atas kisah ini tidak akan diperolehi semata-mata dengan 'share' dan 'like' di alam maya dan media-media sosial.

vi. Relevannya Surah Al Bayyinah dalam kisah taman 'Abdul 'Aziz

Setiap para anbiya' alaihi salam dan RasulullAh Sallallahu 'Alaihi Wasallam sendiri menyampaikan dakwah dan seruan kepada manusia sejagat dengan berpandukan pada kitab-kitab dan keterangan (hujjah) yang nyata. Namun al bayyinah (bukti yang nyata) ini perlu diterima dengan mata hati yang leluhur.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Anas bin Malik, dia berkata: “Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Bersabda kepada Ubay bin Ka’ab: “Sesungguhnya Allah menyuruhku untuk membacakan kepadamu, “lam yakunilladziina kafaruu min aHlil kitaabi”. Ubay bertanya: ‘Dia menyebut namaku kepdamu?’ Beliau menjawab: ‘Ya.’ Maka Ubay pun menangis.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan an-Nasa-i.)

Menurut sebuah hadis Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bermaksud:- Sesungguhnya Allah Jalla Jalāluhu setelah mendengar orang membaca surah ini lalu berfirman kepada pembacanya, “Bergembiralah kamu hai hamba KU; dengan kemuliaan KU, AKU tidak akan melupaimu dalam setiap gerak tingkah lakumu di dunia dan di akhirat; dan AKU tempatkan kamu di dalam syurga atas keredhaanmu”

Pada permulaan ayat yang ALLAH Jalla Jalāluhu perintahkan RasulullAH untuk membacakan pada Hadrat Ubay bin Ka'ab radhiAllahu 'anhu:


لَمْ يَكُنِ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ مُنْفَكِّينَ حَتَّىٰ تَأْتِيَهُمُ الْبَيِّنَةُ

Orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik, tidak akan terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata. (Al-Bayyinah 98:1)

Sebaliknya pada ayat berikut ALLAH berfirman:
وَمَا تَفَرَّقَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَةُ

Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) itu, tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang jelas nyata. (Al-Bayyinah 98:4)

Pertama ALLAH Jalla Jalāluhu nyatakan mereka tidak akan berpisah dari kepercayaan mereka hingga didatangkan keterangan yang nyata melalui dakwah para Anbiya' alahi salam. Kemudian ALLAH Jalla Jalāluhu menceritakan bagaimana mereka berpecah-belah setelah didatangkan dakwah dan hujjah yang nyata.

Maka jelaslah bahawa pada umumnya, masyarakat sebelum kedatangan Rasululullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam itu sepertimana jua di akhir zaman ini, dapat dibahagikan kepada empat (4) golongan yang nyata, yaqni:

1. Mereka yang baik isi hatinya, dan baik peribadi luarannya. Contoh adalah seperti Saiyidina Abu Bakar As-siddiq
2. Mereka yang baik dalamannya, tetapi tidak terserlah pada susuk peribadi luarannya; seperti Saiyidina Umar Ibnul Khattab.
3. Mereka yang peribadi luarannya terserlah, disukai orang tetapi hatinya busuk; seperti Abu Jahal
4. Mereka yang busuk hatinya dan buruk peribadinya; seperti Abu Lahab.

Keempat-empat golongan ini hidup bersama di dalam satu masyarakat. Mereka menerima seruan da'wah yang sama, namun penerimaan mereka berbeza. Dua golongan yang baik isi hati mereka telah menerima Islam, tetapi golongan yang selebihnya semakin terserlah kejahatannya. Dan demikian itulah yang akan membeza-bezakan ummah hingga akhir zaman.

Jelasnya 'Abdul 'Aziz pada peringkat awalnya lagi sudah memiliki ciri-ciri Abu Bakar Siddiq radhiAllahu 'anhu dengan sifat pertamanya Tholab as Sodiq. Dan seterusnya dalam kisah perjalanannya dinyatakan betapa beliau sentiasa mengusahakan dirinya berjalan atas sifat-sifat yang leluhur. Mereka yang memiliki hati-hati yang baik dan berusaha mencari jalan-jalan kebenaran, semestinya dipelihara dan dibimbing oleh Allah Jalla Jalāluhu pada jalan-jalan Kebenaran. Kejayaan ummah adalah dalam sifat-sifat yang mulia dan amalan-amalan Nubuwwat. Dengan perantaraan inilah maka ALLAH Allah Jalla Jalāluhu akan membawa mereka keluar dari segala kemelut permaslahan ummah bukan dengan jalan-jalan asbab persenjataan, ketenteraan, keganasan, keduniaan, pengaruh, kuasa, pangkat maupun kedudukan.

Apabila ummah kembali memahami tertib ini maka segala kemuliaan ummah akan dikembalikan pada mereka sepertimana telah dimuliakan para Sahabah Ridhwanullahu 'anhum ajmain.

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ أُولَٰئِكَ هُمْ شَرُّ الْبَرِيَّةِ

Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekallah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk. (Al-Bayyinah 98:6)

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَٰئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk. (Al-Bayyinah 98:7)

جَزَاؤُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ

Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya. (Al-Bayyinah 98:8)

Dengan kefahaman inilah malah lebih lagi yang di dalam rahsia ALLAH Jalla Jalāluhu dengan Hadrat Ubay bin Ka'ab radhiAllahu 'anhu seorang ahlus suffah dan antara bertaraf 'ulama dan mufti di zaman Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam, maka Ubay bin Ka'ab radhiAllahu 'anhu telah menangis apabila diperintahkan ALLAH Jalla Jalāluhu supaya dibacakan surah tersebut kepadanya.

ALLAH Jalla Jalāluhu memuliakan mereka dan redha pada mereka dan barangsiapa yang menturuti jalan mereka akan menerima keredhaan ALLAH Jalla Jalāluhu sebagai sebaik-baik makhluk di mukabumi ALLAH.

Seperkara lagi yang perlu disedari ialah Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam hanyalah pemberi peringatan dan menyampaikan ajaran Allah Jalla Jalāluhu. Namun tetap Hidayat Allah sajalah yang boleh mengeluarkan manusia dari kegelapan (syirik) kepada cahaya iman dan tauhid; dan daripada kegelapan kebatilan (kejahilan) dan kebodohan kepada cahaya 'ilmu dan kefahaman yang suci murni.

ALLAH Jalla Jalāluhu akan beri kita kefahaman agama yang haqiqi untuk perjuangan seterusnya di akhir zaman yang penuh fitan ini berkadaran dengan bersusah-payahnya ummah berjuang pada jalan Nubuwwah dalam misi mencari & menegakkan kebenaran, bersuhbat dengan ahli-ahli agama yang secara berterusan membangunkan taman-taman 'Abdul 'Aziz, dan mewarnakan malam-malam hari kita dengan tangisan taubah untuk diri kita dan seluruh ummah. Semoga ALLAH Jalla Jalāluhu mempermudahkan urusan ummah. Semoga Allah Jalla Jalāluhu memberi kita kefahaman agama dan memilih saya dan hadirin hadirat untuk kekal dalam hidayah dan bimbinganNYA.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Allahumma innii 'A'uudzu bika min 'adzaabil qabri wa min 'adzaabin naar wa min fitnatil mahyaa wal mamaati wa min fitnatil masiihid dajjaal

“Wahai Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari azab neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah dajjal dan dari sebarang fitnah sewaktu hidup juga ketika menghadapi kematian”.

║▌║▌║█│▌ ║▌║▌║█│▌

Pautan rujukan:
Tertib untuk muslimat membawa Taman 'Abdul 'Aziz kedalam hidup mereka sudah terlebih dahulu diperincikan dalam entri dan thread grup Anti Konspirasi yang berikut:Ashab-us-Suffah

https://www.facebook.com/notes/muhammad-bin-ismail/kisah-taman-abdul-aziz/539331056188892

Gaza, Hamas dan politik Iran Israel (Bahagian 2)

Problem kita ialah hanya melihat isu Gaza dan Hamas hanya dari satu perspektif sahaja. Perspektif media barat.

Ketika pulang ke kampung Syawal baru2 ini, admin berbual bersama saudara admin yang (lebih kurang) berusia 20 tahun lebih tua dari admin. Admin hanya mendengar dan membiarkan dia berbicara. Hamas, al-Qassam dan Gaza. Itu sahaja yang dia tahu. al-Qassam dan Hamas adalah hero umat Islam pada pendapatnya. Nothing more. Rata-rata2 jika kita menjelajah ke utara hingga ke selatan semenanjung, ini lah persepsi umum al-Qassam dan Hamas adalah hero umat Islam.

Mari kita bermetafora...

Admin telah menikahi seorang gadis bernama Gaza. Pada saat dia menjadi isteri admin, secara umumnya dia telah menjadi milik admin. Tidak ada siapapun yang berhak mengganggu dan merampas Gaza dari admin.

Isteri admin bernama Gaza ini sengaja dipopularkan ke seluruh dunia. Admin mahukan dunia fokus kepada Gaza. Dunia dan umat Islam fokus kepada Gaza. Hasilnya umat Islam lupa kepada isteri2 admin yang dulu yang bernama Hebron, Nazareth, Haifa, Jenin, Tiberias, Nablus, Beersheba, Judea, Ramallah, Tel Aviv, Samaria. Mereka lupa nasib dan jenayah yang menimpa isteri2 admin ini.

dan untuk membuatkan dunia semakin lupa kepada bekas isteri2 ini, admin melalui anjing2 media menghadiahkan dunia dengan demonstrasi dan solidariti. Semua negara harus membiarkan rakyat2 mereka protest, berarak dan berdemo dan melaungkan Gaza Gaza Gaza. Jeritlah engkau sehingga ke subuh.

Tak percaya? Lihat di mana saja solidariti atau demo seluruh dunia - mereka hanya melaungkan Gaza Gaza Gaza... bagaimana nasib isteri2 admin yang lainnnya? ello kawan!!! tanah dan hak kita bukan saja Gaza, tetapi semua - Hebron, Nazareth, Haifa, Jenin, Tiberias, Nablus, Beersheba, Judea, Ramallah, Tel Aviv, Samaria kesemua tanah dan wilayah ini adalah milik kita. Pernahkah kita melihat umat Islam melaungkan Hebron! Nablus! dan lain-lainnya?

Kini kita telah nampak, kenapa Israel sengaja membiarkan Gaza terus wujud sedangkan Israel mampu menghapuskan Gaza sekelip mata sahaja. Bayangkan jika Gaza tidak wujud. Mungkin ketika itu umat Islam tidak lagi hanya menjerit Gaza Gaza Gaza sebaliknya mereka mungkin celik menuntut keseluruhan tanah Palestine.

Mari kita mengembara lagi... setelah Gaza menjadi isteri admin. Admin pijak Gaza, admin dera dan cederakan Gaza. Admin tidak bunuh Gaza bukanlah kerana admin takut kepada kuasa dunia yang lain. Admin tidak takutkan mereka. Basically mereka adalah anjing2 peliharaan admin. Admin juga tidak takutkan Islam.. kerana rahsia kekuatan Islam dan rahsia untuk melemahkan Islam juga berada didalam poket admin

"Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri" Al-Baqarah :146

Admin lebih takutkan roh jihad fisabilillah roh Jihad Qital masuk ke dalam dada setiap umat Islam. (Bukan jihad melawan nafsu yang sering dilaungkan oleh golongan2 pondan dan ulama2 pengecut). Untuk itu, puluhan tahun admin pijak dan siksa Gaza. Admin menjadi Iblis dan mahu dunia melihat akan sifat Iblis admin. Untuk apa? Dengan menjadi Iblis, umat Islam sudah tentu hanya melihat dan fokus kepada Iblis dan lupa akan syaitan2 yang berada di dalam negara setiap umat Islam. Umat Islam di Mesir fokus kepada Gaza, menuntut dan protes kekejaman yang berlaku ke atas Gaza... menuntut kepada pembebasan Gaza sehingga mereka terlupa bahawa negara mereka Mesir juga perlu dibebaskan dari syaitan Sisi. Umat Islam dari Saudi, Indonesia, Yaman, Libya, Tunisia, Syria, Iraq juga protest mahukan Gaza dibebaskan, mereka terlupa bahawa mereka juga sebenarnya hidup di bawah pemerintahan syaitan. Pemerintah-pemerintah taghut ini ketawa melihat ke*****an rakyat2 mereka yang protest dan menuntut Iblis berhenti dari meneruskan kezaliman terhadap Gaza sehingga terlupa bahawa mereka juga sebenarnya sedang diperintah oleh syaitan2 penjilat Israel. kikiki!!! Selagi Israel meneruskan sifat Iblisnya, selagi dunia fokus kepada Iblis, maka selagi itu lah dunia lupa akan ratusan anak Iblis dan syaitan2 yang bertebaran menguasai wilayah2 umat Islam.

On the contrary, bayangkan pula jika Gaza tidak wujud, atau admin mengambil keputusan untuk membunuh Gaza puluhan tahun lalu, siapakah pula yang akan menjadi mangsa Iblis admin? Jika tidak mempunyai mangsa, bagaimana admin dapat menzahirkan sifat Iblis? Jika Iblis tidak wujud, secara automatik anak2 Iblis dan syaitan2 yang berkeliaran ini pula akan menjadi tumpuan rakyat2 mereka. Pada ketika itu syaitan yang berada di singgah sana Saudi, Mesir, Yaman, Iraq, Syria, Turki yang sebelum ini tidak kelihatan seperti seekor syaitan akan mula kelihatan seperti syaitan. Seorang lelaki yang membunuh seorang mangsa akan kelihatan seperti lelaki yang sangat jahat. Tetapi sedar atu tidak, kita akan lupa kisah kejahatan lelaki ini jika puluhan tahun kita disajikan kisah seorang lelaki bernama Israel yang membunuh ribuan manusia. Pemerintah yang tidak mengamalkan syariah akan kelihatan seperti pemerintah yang sangat zalim. Tetapi kita terlupa akan kezaliman pemerintahan ini jika puluhan tahun kita disajikan kisah pemerintahan Israel.

Sekarang kita telah nampak mengapa Gaza sengaja tidak dihapuskan. Kita nampak mengapa Gaza harus dibiarkan hidup. Gaza hanyalah mangsa. Gaza hanyalah bidak atau pawn dalam rencana Israel untuk meneruskan survival mereka.

Adakah itu sahaja kehidupan admin bersama isteri admin yang bernama Gaza ini?
Kisah cinta admin bersama Gaza, Hamas dan Iran akan admin huraikan selepas ini... kita akan melihat Gaza dari 1001 perspektif....

copy paste from post master04 http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=516100&page=1089

Jemaah Mane Hok Kite Patut Ikut

Akhir zamang ning...macang-macang jemaah mucul...bukang stakat di tanoh melayu..tapi seluruh dunia...semua nggaku kate hok diye btul blake...



pahtu gok kite orang awang nie nok ikut hok mane se...

jangang pening-pening sahabat sekelian...

bagi org laki...jemaah lima waktu dulu di surau xpun masjid...istiqamah hok tu...

in sya Allah...Allah akan tunjuk jalang ke kite hok mane btul....

in sya Allah time tu...mata hati terang...boleh tgk hok mane btul...hok mane bathil...

orang puan jgn bimbang....semayang di rumoh...klu hok tua-tua... boleh gi jemaah di masjid...

hok muda...klu betemang...boleh gi smayang jemaah jugok...


harap kite berjaye menghadapi dunia yang tersangat mencabor ining...

salam....

Seorang Pendosa

Salam....semua manusia pasti melakukan dosa...melainkan nabi Allah S.W.T yang ma'sum...

Oleh kerana itu...perbanyakkan lah istigfar dan amalan yang baik kerana:

Dalam sebuah riwayat di Shahih Al Bukhari disebutkan ketika seorang pemuda datang kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dengan menangis dan berkata bahwa ia telah banyak melakukan dosa dan merasa bahwa ia tidak akan mungkin mendapatkan pengampunan Allah subhanahu wata’ala, namun Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam hanya diam dan tidak menjawabnya, maka Allah subhanahu wata’ala Yang Menjawab dengan firman-Nya:

إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ

Pengaruh TV kepada Kita

Salam kepada semua.....klu tgk rancangan tv hari ini....takut...inilah yang di katakan hiburan melampau.....hari tu aku ade ter tengok satu drama kat tv 3....pasal budak sekolah...time kat sekolah sgt kurang ajar... berlagak...sombong....agak2 klu laa budak-budak bawah 12 tahun...hari-hari tgk citer camtu... terpengaruh ke x? boleh jadi x budak-budak nie ikut perangai kat tv... tu belum lagi scene2 yang merapu2... aku pejah dgr ceramah... ustaz tu cakap... nabi pernah bersabada yang bermaksud lebih kurang ... aku berharap para sahabat tidak bertemu dgn zaman ini...zaman mane para sahabaht bertanya? zaman yang mana fitnah merata-rata....iaitu zaman kita sekarang ini... selalu la amalkan doa...selepas tahiyat akhir...iaitu kita bermohon pada ALLAH s.w.t supaya dilindungi dari fitnah hidup dan mati dan fitnah dajjal..amin

Dawah Is Easy

Rapuh - Opick


Opick - Rapuh
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Hati-hati Dengan Hati

Sekadar ini berkongsi sedikit ilmu/tips Cantik Di Hati yang dipetik dari satu sumber..
Moga penghayatan kita nanti diberkati InsyaALLAH.... Panduan berguna buat semua...



  • Jangan terlalu bangga dengan pakaian cantik dan mahal kerana pakaian terakhir kita nanti adalah kain kapan..
  • Jangan terlalu bangga dengan kereta mewah kerana kereta terakhir kita nanti adalah van jenazah..
  • Jangan terlalu seronok dengan tempat tidur yang empuk dan nyaman kerana tempat tidur terakhir kita nanti adalah liang lahad...
  • Jangan pula ego dan bongkak kerana mampu miliki rumah mewah bak istana, kerana rumah terakhir kita nanti adalah kubur bertiang dua...
  • Jangan terlalu megah dengan pangkat dan darjat kerana bila sudah tiada nanti, kita akan mendapat gelaran Almarhum...
  • Hati yang ikhlas tidak terkesan dek pujian mahupun tercalar dek kejian. Hati yang ingat mati akan sentiasa hidup...

Moga diikhlaskan hati kami sekelian ya Rabb... Ameen

Nasihat Ibrahim bin Adham

Seorang lelaki bertanya kepada Ibrahim bin Adham: “Wahai Imam, aku ingin bertaubat dan meninggalkan dosa tetapi aku selalu mengulangi dosaku, tunjukkanlah kepadaku jalan yang mencegah aku bermaksiat lagi kepada Allah.”

Ibrahim bin Adham berkata: “Jika engkau ingin bermaksiat janganlah engkau melakukannya di atas bumi milik Allah ini. Lelaki itu bertanya: Lalu di manakah aku boleh melakukannya? Ibrahim bin Adham menjawab: Keluarlah dari bumi-Nya. Dan jika engkau masih ingin melakukan maksiat, jangan makan rezeki kurniaan-Nya. Lelaki itu bertanya: Bagaimana aku boleh hidup tanpa rezeki daripada-Nya? Ibrahim berkata: “Tidakkah engkau rasa malu hidup di atas bumi-Nya dan makan daripada rezeki-Nya kemudian melakukan maksiat kepada-Nya?”


Sumber

Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu berkata:


Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu berkata:

1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.

2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.

3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.

4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara' (memelihara diri dan hati-hati dari dosa)

5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.

7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.

8. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, berarti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu berarti hatinya mati.

Dipetik dari hasil terjemahan : Yahya Hj. Othman
 

Bagaimana Rasulullah Mengubati Penyakit Masyarakat.



Sudah menjadi fitrah manusia itu ia ingin hidup aman damai. Begitu juga fitrah manusia itu, dia tidak mahu berlakunya krisis, kemungkaran, pemerkosaan dan segala penyakit masyarakat.

Andaikata kalau dia seorang pemimpin, dia mahu orang yang dipimpin itu meletakkan ketaatan kepadanya. Begitu juga kalau dia seorang yang dipimpin, dia mahu pemimpinnya meletakkan keadilan kepadanya. Andaikata kalau dia seorang ayah, dia mahu anak-anaknya memberikan ketaatan dan kepatuhan kepadanya. Begitu juga kalau dia seorang anak, dia mahu ibu dan ayahnya meletakkan kasih sayang kepadanya. Begitu jugalah suami kepada isterinya, dan isteri kepada suami. Andaikata seorang pemimpin, ibu, ayah, guru, suami, isteri dapat meletakkan diri pada tempat masing-masing. Begitu juga seorang rakyat, anak murid, dapat meletakkan diri pada tempat masing-masing, maka tidak akan terjadi pergaduhan, pertengkaran diatas muka bumi ini.

Tapi kalau kita lihat, apa yang terjadi adalah sebaliknya. Firman Allah yang ertinya:
"Telah berlaku kerusakan di daratan dan di lautan akibat dari tangan-tangan manusia" [Surah Ar-Rum, ayat 41]

Hal ini terjadi bila pemimpin tidak dapat memberi keadilan, terhadap orang-orang yang dipimpinnya. Begitu juga orang yang dipimpinnya tidak dapat memberikan ketaatan kepadanya. Ibu ayah juga tidak dapat memberikan kasih sayang kepada anak-anaknya, begitu juga anak-anak tidak dapat memberikan ketaatan terhadap ibu dan ayahnya. Begitu juga guru terhadap murid dan murid terhadap gurunya, suami terhadap isterinya dan isteri kepada suaminya.

Sebab itu dapat kita lihat berbagai-bagai masalah timbul dari sekecil-kecil masalah hinggalah ke sebesar-besar masalah. Dari rumah tangga, hinggalah ke negara-negara yang hebat pemimpinnya. Telah berbagai cara dan jalan dicari untuk menyelesaikan masalah. Ada yang mengatakan :
1. Kekayaan dapat menyelesaikan masalah ini. Maka mereka pun berusaha bersungguh-sungguh mendapatkannya, tetapi tidak juga dapat menyelesaikan masalah ini.
2. Ada pula yang mengatakan kepandaian dan ilmu pengetahuan akan dapat menyelesaikan masalah ini. Maka merekapun berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya, tetapi juga tidak berhasil untuk menyelesaikan masalah ini, bahkan bertambah rumit lagi.
3. Ada juga yang mengatakan pangkat dan darjat dapat menyelesaikan masalah ini, tetapi ini juga tidak berhasil menyelesaikan masalah yang melanda masyarakat, bahkan bertambah parah dan rumit lagi.

Jadi jalan yang paling mudah untuk kita selesaikan masalah ini haruslah kita kembalikan kepada Al-Qur`an dan Sunnah Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam.

Al-Qur`an dan Sunnah dapat memberikan jawaban yang tepat, dari manakah akar dari masalah-masalah tersebut.

Firman Allah subhanahu wa ta`ala yang artinya :
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, selagi ia tidak mengubah yang ada di dalam hatinya." [Surah Ar-Rad, ayat 11]

Hadits Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam yang artinya :
"Di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu maka baiklah jasadnya. Jika rosak daging itu, maka rosaklah jasadnya. Ketahuilah itu adalah hati."

Dapat kita lihat dari Al Qur'an dan Hadith tadi setiap penyakit yang timbul pada diri manusia itu, adalah berawal dari hati. Hati yang sakit (jahat) akan mendorong mata, kaki, tangan berbuat jahat. Maka lahirlah masyarakat yang jahat, seperti merampok, membunuh, memfitnah, mengumpat dan sebagainya.

Nabi Adam A.S

KISAH NABI ADAM A.S
Setelah Allah s.w.t.menciptakan bumi dengan gunung-gunungnya,laut-lautannya dan tumbuh-tumbuhannya, menciptakan langit dengan mataharinya, bulan dan bintang-bintangnya yang bergemerlapan menciptakan malaikat-malaikatnya ialah sejenis makhluk halus yang diciptakan untuk beribadah menjadi perantara antara Zat Yang Maha Kuasa dengan hamba-hamba terutama para rasul dan nabinya maka tibalah kehendak Allah s.w.t. untuk menciptakan sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi memeliharanya menikmati tumbuh-tumbuhannya,mengelola kekayaan yang terpendam di dalamnya dan berkembang biak turun-temurun waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya.
Kekhuatiran Para Malaikat.
Para malaikat ketika diberitahukan oleh Allah s.w.t. akan kehendak-Nya menciptakan makhluk lain itu,mereka khuatir kalau-kalau kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu, disebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau karena pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disadari. Berkata mereka kepada Allah s.w.t.:"Wahai Tuhan kami! Buat apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami, padahal kami selalu bertasbih, bertahmid, melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-hentinya, sedang makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu, nescaya akan bertengkar satu dengan lain, akan saling bunuh-membunuh berebutan menguasai kekayaan alam yang terlihat diatasnya dan terpendam di dalamnya, sehingga akan terjadilah kerusakan dan kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu."
Allah berfirman, menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:
"Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku.Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepada nya,bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, karena Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya."
Kemudian diciptakanlah Adam oleh Allah s.w.t.dari segumpal tanah liat, kering dan lumpur hitam yang berbentuk.Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna
Iblis Membangkang.
Tiada Akan Masuk Sorga Kecuali Orang Yang Muslim
Senin, 12 Mei 2008 
Sumber 



ImageAssalamu’alaikum warohmatullallhi wabarokaatuh,
Hamdan li Robbin Khosshona bi Muhammadin
Wa anqodznaa bi dzulmatiljahli waddayaajiri
Alhamdulillahilladzii hadaanaa bi ‘abdihilmukhtaari man da’aanaa ilaihi bil idzni waqod naadaanaa labbaika yaa man dallanaa wa hadaanaa
Shollallahu wa sallama wa baarok’alaih
Alhamdulillahilladzi jam’anaa fi hadzalmahdhor,Limpahan puji kehadirat Allah SWT, Maha Raja tunggal di alam semesta, tunggal dan abadi kekuasaan-Nya, tunggal dan abadi menguasai setiap ruh dan jiwa, tunggal dan abadi menciptakan setiap jasad hamba-hambanya, dan tiada satupun dari wajah hambanya yang sama dan serupa, Maha suci Allah SWT yang menjadikan alam semesta sebagai seruan bagi keturunan Adam, untuk mengenalkan dzat-Nya yang Maha luhur, untuk mengundang jiwa dan hamba-hambanya agar mengenal siapa yang menciptakan langit dan bumi, agar mereka mengetahui betapa indah dan agung-Nya Allah, mengundang ruh dan sanubari mereka untuk mencapai kebahagian yang kekal, hingga datanglah undangan-undangan Ilaahi dengan kebangkitan utusan Ilaahi yang paling dicintai Allah, sayyidina Muhammad SAW wa barak’alaih, pemimpin pembawa kemuliaan, pemimpin pembawa al-Quran, pembawa kebahagiaan, pembawa tuntunan-tuntunan suci, yang menuntun manusia dari kegelapan dosa dan kemurkaan Allah, menuju cahaya pengampunan dan kasih sayang Allah yang kekal, demikianlah kebangkitan sayyidina Muhammad SAW wa barak’alaih wa ‘ala alih. Sampailah kita di malam hari yang diberkahi Allah SWT ini, dengan membawa dosa-dosa dan kesalahan, dosa-dosa kita selalu mengikuti kita siang dan malam.
Maha Suci Allah SWT yang Maha Luhur, Maha Raja alam semesta, Maha menuntun hamba-hambanya dengan kedermawanan untuk melewati kehidupannya, maka beruntunglah hamba-hambanya yang menjawab seruan Allah, yang mau memahami perasaan Allah, yang mau berduaan dengan Allah didalam kesendirian, melewati satu dua menit dalam hari-harinya untuk berduaan bersama Robbul’alaimin, didalam keindahan sujudnya, mensucikan nama Allah SWT, melampiaskan keriinduannya kepada pencipta-Nya, kepada yang Maha berjasa kepadanya dan Maha berjasa kepada segenap makhluk hidup, Maha memiliki segenap kehidupan dan Maha berjasa kepada semua yang hidup di alam semesta, Dialah Allah, kenalilah nama-Nya, nama yang dikenal oleh seluruh sel tubuh kita, karena seluruh sel tubuh itu hidup dan kehidupannya berawal dari Allah Jalla wa’ala. Nama yang diagungkan oleh alam semesta, jangan kecualikan jiwa dan sanubari kita, alam semesta mengagungkan Robbul’alamin, alam semesta bergemuruh mensucikan nama Allah, jangan kecualikan diri dan jiwa kita, yang lepas dari mengagungkan Allah, dan ternyata ketika datang keinginan hamba untuk bertaubat dan memohon pengampunan, itu adalah salah satu hal yang sangat mengembirakan Allah.
Hadirin hadirot yang dimuliakan Allah.
Rahasia pengampunan Ilaahi, tiada akan berhenti terus mengundang para pendosa untuk dilimpahi maaf-Nya, hingga mereka hidup dan wafat dari beratus generasi dari sejak Adam hingga manusia yang terakhir di akhir zaman, sang Maha Memaafkan tiada pernah berhenti memaafkan, sang Maha Pemberi tiada pernah berhenti pemberiannya, sang Maha dermawan tiada pernah terputus kedemawanannya, Jalla wa’ala, yang tiada pernah bosan-bosannya melihat hambanya terus berdosa menentang-Nya dan terus menantikan taubat hambanya untuk kembali kepada Allah, kembalilah, kembalilah kepada yang melamarmu untuk dekat kepada-Nya, yang melamar kita untuk sampai kepada puncak keluhuran dalam kebahagiaan yang kekal, yang melamar kita adalah yang Maha memiliki kelembutan dan kasih sayang, melebihi seluruh kasih sayang di alam, kenalilah nama-Nya yang Maha Luhur, maka salah satu dari bentuk kenikmatan yang muncul dalam kehidupan kita adalah munculnya lambang rahmat Ilaahi sayyidina Muhammad SAW wa barak’alaih, yang Allah jadkan beliau itu bulan purnama hamba-hambanya untuk mengenal keindahan Ilaahi, yang menjadi cermin keagungan Allah, yang menjadi cermin bagi kita untuk mengenal Allah, itulah sayyidina Muhammad sayyidina Muhammad sayyidina Muhammad, tidak akan ada orang mengenal keindahan Allah terkecuali mengenalnya dari tuntunan Muhammad Rasulullah, dan tiada akan ada orang sampai kepada puncak ma’rifat dan iman “illa bi Muhammadin shollallahu wa sallama wa barak’alaih” umatnya ini yang Allah jadikan bagaikan benteng yang saling menguatkan satu sama lain.
Sampailah kita pada hadits mulia dimalam ini riwayat Shohih Bukhori: “laa yadkhulul-jannata illa nafsun muslimah (tiada akan masuk ke surga terkecuali orang-orang yang muslim) wa innallaha layuayyidu hadzaddiin birrojulil-faajir” ini yang menjadi tanda tanya yang perlu kita perjelas, kalau kalimat yang pertama, “tidak akan masuk surga terkecuali orang muslim” jelas sudah tidak perlu penjelasan, surga adalah milik ahli “laa ilaaha illallaah Muhammad Rasulullah” tapi bagaimana dengan ucapan sang Nabi; “innallaha layuayyidu hadzaddiin birrojulil-faajir” Allah menolong kebangkitan agama ini dengan orang-orang pendosa”, al-Imam ibnu Hajar al-Asgholani di dalam kitabnya fathul-baari bi syarah Shahih Bukhari, mensyarahkan makna hadits ini bahwa inilah kemuliaan pada muslimim muslimat walaupun pendosa, Allah tidak menyingkirkan mereka, terkecuali tetap merangkul mereka untuk turut berjasa menegakkan agama ini, walaupun mereka seorang yang banyak berdosa, bahkan ini bukan banyak berdosa, tapi faajir, orang yang selalu berbuat dosa,
Al-Imam ibnu Hajar al-Asgholani menukil riwayat didalam shahih bukhori; ketika saat seseorang berjihad dan Rasul berkata: huwa min ahlinnaar” orang itu ahli neraka, maka para shahabat memungkirinya, ya Rasulullah orang ini berjihad, Rasul berkata: innahu min ahlinnaar” ia wafat akan sampai ke dalam api neraka, dan ternyata benar, ketika ia melewati satu peperangan dan ia mendapatkan luka yang cukup parah, seraya membunuh dirinya sendiri, ia wafat dalam keadaan bunuh diri, sabda Rasulullah SAW, seraya bersabda: innallaha layuayyidu hadzaddiin birrojulil-faajir” Allah itu juga menegakkan agama ini dengan tumpukkan orang-orang yang faajir, dalam peperangan itu orang tadi berjasa, ia cukup hebat dalam membela Islam, walaupun ia wafat sebagai orang yang bunuh diri.
Al-Imam ibnu Hajar al-Asgholani memberi kejelasan dalam hadits ini, bagi kita untuk tidak meremehkan orang yang faajir, apalagi kalau seandainya sebagaimana al-Imam ibnu Hajar menukil; ketika kita melihat penguasa yang zholim, penguasa yang zholim kalau seandainya sampai kederajat yang faajir, tetap Allah SWT masih mengambilnya sebagai penegak agama,
demikian hadirin hadirot yang dimuliakan Allah, Allah memuliakan seorang muslim, ketika seorang pemimpin Islam maka tiadalah selayaknya rakyatnya untuk menghancurkannya, walaupun ia seorang yang zholim, akan tetapi kebangkitan Islam dan kemajuan Islam, bukan ditangan pemimpin yang zholim atau tidak zholim, tetapi pada rakyat yang bergerak didalam kemuliaan ataupun didalam kehancuran. Demikian hadirin hadirot yang dimuliakan Allah, seorang pemimpin yang sholeh tidak akan mampu berbuat apa-apa ketika rakyatnya faajir dan sebaliknya jika rakyatnya mu’minin mu’minat sholihin sholihat, pemimpin yang faajir tidak akan bisa bebuat apa-apa berhadapan dengan kekuatan Robbul’alamin.
Demikian hadirin hadirot karena kekuatan Allah ma’al-jama’ah, yadullah ma’al-jama’ah wa innal-fatt gholab wa adzab” kekuatan muslimin bersama kekuatan Allah pada persatuan muslimin bukan pada perpecahan, dan perpecahan adalah gholab dan adzab, demikian sabda Nabiyyuna Muhammad SAW wa barak’alaih, Demikian hadirin hadirot yang dimuliakan Allah. Hadits ini membuka bagi kita pemahaman bahwa para pendosa yang banyak berbuat salahpun Allah SWT masih menggunakan jasanya untuk menegakkan Islam, disinilah kemuliaan muslimin muslimat, umat Nabi Muhammad SAW wa barak’alaih wa’ala alih.
Seindah-indah makhluknya Allah adalah Nabi kita Muhammad, yang dengan mengikuti tuntunan beliau sampailah kita pada kesejateraan dunia dan akhirat, diriwayatkan didalam Shohih Bukhori Rasul SAW bersabda: “tidak dihalalkan bagi seorang muslim untuk bermusuhan dengan saudaranya melebihi tiga malam” sehingga “wayu’ridhu hadza wa yu’ridhu hadza”, sehingga yang ini berpaling dari saudaranya, saudara berpaling darinya, “inna min khoirihim man yabda,u bissalam” dan yang paling baik diantara keduanya yang saling berselisih adalah yang paling pertama mengucapkan salam kepada yang berselisih padanya” ketika dua orang berselisih dan bermusuhan, Rasul berkata; tidak halal baginya melebihi tiga malam, lewat dari tiga malam ia telah sampai kepada hal yang haram dari permusuhannya, dan permusuhannya bukan lagi kepada saudaranya, tetapi ia telah sampai kepada hal yang dimurkai Allah, dan yang terbaik diantara mereka adalah yang pertama kali mengucapkan salam, bukan yang salah atau yang tidak salah, tapi yang paling baik diantaranya adalah yang pertama kali memulai untuk keinginan kembali berdamai, demikian hadirin hadirot, warisi pada dirimu, warisi pada hari-hari kita, wasiat-wasiat Nabi kita Muhammad SAW shollallah wasallama wa barak ‘alaih.
jadikan jiwa kita terbuka bagi saudara-saudara kita yang kita cintai dan yang kita tidak menyukainya, ia telah berbuat salah padaku menyinggung perasaanku, tidak berat bagimu untuk memaafkannya, ingatlah semakin seeseorang banyak memaafkan saudaranya, melupakan kesalahan saudaranya, semakin cepat Allah melupakan kesalahannya, ketika seseorang berat melupakan kesalahan saudaranya, hati-hati barangkali Allah berat pula melupakan kesalahannya.

Musibah matinya hati

Sunday, 30 May 2010 07:03 | Written by PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN |


KEHADIRAN bulan Safar al-Khair mengimbau kembali kisah kegeringan Rasulullah SAW sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 12 Rabiulawal. Jika Rasulullah SAW itu adalah kekasih dan keutamaan kita, maka sudah tentu saat-saat yang memilukan itu menarik perhatian dan perasaan kita.

Sesungguhnya kewafatan Rasulullah SAW adalah musibah terbesar bagi umat Islam sehingga terdapat ulama yang menulis buku khusus mengenai musibah kewafatan Rasulullah. Setelah kewafatan Baginda, ada yang masih lemah imannya menjadi murtad, tidak mahu menunaikan zakat dan berpecah belah. Sesungguhnya inilah musibah terbesar yang pernah menimpa sahabat-sahabat Baginda. Hanya kekentalan iman menjadi penyelamat ketika itu.


Hari ini, umat Islam ditimpa musibah yang tidak kurang besarnya iaitu matinya hati. Pelbagai peringatan yang diberikan tetapi bak mencurah air di daun keladi. Inilah penyakit hati yang dikhuatiri oleh Rasulullah akan berlaku ke atas umatnya. Inilah kematian yang paling sukar untuk dipastikan kerana tidak ditandai dengan kain kapan putih ataupun batu nisan.

Apa pun, selaku insan yang sentiasa menginsafi diri, kita masih boleh menghisab diri, apakah musibah ini telah mengenai diri kita atau kita termasuk di kalangan mereka yang terselamat. Terdapat tiga tanda yang digariskan oleh ulama iaitu, tidak merasa sedih apabila tidak berkesempatan melakukan amal ketaatan, tidak menyesal apabila terlanjur melakukan dosa dan suka bersahabat dengan orang-orang yang lalai dan telah mati hatinya. Inilah alamat ringkas yang diletakkan oleh Syeikh Ibnu ‘Atoillah dalam kalam hikmahnya.

Maka dapat difahami bahawa keriangan dan kegembiraan seseorang kerana ketaatan yang dilakukannya dan kesedihan seseorang disebabkan maksiat yang dilakukannya merupakan tanda hidupnya hati seseorang. Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang digembirakan oleh kebaikannya dan disedihkan oleh kejahatannya, maka dia adalah orang mukmin.” (riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan al-Hakim)

Namun, ini bukanlah kegembiraan yang bercampur dengan perasaan ‘ujub. Orang yang bersifat ‘ujub hanya memandang kepada daya dan kekuatannya dan lupa tentang anugerah Allah dalam mengurniakan taufik dan hidayah kepadanya. Hendaklah kita menjauhi sifat ‘ujub kerana ia boleh menghapuskan pahala amal-amal yang dilakukan. Begitu juga perasaan riak.

Amal kebaikan merupakan tanda keredaan Allah dan keredaan-Nya membawa kepada kegembiraan. Manakala amal kejahatan merupakan tanda kemurkaan Allah dan kemurkaan-Nya membawa kepada kesedihan. Sesiapa yang diredai oleh Allah, maka Allah mengizinkannya untuk melakukan amal soleh. Sesiapa yang dimurkai oleh Allah, maka Allah meninggalkannya dan membiarkannya berada dalam kelalaian dan kehinaan.

Abdullah ibn Mas’ud RA berkata: “Orang mukmin melihat dosa-dosanya seolah-olah dia sedang berada di kaki gunung; dia takut kalau gunung itu akan menghempapnya. Manakala ahli maksiat melihat dosanya hanya seperti seekor lalat yang hinggap di hidungnya maka mudah untuk menghalaunya.”

Namun demikian, tidak sepatutnya pula seseorang hamba yang apabila telah melakukan dosa, dikalahkan oleh kesalahan yang dilakukannya. Dikalahkan dalam bentuk bersikap pesimis, tidak lagi mengharap keampunan Tuhannya dan berprasangka buruk terhadap Tuhannya. Bagi orang yang benar-benar beriman dan hidup hatinya, rasa khawf dan raja’ (takut dan harap kepada Allah) mesti ada pada dirinya. Allah telah menyifatkan para nabi dan rasul-Nya serta pengikut mereka dari kalangan kaum mukminin yang solehin dengan kedua-dua sifat ini, sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Israa’ ayat 57.

Syeikh Ibnu ‘Atoillah RA menyatakan dalam Hikamnya: “Janganlah kerana besarnya dosa di sisi kamu, menghalang kamu daripada berprasangka baik dengan Allah kerana orang yang telah kenal Tuhannya, nescaya akan menganggap dosanya kecil di sisi kemurahan Allah yang luas.”

Manakala sebab yang membawa kepada matinya hati ialah cintakan dunia, lalai daripada mengingati Allah dan menggunakan anggota untuk melakukan maksiat.