Hadis & Mutiara Kata

-Hari inilah yang akan anda hadapi, bukan kelmarin yang telah berlalu dan esok yang belum tentu sempat di temui-

~Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul~

~Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan.~Abdullah Mansur M.H

~Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah~

~Sekiranya anda bersedih kerana kehilangan seseorang,sebenarnya jauh dilubuk hatimu yang sangat dalam,anda sedang mensyukuri sambil berasa terharu bahawadia pernah ada bersama-sama denganmu~Kahlil Gibran

~Sama ada baik atau buruk ,percakapan anda adalah iklan diri anda~

~Perubahan adalah sesuatu yang sukar dilakukan bagi orang yang biasa hidup secara rutin~C.Neil Strait

~Engkau bergembira setiap hari dengan bertambahnya harta engkau.Dan engkau tidak gundah hati dengan berkurangnya umur engkau ~ Ibid hal. 176

~Sabda Rasulullah: Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah yang datang pada hari Qiamat dengan sembahyang, puasa dan zakat tetapi dia juga pernah mencaci, menuduh orang buat jahat, dan mengambil hak orang. Dia juga pernah menumpahkan darah (membunuh orang) atau sekurang-kuranpya memukul. Oleh itu pahala ibadahnya akan diberi kepada orang yang dianiayai itu satu persatu. Dan kalau pahalanya tidal cukup, dosa-dosa orang itu pula diberikan kepadanya (jadilah ia muflis) dan akan dijerumuskan ke dalam Neraka. (Riwayat Muslim) ~

~Ibnu Taimiyah berkata, ”Zuhud adalah meninggalkan apa yang tidak bermanfaat di akhirat nanti, sedangkan wara’ adalah meninggalkan sesuatu yang ditakuti bahayanya di akhirat nanti.”~