skip to main |
skip to sidebar
50 Idea “Bagaimana Untuk Meningkatkan DUA KALI GANDA Pendapatan Anda Dan Menarik Lebih Ramai Pelanggan Kepada Anda Dalam Masa Yang Singkat!”Perniagaan anda boleh hidup atau “mati” bergantung kepada berapa banyak jualannya bukan?
Anda mungkin mempunyai produk atau perkhidmatan terbaik paling “power”
di dunia atau anda mungkin boleh buat kek yang paling hebat di seluruh
galaksi, tetapi jika tidak ada orang yang membeli daripada anda atau
tidak berapa ramai orang yang datang kepada anda untuk membeli daripada
anda, ia mungkin akan menyebabkan perniagaan dan pendapatan anda hanya
“nyawa-nyawa” ikan.
Untuk meningkatkan jualan, anda perlukan strategi pemasaran yang
bagus. Anda perlu belajar bagaimana untuk menarik perhatian orang ramai
atau pelanggan kepada anda atau perniagaan anda serta membuat mereka
gembira untuk membeli daripada anda.
Sebagai perunding strategi pemasaran sejak tahun 2001, saya telah
berjaya membantu ramai usahawan untuk merubah senario perniagaan mereka
dan pada masa yang sama merubah kehidupan mereka daripada “biasa-biasa’
kepada “luar biasa” dengan menggunakan strategi pemasaran serta idea
pemasaran yang mudah.
Idea yang saya berikan ini adalah sebagai “PERMULAAN” kepada anda
untuk belajar menjadi pakar pemasaran untuk perniagaan anda sendiri.
Bila saya katakan yang sekiranya anda kuasai pemasaran, anda akan menarik “ramai gila” pelanggan kepada anda, ia adalah benar!
Bila saya katakan yang sekiranya anda kuasai pemasaran, anda akan
menarik “ramai gila” pelanggan “berkejaran” untuk menggunakan produk
atau perkhidmatan anda juga, ia adalah benar!
Itulah yang berlaku kepada saya dan ramai pelanggan korporat atau
individu yang telah menggunakan teknik-teknik pemasaran saya. Apatah
lagi bila anda akan belajar “live” daripada saya di dalam Klinik
Usahawan Dr.Azizan Osman-Seminar Marketing Power saya nanti.
Persoalannya, adakah anda cukup stok atau kakitangan untuk uruskan pelanggan yang ramai mencari anda nanti?
Ini adalah senarai 50 idea pemasaran luar biasa, anda tidak akan tahu keberkesannya sehingga anda mencuba:-
50) Kongsikan apa yang anda tahu kepada orang lain: Apa yang
anda ketahui tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan maklumat
yang sangat bernilai kepada orang lain. Tetapi bukanlah maklumat rahsia
perniagaan anda, tetapi maklumat umum atau informasi yang mungkin
berguna kepada orang lain. Berikannya secara percuma. Tuliskan artikel
di blog ,laman web atau laman sosial anda seperti FACEBOOK, kongsikan
kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang yang anda
lakukan.
Contohnya, jika anda di dalam bidang takaful atau insuran. Kongsikan
kepada orang lain tentang asas perancangan kewangan yang betul,
kesilapan ramai pelanggan anda sebelum ini dan bagaimana untuk merancang
plan pencen mereka atau mungkin pelan kewangan pendidikan anak-anak
mereka.
Jangan risau jika ada orang lain yang akan meniru anda, anda ada
ilmu dan pengalaman yang tersendiri, orang lain belum tentu mempunyai
ilmu atau pengalaman yang sama.
49) Mencipta suasana yang sesuai dengan tema semasa: Ini
adalah teknik yang digunakan biasanya di pusat membeli-belah. Jadikan
tema semasa sebagai dekor atau cara anda berpakaian untuk melayan
pelanggan. Contohnya, tahun baru cina, anda mungkin memakai baju
“cheong-sam” serta memberikan hadiah limau mandarin kepada pelanggan
anda. Jika bulan ramadhan, anda berikan hadiah kurma atau voucher
berbuka puasa kepada pelanggan anda. Kadang-kadang anda boleh melihat
kepada trend filem yang terkenal dan laris di panggung wayang dan
jadikan ianya tema kepada suasana perniagaan anda. Contohnya, jika anda
membuka kedai runcit dan ketika itu ditayangkan filem “Harry Porter” di
panggung wayang, anda mungkin boleh hias sedikit kedai anda mengikut
konsep filem tersebut dan anda mungkin boleh memakai skaf kepada seperti
tukang sihir di dalam filem “Harry Porter” pada hari tertentu dan ini
akan menarik ramai anak-anak yang akan “menarik” ibu-bapa mereka untuk
ke kedai dan melihat anda. Apa lagi? Bila mereka dah datang ke kedai
anda, tawarkanlah sesuatu kepada mereka mungkin pembelian harga
istimewa?
Atau anda boleh dapatkan sedikit mainan “Transformer” dan hadiahkan
kepada anak-anak pelanggan anda apabila anda menziarahi mereka. Bila
pelanggan gembira dengan anda, mereka akan beli apa sahaja yang anda
tawarkan!
48) Berikan kad diskaun atau voucher percuma: Ini adalah cara
paling mudah dan murah untuk membuat pelanggan setia kepada anda.
Contohnya anda mempunyai perniagaan mencuci kereta, berikan tawaran
setiap 6 kali mencuci di kedai anda, mereka akan mendapat 1 kali
percuma! Ini juga cara anda untuk menunjukkan yang anda menghargai
mereka.
47) Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa : Ingat, tidak ada
yang lebih hebat daripada kata-kata positif daripada pelanggan.
Perkhidmatan pelanggan yang hebat adalah senjata yang paling “power” di
dalam menghadapi persaingan di dalam perniagaan. Jangan anggap yang
disebabkan anda masih berniaga kecil-kecilan dan anda tidak perlu senyum
dengan pelanggan, menjawab telefon dengan cepat sebelum 3 kali bunyi
telefon, melayan pelanggan dengan mesra dan tenang. Jika anda tidak
dapat lakukannya ketika perniagaan anda masih kecil, sampai bila pun
perniagaan anda tidak akan menjadi besar!
46) Lancarkan pertandingan atau cabutan bertuah: Cara yang
paling mudah untuk anda mendapatkan “database” pelanggan dan dapatkan
maklumat pelanggan agar anda dapat gunakan maklumat tersebut untuk
tawaran kempen pemasaran di masa depan. Gunakan sistem sms, blog, laman
web, FACEBOOK atau siarkan di akhbar untuk memaklumkan tentang kempen
anda. Anda boleh pelajari semua teknik ini dengan lebih terperinci di
dalam program “Seminar Marketing Power” saya nanti.
45) Tambah maklumat baru di laman web anda: Anda sebenarnya tidak perlu bimbang tentang strategi SEO (Search Engine Optimisation) untuk meningkatkan ranking laman
web anda di enjin carian seperti Google. Apa yang anda perlu lakukan
adalah sentiasa menambah informasi terkini atau aktiviti terkini setiap
minggu atau sekerap yang mungkin. Anda akan terperanjat melihat ranking laman web anda meningkat dalam masa yang singkat.
44) Blog: Sekiranya anda merasakan yang anda tidak mahir
menulis untuk laman web, apa kata gunakan Blog. Ia adalah cara percuma
dan mudah untuk anda berkongsi kepakaran anda. Blog yang bagus akan
membuatkan anda popular dan mempunyai pengikut di dalam bidang kepakaran
anda. Teknologi blogging yang paling banyak digunakan hari ini adalah
seperti Blogger atau WordPress kerana ianya adalah percuma.
43) Maksimakan penggunaan kad perniagaan anda: Adakah anda
biasa menerima kad perniagaan yang hanya menulis nama seperti “Ali bin
Ahmad, pengurus, Syarikat Ali Bersaudara….?” Tetapi anda tidak tahu
apakah perniagaan Ali bin Ahmad? Gunakan kad perniagaan anda untuk
menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan anda
atau apakah kepakaran anda supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada
anda bila diperlukan nanti. Tips tambahan: Biasakan memberi 2 keping kad
perniagaan apabila anda memperkenalkan diri kepada orang lain dan
katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan kepada
orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda. Ini adalah cara
pemasaran yang paling mudah dan berkesan kerana orang lain yang akan
menolong mempromosikan perniagaan anda.