Kehebatan Solat

Rahsia kekuatan imam ahmad bin hambal menghadapi kerajaan muktazilah

-Solat malam dan siang paling kurang 300 rakaat

Khalifah muawiyah bin abu sufian
-kerajaan yg hebat dlm bbyk bidang

-petua- hadis qudsi-wahai anak adam,beri kpd ak 4 rakaat pd waktu pg,ak akan jamin hidayah dan taufik pd hari tersebut

Jumhur ulamak Iaitu solat dhuha. Iaitu sebelum matahari tegak(lebih kurang 15min sebelum zohor 28 minit selepas subuh)

Solat kusyuk
-memahami makna surah fatihah secara detail
-alhamdulillah-kekuasaan Allah
-sifat kasih syg Allah
-Malikiyaumidin- setiap perbuatan akn dibalas
-iyyakanak budu-
-ihdinasirroltolmustaqim

-setiap org Islam perlu ada kekitaan sesama muslim
-tanggungjawab kpd Islam

Ketika sebut Assalamualaikum-wajah masih mengadap kiblat..ketika menyebut warahmatullah baru lah pusing kan wajah ke kanan dan kiri

PETUA GENERASI LAMA TERENGGANU MERAMAL BANJIR

Berdasarkan beberapa maklumat dari generasi tua di Terengganu, mereka menceritakan beberapa kaedah dan teknik dalam meramal kejadian alam, terutamanya banjir yang akan melanda kawasan mereka melalui beberapa keadaan.

1. Bintang Tujuh Beradik

Menurut nelayan di sekitar Muara Besar Marang, jasad samawi memainkan peranan dalam menunjukkan bermulanya musim tengkujuh. Bintang Tujuh Beradik akan keluar di dada langit, terutamanya pada awal malam dengan kedudukan antara 30 hingga 45 darjah.

Bintang berkenaan berada dalam keadaan tersusun dan selari, dengan kedudukan menegak dan rapat antara satu sama lain. Ketujuh-tujuh bintang ini didakwa sebagai punca kepada gelaran Tengkujuh yang merujuk kepada bermulanya musim monsun di Pantai Timur.

2. Guruh Pemberitahuan

Melalui petua ramalan generasi lama di Terengganu, pada permulaan bulan September / Oktober, guruh yang berbunyi kuat pada waktu tengah hari / sejurus sebelum waktu Zohor merupakan petanda masuknya musim hujan. Guruh berkenaan akan berbunyi, biasanya pada tengah hari dalam keadaan cuaca panas terik.

Versi masyarakat darat mengatakan bahawa guruh berkenaan berbunyi di perbukitan Tanah Tinggi Terengganu manakala versi masyarakat pantai mengatakan guruh berkenaan berbunyi di Laut Besar (Laut China Selatan).

3. Guruh Amaran

Guruh amaran biasanya dikesan sejurus sebelum bermulanya sesi curahan hujan lebat. Bunyinya seperti dentuman gendang dan berlarutan sehingga 30 saat sebelum berhenti.

Selepas itu tiada bunyi guruh dikesan dan hujan mulai lebat, menandakan bermulanya sesi curahan hujan.

4. Hujan Malam Jumaat

Andainya hujan bermula pada malam Jumaat dengan keadaan kaki langit yang gelap (pada pandangan masyarakat pantai), ia menandakan bahawa hujan tidak akan berhenti sehingga 'bertemu ketika' iaitu sehingga malam jumaat minggu seterusnya.

Cuaca pada minggu berkenaan tidak akan menentu, dengan hujan dan mendung bersilih ganti. Keadaan seperti ini akan menjurus kepada berlakunya banjir.

5. Haiwan Merayap

Pemerhatian kepada tahap ketinggian aras air banjir biasanya diperhatikan pada gerak geri haiwan, terutamanya semut.

Kadar perubahan sarang dan tahap ketinggian semut berpindah sarang memberi petunjuk kepada manusia mengenai aras ketinggian air banjir.

6. Kitaran Banjir Teruk

Terdapat pendapat kitaran banjir teruk yang berbeza di tempat yang berbeza, terdapat kitaran 2 tahun, 5 tahun, 10 tahun, 50 tahun dan 100 tahun sekali. Tahun berlakunya kitaran tersebut adalah berbeza di tempat yang berbeza di Terengganu khususnya.

Antara yang dicatatkan di lokasi tertentu dan mempunyai rekod bertulis adalah,

i) Banjir 1926 (Bah Merah) - Keseluruhan Terengganu kecuali Besut
ii) Banjir 1965/67 - Kuala Terengganu
iii) Banjir 1986 - Keseluruhan Terengganu

Kesimpulannya,

Generasi terdahulu mempunyai pelbagai teori dan pemerhatian terhadap alam, yang memungkinkan mereka untuk terus memahami aturan kehidupan yang ditentukan oleh Allah Ta'ala di bumi ini.

Sesungguhnya kejadian banjir dan musim hujan yang melanda adalah satu ketetapan yang berlaku di dalam aturan alam, pasti berlaku di seluruh Terengganu, dan masyarakat nusabangsa Terengganu menghadapinya dengan penuh kesabaran dan kekuatan selama wujudnya negeri ini melebihi 700 tahun yang lalu.

"Kalu Takuk Kene Boh, Dok Soh Duduk Di Tranung"

Kredit: ganutalgia.blogspot

Cinta kemegahan

Antara penyakit hati yg terakhir akan terbit di hati adalah cinta kemegahan..

Sheikh tantawi-setiap kita akan jd org yg biasa pd pandangan org yg tidak dikenali

Kita akn jd seorg yg menarik bg org yang mngenali kita

Cemburu Allah menfanakan segalanya

Iaitu

ShortNotes ust saufi permin 15.5.2017

Lima malam mustajab doa mengikut Imam Shafie

1.malam hari raya puasa
2.malam hari raya haji
3.malam jumaat
4.malam lailatul qadar
5.malam nisfu syaaban

Tazkirah

Saidah Ahmad
Copy paste.
*MENGAPAKAH DI MALAYSIA agama Kristian berkembang dan agama Islam tidak?*
Kerana:
Orang Islam menjual/memperdagangkan agamanya. Air jampi dijual, jus Tok Guru kononnya telah dijampi. Minyak ubat urut Anugerah kononnya dibacakan ayat suci 30 juzuk dijual dengan harga mahal. Agama Kristian tak jual malahan produknya diberi percuma.
*Ustaz-ustaz mengajar agama “demand”/meminta bayaran tinggi.* Mubaligh
Kristian berdakwah secara percuma. Sehingga jauh ke pendalaman. Malahan
menanggung sendiri makan minum dan tempat tinggalnya.
*Jabatan Agama Islam sibuk nak tangkap org bernikah di Siam.* Agama Kristian sibuk membantu orang dalam kesusahan (janda, miskin, mangsa tanah runtuh, banjir).
Gereja boleh dimasuki bila-bila masa tetapi masjid dikunci. (Tak bagi orang masuk, tidur kononnya).
Imam solat kerana waktu kerjanya (dibayar gaji), paderi sukarela.
Air zam zam dijual mahal tetapi Kristian memberi holy water secara percuma.
Jabatan Agama Islam sibuk menghukum dan menakutkan orang tapi Kristian sibuk berdakwah.
*Ustaz-ustaz sibuk menjual tanah suci. membawa orang ke Mekah, Umrah. Harganya mahal. Bermotifkan keuntungan melampau.* Paderi sibuk menaja orang orang susah membaiki rumah dan bantuan barang barang dapur.
*Pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam, Jabatan Zakat sibuk promosi nak naik gred bergaji besar. Bajet “pengurusan” lebih besar dibandingkan kepada golongan asnaf.*
Paderi sibuk membuat kebajikan.
*Orang Islam sibuk dengan milikan rumah besar, kereta besar, motor besar untuk kepuasan diri.*
Tetapi orang Kristian sibuk berdakwah mencuba menarik hati orang Islam yang tidak punya harta.
Renungkanlah.
*INGATAN UTK DIRI SENDIRI DAN KAWAN2 LAIN*:
📝 *JANGAN BANGGA*
📝 *JANGAN BERLAGAK*
-----------------------------
01. Jangan bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita - *TANAH LIAT*
02. Jangan bangga dengan rumah besar kerana rumah terakhir kita - *KUBUR*
03. Jangan bangga dengan baju mahal kerana baju terakhir kita - *KAIN KAPAN*
04. Jangan bangga dengan kereta dan motor besar kerana kenderaan kita yang terakhir - *KERANDA*
05. Jangan bangga dengan minyak wangi berjenama kerana wangian terakhir kita - *KAPUR BARUS*
✅ *Rugilah tidak SHARE sebab ini adalah satu peluang dakwah yang mudah.*

Shornote ust manan 15.2.17

Dosa mengumpat

1.pandangan muktabar- perlu taubat,menyesal dan minta maaf pada manusia
2. Pandangan hasan al basri- cukup sekadar menyesal dan taubat pada Allah.

Antara perkara yg boleh halang peningkatan rohani seseorg-imam al khowas
1.mengumpat seseorg muslim

Sesiapa yg teruji dgn ujian mengumpat
-baca alfatihah dan 3 qul dan niatkan pahala pd org yg diumpat supaya sabit pahala itu pd.org yg diumpat

Pekara yg binasa berasal di mulut iaitu mengadu domba dan mencela org lain

Org paling jahat org yg suka mengadu domba dan mencari-cari keaiban org lain.

Short note ust nik 7.2.17

-Sekiranya kita bersyukur nescaya akan di tambah nikmat yg diberi

-memuji yang membinasakan
 
Org yg tidak.bertaubat adalah org yg zalim

Hajat utama manusia sepatutnya adalah diampunkan dosa..

2 kebinasaan pd orang yang dipuji
-takabur dan ujub-sombong dan rasa ajaib
-lemah ibadat-berasa cukup dgn ibadah yg dibuat tanpa ada usaha untuk menambah baik

Berlumbalah dalam mencari akhirat

Tidak ada melebihkan orang lain dalam perkara taat kepada Allah

Pujian yang baik adalah pujian yang tidak diketahui oleh org yg dipuji

Jika dipuji org,tanamkan dlm hati bhw kita tidak tahu bagaimana pengakhiran kita sama ada husnul atau suul khatimah