6 golongan dibenci Allah

6 org dibenci Allah

1.org tmyg sombong dan meremehkan manusia yg lain

2. Tamak dan kedekut

3. Org yg berebut jawatan

4.bangkai dimalam hari iaitu org yg tidur lambat dan bangun lewat

5. Keldai di siang hari - food hunter

6.pandai urusan dunia bodoh akhirat

Jahil

2 jenis jahil

1.orang yg baru masuk islam

2.orang yg duduk jauh dr masyarakat-tidak mendapat maklumat ilmu tentang islam

Orang awam tidak jahil ilmu tp pemalas..

2 rukun pendek -iktidal dan duduk antara 2 sujud

Cara zikir

3 cara zikir selain secara lisan

1. Berdoa
2. Berserah diri kpd Allah-tawakal
3. Membuat amal soleh dan kebaikan

Jgn tgk atau kira berapa bnyk org lain dapat tp pandang brapa bnyk yg kite telah dapat supaya dpt bersyukur

Pasangan berkahwin sepatutnya lebih bnyk melihat muka pasangan utk mendapat kebaikan

5 point penting untuk berhijrah

1- knowledge
2. Details plan
3. plan b
4. Empathy
5. Sacrifice

4 ciri dosa besar

4 Ciri dosa besar

1.pelaku dihukun dgnn hukuman had seperti hudud

2.pelaku dilaknat Allah

3.pelakunya menjadi hina

4.pelaku dijanjikan neraka

Setiap dosa yg disertakan nas al quran dan hadis bhw ia adalah dosa besar dan dijanjikan hukuman yg berat

3 rukun taubat
1.menyesal
2.meninggalkan dosa tersebut
3.berazam tidak mengulangi lg

Catatan Muhammad Iftitah siri 2

Ada sesuatu yang tak kena....
Pasti, ada sesuatu yang tak kena apabila gaji kita tak mencukupi untuk menampung hidup.
Kita bekerja 8 jam sehari, ditambah OT, tapi masih tak cukup. Ditambah dengan perniagaan separuh masa, mungkin cukup, mungkin tak.
Kadang-kadang, isteri pun terpaksa bekerja.

Nampak macam tak kena apabila sumber pendapatan kita tak cukup pun untuk menampung kos sara hidup.

Tapi, inilah realiti.
Realiti sejak zaman berzaman sejak manusia mula mewujudkan sistem kasta.
Ya, benar. Pada hari ini, kita tiada lagi hamba. Hamba yang diperhambakan tanpa rela.
Pada hari ini, kita ada sistem perhambaan yang lebih maju iaitu sistem perhambaan dengan kerelaan.
Kita sendiri rela menjadi hamba.
Slavery by consent.

Cuba teliti balik sejarah.
Adakah hamba diberikan kemewahan? Tidak.
Adakah hamba diberi makan? Ya.
Adakah hamba diberi ubat? Mungkin.
Hamba diberikan keperluan hidup supaya mereka tidak mati.
Kita pula diberikan gaji, dan hiburan, supaya kita terus menjadi hamba lagi, dan jangan lari dari diperhambakan.

Dulu, aku rasa, sistem perhambaan zaman moden ni adalah sesuatu yang zalim.
Hari ini, bila aku tengok perangai manusia yang buruk, aku rasa... Sistem ni adalah cerminan diri manusia secara kolektif.
Kalau yang baik lebih ramai, sistem ni akan lebih adil.
Kalau yang buruk lebih ramai, jadilah macam hari ini.

Rahsia dunia moden, bukanlah rahsia pun.
Ia terang di depan mata tetapi terlepas dari penglihatan kita sebab terlalu jelas.
Bagaikan batang hidung kita yang kita tak nampak padahal letaknya betul-betul sebelah mata.

Cerita tentang sistem dunia moden.
Andai kau tahu pun, apa kau boleh buat?
Macam aku. Aku tahu. Tapi aku tak mampu buat apa-apa.

Tapi, manusia sukakan cerita.
Manusia sukakan misteri.
Manusia ingin tahu. Curiousity.
Satu godaan yang hampir tak mampu ditolak.
Kerana mengetahui bermaksud menguasai.
Menguasai hidup sendiri.
Mengemudi keluar dari kelompok perhambaan dan masuk ke dalam kelompok lebih tinggi.

Knowledge is power.
With great power, comes great responsibility.
Malangnya, ramai orang salahguna kuasa dan pecah amanah.

Slavery by consent.
In this corrupted world, is it possible to escape?
Maybe.

Apa pun.
Tolong diri sendiri untuk tolong keluarga.
Dan hanya tolong selagimana pertolongan kau tak menjejaskan kemampuan kau untuk tolong mereka di masa depan.

We really don't have the leverage to help everyone.
But we can afford to help our family.

Kenapa masih membuat dosa

Kenapa masih membuat dosa

1.kerana kita tidak dpt melihat dosa dan alam barzakh

2.kerana kejahilan ilmu

Sifat 20

Mukhafalatuhul ala lil hawadis -amru iktibari
Ain sifat xde tp hanya faham shj sifat

zat bukan jirim kerana setiap jirim berhajat pada sifat dan aradh

Semua makhluk adalah jirim.

Zaman salaf-300 hijriah dan sebelumnya

mushaf quran-kalam lafzi-makhluk
Kalan nafsi-qadim -xbehuruf xbesuara

Mikraj-hasan asyyari wahyu kpd nabi kalam lafzi yg dicipta Allah

Solat duduk dan sunat abad

Syarat solat duduk

1.tak mampu berdiri
2.untuk sujud..perbuatan seperti rukuk tetapi kepala lebih bawah dr punggung

Tahiyat awal

Imam baca makmum xbaca-solat dua dua sah
imam tinggal makmum baca-solat makmum batal

Witir

Witir -penutup pada lughoh iaitu bahasa shj
Bukan pada amalan

Rakaat yang ganjil tidak semetinya rakaat yg terakhir

Boleh tambah 2 raakat pd waktu malam.

Catatan Muhammad Iftitah

Muhammad Iftitah
February 24 at 12:24 AM ·
Artikel ini ditulis oleh Iblis Kayangan (nickname lama).

Ekonomi dunia hari ini sangat pelik, kompleks, dan tak dapat difahami oleh manusia biasa seperti kita. Tapi, hari ini aku akan menjelaskan sedikit.

Kita biasa dengar perkembangan ekonomi.
Kita biasa dengar inflasi.
Kita biasa dengar perkembangan ekonomi tu bagus, tapi orang kata inflasi tu tak bagus.
Apa benda menatang dua ekor ni?

Perkembangan ekonomi dan inflasi adalah BENDA YANG SAMA, ia berasal dari perkataan jawa iaitu INFLATE yang bermaksud BERKEMBANG.

Perkembangan ekonomi bermaksud jumlah duit yang terlibat dalam urusniaga dalam pasaran mesti BERTAMBAH, yang juga bermaksud bahawa jumlah duit dalam pasaran mesti bertambah.
Sekiranya jumlah duit yang terlibat dalam urusniaga kekal, maka, ekonomi adalah stagnant.
Sekiranya jumlah duit yang terlibat dalam urusniaga berkurang, maka, ia dipanggil krisis ekonomi, recession, ekonomi menguncup dan sebagainya. Tak kira nama apa pun, it is the same shit.

Untuk ekonomi terus berkembang pada kadar yang tetap, katakanlah 6% setahun, maka, beberapa aspek penting perlu ditetapkan iaitu :-
1. Kadar riba bank (br) yang tetap dan tak berubah macam bank tu dia punya.
2. Kenaikan gaji yang tetap. Katakan tahun ni gaji minima despatch rm 1000, tahun depan kena 1006. Kalau ada orang baru masuk pun, dia dapat 1006.
Kalau orang lama tak puas hati, suruh dia cari kerja lain. Asyik dengki dengan rezeki orang. Camne nak maju?
Sifat dengki mendengki ni la antara faktor majikan tak naikkan gaji apabila ada kemasukan pekerja baru.

Ini penting supaya new generation dapat buat LOAN yang up to date dengan harga rumah/kereta dalam pasaran dan masih ada duit untuk belanja.

Pada hari ini, disebabkan gaji tak naik mengikut masa, maka, gaji kita ada terlalu kecil nilainya untuk membuat loan bagi membeli rumah/kereta. Akibatnya, ramai yang tak mampu bayar dan muflis.

Disebabkan hal ini juga, dahulu orang buat 1 kerja dah boleh tampung satu keluarga.
Tapi, sekarang, 2 kerja pun belum tentu tampung diri sendiri.
Ini berpunca dari GAJI YANG TIDAK MENINGKAT mengikut masa.

3. Bilangan new generation yang fixed. Katakan, setiap orang dewasa wajib ada 1 anak. Dan anak ni in future akan tanggung beban hutang beserta riba past generations, so, atas nama "perkembangan ekonomi", lagi 25 tahun, anak ni akan buat paling kurang tiga hingga empat kali ganda dari jumlah hutang mak/ayahnya.

4. Sumber alam dapat diambil pada kuantiti yang diperlukan pada masa yang diperlukan, setiap masa.

Malangnya, semua perkara di atas adalah VOLATILE. Berubah-ubah. Tak dapat dikawal.
BR berubah mengikut keadaan ekonomi semasa.
Kelahiran anak mengikut ibu bapa, kalau tak kahwin, xde anak kecuali anak luar nikah.
Gaji jangan cerita la, lagi rendah lagi boss suka.
Alam? Kayu nak ambil dari hutan mana lagi?
Besi nak gali kat mana?
Bukit mana lagi nak ditarah?
Hutan mana nak dibuka untuk dibuat ladang?
Kawasan mana nak dijadikan pusat pelupusan sampah?

As you can see, nak ekonomi berkembang secara konsisten adalah NEXT TO IMPOSSIBLE.

Kenapa? Senang je jawapannya.
Our economy is designed and engineered to SELF DESTRUCT.

Mana-mana kau pergi, pernah tak kau dengar orang kata "Ekonomi bagus la sekarang. Business mantap! Hidup senang!"
Takde kan? Zaman atok kita dulu pun keluar ayat yang sama je. Dah tu, bila masa ekonomi makmur?
The thing is, ekonomi wujud dalam dua bentuk, syurga dan neraka; two sides of the same coin.
Syurga bagi orang kaya adalah neraka bagi orang biasa macam kita. Sebab tu kita tak pernah dengar orang kata ekonomi bagus.

Cuba kita join geng kaya-kaya, apa kata mereka?
"Ekonomi sekarang bagus dan berkembang. Business untung banyak."
Ayat yang kita tak pernah terfikir pun yang kita akan dengar kerana perbezaan hierarchy dalam masyarakat.
Perbezaan jurang pendapatan yang sangat sangat ketara.

Tapi, macam mana ekonomi yang berlandaskan riba ni boleh sustain begitu lama?
Simple je.
Ekonomi riba ni macam game musical chair atau permainan kerusi beracun. Satu demi satu kerusi ditarik keluar. Setiap kali kerusi ditarik, ada seorang akan terkeluar (muflis).
Ya! Orang yang muflis akan kehilangan segala-galanya. Segala harta dan masa depan.
Ke mana pergi harta-harta ni?
Ke tangan orang kaya lah.
Orang yang muflis inilah KORBAN yang menyerap riba yang terbayar oleh orang lain.
Kau ingat sihir ni kena korban kambing je ke?
Pakai darah je ke?
Ni sihir ekonomi la beb. Lagi power.
Korbankan manusia. Ambil benda lagi berharga dari darah iaitu segala-galanya milik mangsa termasuklah masa depan dia.

Kau fikir kau buat loan dengan bank bermaksud "aku beli kereta honda city, dan aku akan bayar bulan-bulan sebanyak rm 1, 000". Tu pemikiran hamba hutang.
Realitinya, apa yang berlaku adalah "Aku menjual masa depan aku kepada bank. Diri aku di masa depan akan menjadi hamba yang terpaksa memberikan duit kepada bank setiap bulan sebanyak rm 1,000".

Kau nampak tak?
Kau nak sesuatu yang kau tak mampu, jadi kau jual masa depan kau.
Kau buat perjanjian dengan syaitan, kau tau tak?
Pact with a devil!
Bank is the devil yang kau jual masa depan kau tu.

Apa akan berlaku next adalah.
1. Apabila ekonomi menguncup, orang akan dibuang kerja. Maka, semakin berkurang money velocity, mengakibatkan ekonomi makin menguncup.

2. Apabila ekonomi menguncup, BR naik. Orang yang nak buat loan jadi tak dapat buat loan, maka, volume duit dalam pasaran tak bertambah, jadi ekonomi makin menguncup.

3. Apabila ekonomi menguncup, BR bertambah menyebabkan kadar bayaran bulanan makin tinggi, maka, volume duit makin kurang dalam pasaran, maka, ekonomi makin menguncup.

4. Orang lebih rela single atau kahwin tanpa ada anak sebab kos sara hidup yang tinggi. Bila tiada generasi baru, maka, tiada wang baru. Jika tiada wang baru, bagaimana nak bayar hutang lama beserta riba? Maka, economy meltdown berlaku. Boom!

5. Alam tak dapat tampung keperluan manusia untuk sumber. Hutan ditebang, binatang diburu, banyak dah pupus akibat manusia, yang endangered tak terkira. Alam musnah sebab sampah manusia. Dan pollution ini kini kembali menghantui kita.

Akhir kata, ekonomi ni memang didesigned untuk self destruct. Samada kau nak hadap ekonomi ni, atau nak bersiap untuk hadapi post economic apocalypse, kau perlukan ilmu dan persediaan.

Tapi, adakah kau harini bersedia jika ditakdirkan esok kedai tidak lagi menjual barangan dan makanan?
Pili tiada lagi air?
Lampu tidak lagi menyala?

Apa kau nak buat untuk terus hidup bila keadaan tu terjadi?
Apa plan kau?

Ijazah atau kemahiran

Copy paste dr fb Muhammad Iftitah

Mengapa masih memilih untuk melanjutkan pelajaran di universiti jika

1. Tiada duit sehingga terpaksa meminjam dari PTPTN atau badan-badan lain.

2. Ramai orang yang ada segulung ijazah tapi bekerja di sektor yang sama sekali tak berkait dengan bidang yang dipelajari.

3. Peluang pekerjaan terlalu sedikit, jika ada pun, gaji terlalu kecil.

Ini adalah masalah kontrak sosial iaitu kepercayaan rakyat yang tak tertulis.
Rakyat percaya bahawa jika mereka memiliki segulung ijazah, mereka akan mendapat kerja yang bagus dan gaji yang tinggi, walhal, hakikatnya, realiti hari ini jauh panggang dari api.

Asal usul kewujudan kontrak ini adalah di zaman generasi moyang kita (1940-an) di mana hanya sebilangan kecil rakyat yang tahu membaca dan menulis, apatah lagi yang berpelajaran hingga ke menara gading.

Disebabkan itulah, gaji bagi mereka yang memiliki segulung ijazah adalah tinggi.

Moyang kita beritahu kepada nenek atau atok kita supaya belajar rajin-rajin, jadi pandai sebab moyang kita buta huruf. Ye lah, orang kampung yang menyara hidup dengan kerja kampung, tiada pendidikan formal. Mana tahu membaca dan menulis, apatah lagi mengira.

Atok dan nenek kita pun pesan benda yang sama kepada ibubapa kita tanpa menjelaskan KENAPA ibubapa kita perlu belajar rajin-rajin.

Ibubapa kita pun pesan benda yang sama kepada kita, sedangkan, situasi sekarang sama sekali tak sama dengan situasi nenek moyang kita dahulu.

Pada hari ini, di mana hampir semua orang tahu membaca dan menulis, serta ada akses mudah kepada ilmu, segulung ijazah tidak lagi begitu bernilai. Bahkan, kebanyakan syarikat besar memilih individu yang memiliki kemahiran menyelesaikan masalah walaupun tanpa ijazah berbanding individu yang memiliki ijazah tapi terlalu bergantung kepada buku.

Ekonomi 101.
Apabila sesuatu itu terlalu banyak, ia kehilangan nilai.
Apabila bilangan orang yang boleh bekerja terlalu ramai, gaji mereka dibayar murah kerana mereka tidak lagi bernilai dan boleh digantikan oleh orang lain pada bila-bila masa sahaja.

Dunia sudah berubah.
Bidang pendidikan tinggi pada hari ini bukanlah untuk mendidik, tapi untuk berniaga.
Pendidikan adalah perniagaan yang menguntungkan.

Tahukah anda bidang apa yang menguntungkan pada hari ini?
Pertanian dan penternakan, serta eksport.

Ya, bidang yang sama yang dibuat oleh orang miskin pada zaman moyang kita dahulu.

Tak percaya?
Percayalah.

Zaman dahulu,
Hanya orang kaya memiliki kereta, orang miskin memiliki kuda.
Zaman sekarang,
Hanya orang kaya memiliki kuda, orang miskin ada kereta. Tu pun berhutang bank.

Zaman dahulu,
Industri pos hampir dibunuh oleh internet apabila orang tidak lagi mengutuskan surat apabila e-mail diperkenalkan.
Zaman sekarang,
Industri pos berkembang pesat oleh internet apabila orang membeli barang atas talian.

Zaman dahulu,
Ibubapa pesan, jangan jemput orang luar masuk kereta, dan jangan masuk kereta orang yang tak dikenali.
Zaman sekarang,
Ada grab dan uber.

Zaman dahulu,
Ibubapa pesan, nak tengok tv wajib jarak mata dengan tv kurang-kurang 6 kaki.
Zaman sekarang,
Jarak mata dan skrin hanya beberapa inci (VR).

Ironi bukan?
Itulah kehidupan.

Berubah atau rebah.

Short note 9.3.2019

Zat dan sifat tidak bercerai

Sifat salbiyah

5 sifat-qidam sampai mukhalaftuhul lilhawadis

Menafikan sesuatu yg tidak layak bg Allah.

Sifat maani-sungguh dan ada

Qidam-sedia ada iaitu tiada permulaan

Hukum akal-Allah wajib ada
Akal hukum-wajib menghukum dalam akal Allah ada

Short note 12.1.2019

Wajib mengetahui dalil ijmal bg Allah bg setiap org berakal dan baligh.

Berdosa besar jika tidak dpt memberi dalil ijmal

Contoh-dalil wujud Allah-wujud nya alam pasti wujud pencipta

Wajib bagi-dalil akal
Wajib atas-dalil syarak

Wajib iktikad sifat yang sempurna layak bagi Allah ada banyak bukan 20 shj.