Muhammad Iftitah
February 24 at 12:24 AM ·
Artikel ini ditulis oleh Iblis Kayangan (nickname lama).
Ekonomi dunia hari ini sangat pelik, kompleks, dan tak dapat difahami oleh manusia biasa seperti kita. Tapi, hari ini aku akan menjelaskan sedikit.
Kita biasa dengar perkembangan ekonomi.
Kita biasa dengar inflasi.
Kita biasa dengar perkembangan ekonomi tu bagus, tapi orang kata inflasi tu tak bagus.
Apa benda menatang dua ekor ni?
Perkembangan ekonomi dan inflasi adalah BENDA YANG SAMA, ia berasal dari perkataan jawa iaitu INFLATE yang bermaksud BERKEMBANG.
Perkembangan ekonomi bermaksud jumlah duit yang terlibat dalam urusniaga dalam pasaran mesti BERTAMBAH, yang juga bermaksud bahawa jumlah duit dalam pasaran mesti bertambah.
Sekiranya jumlah duit yang terlibat dalam urusniaga kekal, maka, ekonomi adalah stagnant.
Sekiranya jumlah duit yang terlibat dalam urusniaga berkurang, maka, ia dipanggil krisis ekonomi, recession, ekonomi menguncup dan sebagainya. Tak kira nama apa pun, it is the same shit.
Untuk ekonomi terus berkembang pada kadar yang tetap, katakanlah 6% setahun, maka, beberapa aspek penting perlu ditetapkan iaitu :-
1. Kadar riba bank (br) yang tetap dan tak berubah macam bank tu dia punya.
2. Kenaikan gaji yang tetap. Katakan tahun ni gaji minima despatch rm 1000, tahun depan kena 1006. Kalau ada orang baru masuk pun, dia dapat 1006.
Kalau orang lama tak puas hati, suruh dia cari kerja lain. Asyik dengki dengan rezeki orang. Camne nak maju?
Sifat dengki mendengki ni la antara faktor majikan tak naikkan gaji apabila ada kemasukan pekerja baru.
Ini penting supaya new generation dapat buat LOAN yang up to date dengan harga rumah/kereta dalam pasaran dan masih ada duit untuk belanja.
Pada hari ini, disebabkan gaji tak naik mengikut masa, maka, gaji kita ada terlalu kecil nilainya untuk membuat loan bagi membeli rumah/kereta. Akibatnya, ramai yang tak mampu bayar dan muflis.
Disebabkan hal ini juga, dahulu orang buat 1 kerja dah boleh tampung satu keluarga.
Tapi, sekarang, 2 kerja pun belum tentu tampung diri sendiri.
Ini berpunca dari GAJI YANG TIDAK MENINGKAT mengikut masa.
3. Bilangan new generation yang fixed. Katakan, setiap orang dewasa wajib ada 1 anak. Dan anak ni in future akan tanggung beban hutang beserta riba past generations, so, atas nama "perkembangan ekonomi", lagi 25 tahun, anak ni akan buat paling kurang tiga hingga empat kali ganda dari jumlah hutang mak/ayahnya.
4. Sumber alam dapat diambil pada kuantiti yang diperlukan pada masa yang diperlukan, setiap masa.
Malangnya, semua perkara di atas adalah VOLATILE. Berubah-ubah. Tak dapat dikawal.
BR berubah mengikut keadaan ekonomi semasa.
Kelahiran anak mengikut ibu bapa, kalau tak kahwin, xde anak kecuali anak luar nikah.
Gaji jangan cerita la, lagi rendah lagi boss suka.
Alam? Kayu nak ambil dari hutan mana lagi?
Besi nak gali kat mana?
Bukit mana lagi nak ditarah?
Hutan mana nak dibuka untuk dibuat ladang?
Kawasan mana nak dijadikan pusat pelupusan sampah?
As you can see, nak ekonomi berkembang secara konsisten adalah NEXT TO IMPOSSIBLE.
Kenapa? Senang je jawapannya.
Our economy is designed and engineered to SELF DESTRUCT.
Mana-mana kau pergi, pernah tak kau dengar orang kata "Ekonomi bagus la sekarang. Business mantap! Hidup senang!"
Takde kan? Zaman atok kita dulu pun keluar ayat yang sama je. Dah tu, bila masa ekonomi makmur?
The thing is, ekonomi wujud dalam dua bentuk, syurga dan neraka; two sides of the same coin.
Syurga bagi orang kaya adalah neraka bagi orang biasa macam kita. Sebab tu kita tak pernah dengar orang kata ekonomi bagus.
Cuba kita join geng kaya-kaya, apa kata mereka?
"Ekonomi sekarang bagus dan berkembang. Business untung banyak."
Ayat yang kita tak pernah terfikir pun yang kita akan dengar kerana perbezaan hierarchy dalam masyarakat.
Perbezaan jurang pendapatan yang sangat sangat ketara.
Tapi, macam mana ekonomi yang berlandaskan riba ni boleh sustain begitu lama?
Simple je.
Ekonomi riba ni macam game musical chair atau permainan kerusi beracun. Satu demi satu kerusi ditarik keluar. Setiap kali kerusi ditarik, ada seorang akan terkeluar (muflis).
Ya! Orang yang muflis akan kehilangan segala-galanya. Segala harta dan masa depan.
Ke mana pergi harta-harta ni?
Ke tangan orang kaya lah.
Orang yang muflis inilah KORBAN yang menyerap riba yang terbayar oleh orang lain.
Kau ingat sihir ni kena korban kambing je ke?
Pakai darah je ke?
Ni sihir ekonomi la beb. Lagi power.
Korbankan manusia. Ambil benda lagi berharga dari darah iaitu segala-galanya milik mangsa termasuklah masa depan dia.
Kau fikir kau buat loan dengan bank bermaksud "aku beli kereta honda city, dan aku akan bayar bulan-bulan sebanyak rm 1, 000". Tu pemikiran hamba hutang.
Realitinya, apa yang berlaku adalah "Aku menjual masa depan aku kepada bank. Diri aku di masa depan akan menjadi hamba yang terpaksa memberikan duit kepada bank setiap bulan sebanyak rm 1,000".
Kau nampak tak?
Kau nak sesuatu yang kau tak mampu, jadi kau jual masa depan kau.
Kau buat perjanjian dengan syaitan, kau tau tak?
Pact with a devil!
Bank is the devil yang kau jual masa depan kau tu.
Apa akan berlaku next adalah.
1. Apabila ekonomi menguncup, orang akan dibuang kerja. Maka, semakin berkurang money velocity, mengakibatkan ekonomi makin menguncup.
2. Apabila ekonomi menguncup, BR naik. Orang yang nak buat loan jadi tak dapat buat loan, maka, volume duit dalam pasaran tak bertambah, jadi ekonomi makin menguncup.
3. Apabila ekonomi menguncup, BR bertambah menyebabkan kadar bayaran bulanan makin tinggi, maka, volume duit makin kurang dalam pasaran, maka, ekonomi makin menguncup.
4. Orang lebih rela single atau kahwin tanpa ada anak sebab kos sara hidup yang tinggi. Bila tiada generasi baru, maka, tiada wang baru. Jika tiada wang baru, bagaimana nak bayar hutang lama beserta riba? Maka, economy meltdown berlaku. Boom!
5. Alam tak dapat tampung keperluan manusia untuk sumber. Hutan ditebang, binatang diburu, banyak dah pupus akibat manusia, yang endangered tak terkira. Alam musnah sebab sampah manusia. Dan pollution ini kini kembali menghantui kita.
Akhir kata, ekonomi ni memang didesigned untuk self destruct. Samada kau nak hadap ekonomi ni, atau nak bersiap untuk hadapi post economic apocalypse, kau perlukan ilmu dan persediaan.
Tapi, adakah kau harini bersedia jika ditakdirkan esok kedai tidak lagi menjual barangan dan makanan?
Pili tiada lagi air?
Lampu tidak lagi menyala?
Apa kau nak buat untuk terus hidup bila keadaan tu terjadi?
Apa plan kau?