rukun Qauli - Tahiyyat

5 rukun qauli
- takbiratul ihram
- al fatihah
- tahiyyat akhir
- selawat
- salam

Rukun tahiyyat
1- Sekurang2 menyebut attahiyah tu lilLah
2- salam ke atas nabi
3- salam ke atas diri sendiri dan umat islam
4 kalimah syahadah
- ke empat bacaan wajib dibaca secara berturut-turut/mualaq
- wajib duduk ketika membaca tahiyyat
- wajib bahasa arab
- menjaga makhraj dan syaddah
- mengikut tertib 

Rukun qauli
- wajib dibaca di lidah
- wajib didengari telinga sendiri

Berdehem dalam solat

Berdehem dgn sengaja membatalkan solat kecuali perlu berdehem utk rukun qauli

Masbuq

3 situasi masbuq

1- seorang makmum boleh jadi masbuq ketika rakaat pertama sedangkan dapat takbiratul ihram bersama imam oleh kerana sesuatu hal

2- menjadi masbuq kerana takbiratul ihram ketika imam telah hampir menghabiskan bacaan surah pada rakaat pertama

3- makmum menjadi masbuq pada rakaat ke 2 atau ke 3 atau ke 4 oleh kerana sesuatu hal.

Mengikut pendapat ulamak- wajib menuntut ilmu fardhu ain iaitu belajar dan faham, barulah terlepas tuntutan

Muafiq- seorang makmum yg sempat berjemaah dgn imam semasa berdiri qiyam dan sempat membaca surah al-fatihah sehingga tamat dgn bacaan pertengahan mengikut uruf.

Sifat 20

Allah Maha Penghidup - tiada kaitan dgn hidupnya manusia kerana Allah menghidupkan manusia dgn sifat pekuasa

Manusia dan jin hidup dgn roh yang disertakan sifat penghidup. Roh tanpa sifat hidup tidak akan hidup. Tumbuhan dan binatang tiada roh. Hidup tumbuhan dan binatang dgn sifat hidup.

Sifat haya' Allah tiada taakluq - utk mengesahkan sifat maani Allah yg lain seperti kudrah

Sifat Maani - sifat yg tidak boleh bercerai dr zat, contoh warna putih pada piring

Taakluk - fungsi atau tugas
Sifat qudrah/pekuasa - fungsi mengidupkan dan mematikan
Sifat ilmu - takkluq inkisyaf 


Dayus

Suami dayus yg tidak masuk syurga

1- membiarkan isteri bergaul senda/keluar bersama dgn lelaki lain
2- membiarkan isteri tidak menutup aurat 


Zuhud

Zuhud la pada dunia nescaya dicintai Allah

Zuhud-
Imam ibnu rajab - mengosongkan hati drpd disibukkan dgn dunia sehingga hati telah kosong sehingga dapat menumpukan perhatian kepada Allah

Abu idris al khaudari - zuhud bukan bermakaud mengharamkan sesuatu yg dihalalkan, bukan bermaksud meninggalkan segala pangkat harta tapi bermaksud apabila kamu yakin apa yg ada ditangan tidaklah lebih baik dr apa yang ada disisi Allah.

Apabila org zuhud apabila ditimpa musibah, dia lebih mengharapkan pahala atas musibah itu berbanding mengharapkan berkekalan nikmat yang hilang.

Perlu memandang ujian dr sudut yg lain.

Sifat ilmu

Ilmu
Sifat - petahu
Takluk - mengetahui - amru iktibari
Hasil/muta'alak - Allah maha mengetahui yg wajib harus dan mustahil

Ta'aluk bagi ilmu - tanjizi qadim/lulus/iaitu dah berlaku sejak azali

Berpapah- bersusah payah

Iradak

Takluk - 

waris fardhu

Waris usul mak ayah ke atas
Waris furuk anak ke bawah
Waris ke kanan adik beradik

Waris fardhu

Situasi - tiada mak ayah, isteri
1.Anak perempuan- hanya seorang shj anak 1/2
                             - lebih seorang anak perempuan 2/3
 Jika bercampur asobah anak lelaki dan perempuan nisbah 1/2

Situasi-tiada mak ayah
2. Isteri ada anak sama ada anak dengan isteri baru atau bekas isteri - 1/8, jika ada 2 isteri 1/16
   - tiada anak - 1/4

3. Ibu
.1/6 jika si mati ada waris furuk/anak atau tiada anak2 tetapi adik beradik lebih seorang

1/3 jika simati tiada anak atau seorang adik beradik sahaja

1/3 dari baki- si mati tiada anak atau adik beradik tapi ada isteri dan ibu. Si isteri dapat 1/4. Si ibu 1/3 dr baki. Baki akan dapat kpd ayah iaitu 2/4(Asobah)

Ji simati isteri tiada anak, suami dapat 1/2, si ibu dapat 1/6. Baki kepada ayah

Cucu perempuan dr anak lelaki shj
1- 1/2 seorang shj cucu
2- 2/3 dua org dan seterusnya
3- 1/6  apabila cucu berkongsi 1/2 dengan seorang mak cik, jika lebih seorang mak cik cucu perempuan tidak dapat harta
Utk waris furuk perempuan hanya 2/3



wajib niat imam

4 tempat imam wajib niat imam

1- Solat jumaat
2- Solat nazar
3- solat jamak takdim hujan
4-solat ulangan

Jika masbuq jumaat ketika imam tahiyat akhir, makmum niat jumaat utk 4 rakaat. Kerana sekurang-kurang 1 rakaat bersama imam baru boleh menambah satu rakaat utk menjadi 2 rakaat.

7 ciri taubat nasuha

7 ciri Taubat nasuha
- ikhlas dalam bertaubat
- terus meninggalkan maksiat atau dosa 
- menyesal dengan maksiat yang dilakukan
- berazam tidak akan ulang sampai bila2
- taubat mestilah dilakukan sebelum nazak/ nyawa dihalkum
- melazimi kalimah istighfar
- menyerahkan kembalik hak yang pernah diambil oleh orang lain- dosa sesama makhluk

3 jenis mahram- Ust Fadzli

3 jenis mahram

1- Nasab- mak ke atas dan anak ke bawah

2.Ambilan - contoh mak mertua/menantu. Tiada istilah bekas menantu

3. Susuan- bayi bawah 2 tahun susu badan sekurang2 5x kenyang. Taraf anak susuan sama seperti anak kandung kecuali tidak layak harta pusaka.

Dalam tempoh idah- isteri masih layak mendapat pusaka atau wajib melayan/taat suami seperti biasa kecuali istimtak iaitu suami tidak boleh mendapat kesedapan dr tubuh si isteri

Aurat lelaki
1- Dengan mahram - pusat hingga lutut
2- perempuan ajnabi - seluruh badan
3 - tempat sunyi - qabul dan dubur
4 - isteri - tiada aurat

Aurat perempuan dalam solat
1- seluruh badan kecuali muka dan 2 pergelangan tangan
 - pakai niqab batal solat
 - pakai purdah makruh
 - batal jika sujud diatas kain yg bergantung kepada badan contoh sujud atas telekung

Dalam keadaan terdesak xperlu angkat tangan untuk takbir supaya lengan baju tidak terselak hingga menampakkan warna kulit lengan.

Nampak rambut batal solat/tawaf walau seurat.

Aurat perempuan luar solat- 

1-didepan lelaki ajnabi
   - qaul ke-2 - seperti dalam solat

2- di hadapan perempuan kafir dan perempuan islam fasiq
 - seperti perempuan berkerja, rambut dibenarkan

3- sesama muslimah - pusat ke lutut

4- mahram - pusat lutut

Wujud Allah hanya pada iktikad belum lagi sampai merasai kewujudan Allah.





Ramadhan

Takwa bukan angan-angan kosong tapi mermerlukan mujahadah untuk melakukan suruhan dan meninggalkan larangan.

Hukum sabar - wajib
Hukum redha - wajib

Banyak perkara berkaitan batin adalah wajib

Sunat- suruhan yang dituntut utntuk dilaksanakan tapi tidak sampai wajib

1-Puasa
2-Zakat fitrah

Haram- perkara dimarahi
Makhruh- perkara di benci

Untuk menaikkan martabat taqwa
- mengurangkan perkara harus

Untuk dunia bermacama-macam KPI dibuat

Tapi untuk akhirat tiada KPI.

Antara tujuan Ramadhan
-Didik nafsu
-

Betulkan yang biasa biasakan yang betul siri2

1. Surah al-Baqarah 
- untuk halau jin dan syaitan
- melawan sihir

2. Sedekah semasa taubat

3. Bayar lebih ketika melangsaikan hutang

4. Berzikir guna jari - Hadis Abu Daud 1051

5. Cara jawab orang kirim salam
فَأَتَيْتُهُ فَقُلْتُ إِنَّ أَبِى يُقْرِئُكَ السَّلاَمَ. فَقَالَ : عَلَيْكَ وَعَلَى أَبِيكَ السَّلاَمُ

Maksudnya: Aku pun datang menemui Baginda. Aku sampaikan: “Sesungguhnya bapaku menyampaikan salam kepadamu.” Lalu Nabi SAW menjawab: “Untukmu dan untuk bapamu balasan salam.”


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « يَا عَائِشَةُ هَذَا جِبْرِيلُ يَقْرَأُ عَلَيْكِ السَّلاَمَ ». فَقُلْتُ وَعَلَيْهِ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللَّهِ. وَهُوَ يَرَى مَا لاَ أَرَى

Maksudnya: Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Aisyah, ini Jibril. Beliau menyampaikan salam untukmu.” Lalu saya menjawab: ‘وَعَلَيْهِ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللَّهِ’. Nabi SAW melihat apa yang tidak saya lihat.

6. Berubat dengan kurma ajwa
- makan 7 biji kurma pada waktu pagi- untuk racun dan sihir

7. Ucapan yang membawa kepada kesyirikan - 
- Kerana Allah dan kerana sifulan
- sepatutnya kerana Allah kemudian kerana si fulan
- Syirik Asbab- kenyang sebab makan

8. Tidak dibenarkan ucapan Rest In Peace uuntuk orang kafir.



77 cabang iman- Imam Baihaqi

33- Mensyukuri nikmat
Saidina Umar selaku minta supaya termasuk golongan yang sedikit..iaitu golongan yang bersyukur

Syukur-sifat kekal hingga ke Syurga
Perkataan syukur diulang 73 kali di dalam Quran

2 jenis orang tak mensyukuri nikmat
1-dapat bnyak nikmat tapi selalu komplen dengan nikmat yang diperoleh
2-nikmat didepan mata tak bersyukur tapi mengiginkan nikmat yang belum diperoleh

Sifat solat sunat nabi-solat malam hingga merekah kaki

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul- Ust Arbain

1. Anatara Doa iftitah yang sahih yang boleh diamalkan,

الْحَمْدُ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ - Hadis Muslim 600

2. Iktidal,

رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ - Hadis Bukhari

3. Zikir selepas solat ringkas.

Tasbih tahmid takbir 10x

4. Zikir selepas baca quran,

سبحانك وبحمدك،  لا إله إلا أنت،  وأتوب إليك

5. Larangan bergurau-Hadis Bukhari 7072

6. Mengulangi solat fardhu
  - membantu saudara lain yang solat berssendirian
  - telah solat di tempat lain, apabila datang ke tempat lain dan didapati solat berjemaah sedang berlansung, sunat untuk solat kali ke dua

7. Jangan meminta sabar kerana akan mengundang musibah tapi mintalah afiyah.


اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ ، فِي دِينِي ، وَدُنْيَايَ ، وَأَهْلِي ، وَمَالِي ، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي ، وَآمِنْ رَوْعَاتِي ، اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ ، وَمِنْ خَلْفِي ، وَعَنْ يَمِينِي ، وَعَنْ شِمَالِي ، وَمِنْ فَوْقِي ، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) dalam agamaku, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah aibku dan berilah ketenteraman di hatiku. Ya Allah, jagalah aku; dari depan, belakang, kanan, kiri, dan atasku, serta aku memohon perlindungan dengan keagungan-Mu agar tidak disambar dari bawahku.





Doa

Doa adalah ibadah paling mulia..

Siapa yang tidak berdoa adalah orang yang sombong.

Kalau seseorang inging sesuatu atau ingin terhindar dari sesuatu tapi belum dihantar utk bertahajud bermakna keinginan itu hanya main2.