Pelbagai persediaan harus kita lakukan setiap masa dan ketika untuk menghadapi kematian - Agar kematian yang kita ingini insya-Allah tercapai - iaitu Husnul Kho'timah (Penyudahan Yang Baik)
Antara petanda seseorang itu mencapai Husnul Khatimah adalah seperti berikut:
Sempat mengucap dua kalimah syahadah,berpeluh didahi.
Sabda Rasulullah:
Bahawa matinya seseorang mukmin itu dengan keluarnya peluh di dahi.
(Riwayat oleh Ahmad dan Tarmizi)
Mati pada malam atau hari Jumaat.
Sabda Rasulullah:
Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.
Mati di medan perang kerana membela agama Allah. Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:
*Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat duduknya di syurga (kecuali mereka yang masih ada urusan hutang).
*Diselamatkan dari seksa kubur.
*Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dahsyat.
*Diperhiasi dengan iman.
*Dikahwinkan dengan bidadari (semiskin-miskin ialah 49 bidadari).
*Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya.
(Riwayat oleh Tarmizi, Ahmad dan Ibnu Majah)
Mati kerana melahirkan anak,Mati kerana taun.
Sabda Rasulullah:
Taun itu satu kematian syahid bagi setiap mukmin. (Hendaklah ia sabar dan redha menganggungnya).
(Riwayat oleh Muslim).
Mati akibat sakit perut maka ia mati syahid.
Sabda Rasulullah:
Dan barang siapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid.
(Riwayat oleh Muslim)
Mati tengelam dan tertimbus oleh bangunan.
Mati terbakar. (Riwayat At-Tabrani)
Mati dalam nifas. (Riwayat At-Tabrani)
Mati kerana sakit TB.
Sabda Rasulullullah:
Orang yang mati kerana menanggung penyakit kurus kering ia mati syahid.
(Riwayat Tabrani)
Mati akibat luka perang di jalan Allah.
Sabda Rasulullah:
Barangsiapa yang luka kerana perang di jalan Allah itu mati, maka bererti ia syahid, atau kena pijak oleh unta atau kudanya atau ia mati ditempat tidurnya (setelah berperang itu) dengan sebab apa-apa pun yang dikehendaki oleh Allah, maka sesungguhnya ia adalah mati syahid dan akan masuk syurga.
(Riwayat Daud)
Mati mempertahankan harta.(Riwayat Bukhari.)
Mati kerana mempertahankan diri.
Sabda Rasulullah:
Barangsiapa terbunuh kerana mempertahankan darahnya (dirinya) maka ianya mati syahid.
(Riwayat Abu Daud)
Mati dalam bersiap-siap untuk berperang di jalan Allah.
Mati ketika sedang beramal soleh seperti sedang menuntut ilmu (ilmu yang dibolehkan oleh Islam) di masjid atau sedang berdakwah.
Berkata Abu Laith - Barangsiapa yang ingin selamat dari seksa kubur maka haruslah ia melazimi 4 perkara dan meninggalkan 4 perkara:
*Menjaga sembahyang 5 waktu.
*Banyak bersedekah.
*Banyak membaca Al Quran.
*Banyak bertasbih.
Dan hendaklah ia meninggalkan:
*Meninggalkan dusta.
*Meninggalakan sifat khianat.
*Meninggalkan sifat mengadu-domba.
*Menjaga kencing.