TarikH...

akhirnya...saat penting yang dinantikan semua rakyat malaysia telah pun diketahui...ptg td pm kite telah mengumumkan tarikh membuang undi...semua parti mesti tengah rancak untuk berkempen...ape yg best tentang tarikh mengundi adalah sama dengan tarikh lahir saya...kebetulan plak...nak cakap pasal pilihanraya nie...xkisah laa kerajaan ke pembangkang ke...janji biarla melayu...jgn jadi macam sing...orang melayu dipinggirkan...xley nak bersuara kecuali yang banyak duit.... semoga pemimpin di malaysia akan datang adalah pemimpin yg mempunyai ilmu yang mampu bertanggungjawab ke atas rakyatnya...

Etika Lelaki Perempuan

ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI
ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.

1.Menundukkan pandangan:
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk
menundukkan pandangannya, sebagaimana
firman-
NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang
beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangannya dan memelihara kemaluannya.
(an-
Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan
kepada
kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan
katakanlah kepada wanita yang
beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangannya dan memelihara kemaluannya.
(an-
Nuur: 31)
2.Menutup Aurat;
ALLAH berfirman dan jangan lah mereka
mennampakkan perhiasannya, kecuali yang
biasa
nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka
melabuhkan kain tudung ke dadanya.
(an-Nuur: 31)
Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada
isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu
dan isteri-
isteri orang mukmin: Hendaklah mereka
melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh
mereka.
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah
dikenali, kerana itu mereka tidak
diganggu. Dan
ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang. (an-Nuur: 59).
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi
semua
jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a.
berkata:
Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang
lelaki memandang aurat lelaki, begitu
juga dengan
wanita jangan melihat aurat wanita.
3.Adanya pembatas antara lelaki
dengan wanita;
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum
yang
berbeza jenis, harus disampaikan dari
balik tabir
pembatas.
Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian
meminta sesuatu kepada mereka (para wanita)
maka mintalah dari balik hijab.
(al-Ahzaab: 53)
. 4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki
Dan Perempuan;
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar
Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang
lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita
kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat
Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata;
Rasulullah SAW
bersabda: Janganlah salah seorang dari
kalian
berdua-duan dengan seorang wanita, kerana
syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis
Riwayat
Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
5.Tidak Melunakkan Ucapan
(Percakapan):
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya
ketika berbicara selain kepada suaminya.
Firman
ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu
sekalian
tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu
bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam
berbicara (berkata-kata yang menggoda)
sehingga
berkeinginan orang yang ada penyakit di
dalam
hatinya tetapi ucapkanlah
perkataan-perkataan
yang baik. (al-Ahzaab: 32)
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah
beberapa
etika yang diperintahkan oleh ALLAH
kepada para
isteri Rasulullah SAW serta kepada para
wanita
mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau
berbicara dengan orang lain tanpa suara
merdu,
dalam pengertian janganlah seorang wanita
berbicara dengan orang lain sebagaimana dia
berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu
Kathir
3/350)
6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan
Jenis;
Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata;
Seandainya
kepala seseorang ditusuk dengan jarum
besi itu
masih lebih baik daripada menyentuh kaum
wanita
yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan
Riwayat
Thabrani dalam Mujam Kabir)
Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam
hadis ini terdapat ancaman keras
terhadap orang-
orang yang menyentuh wanita yang tidak halal
baginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW
tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam
saat-saat penting seperti membaiat dan lain-
lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH,
tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh
tangan
wanita sama sekali meskipun saat membaiat.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki
dan wanita
selain mahram, yang mana apabila seseorang
melanggar semuanya atau sebahagiannya saja
akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana
sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah
r.a. dari
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya
ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya
dari zina, yang pasti akan mengenainya.
Zina mata
dengan memandang, zina lisan dengan
berbicara,
sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-
angan, lalu farji yang akan membenarkan atau
mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat
Bukhari,
Muslim & Abu Daud)
Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan
zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati
kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-
NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina,
sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan
yang keji dan jalan yang buruk.
(al-Isra: 32).
Assalamualaikum....nape senang nak bwat maksiat tp susah nak bwat baik...memang betul iman manusia tidak tetap...kadang2 naik kadang2 turun..biler rasa insaf tu...susah nak kekalkan...masalah yang masih belum ade jawapan untuk saya....ya allah...tetapkanla iman hamba mu ini...berikanla hidayah kepadaku...amin.. And here is the rest of it.

Aurat...

Husnul Kho'timah

Pelbagai persediaan harus kita lakukan setiap masa dan ketika untuk menghadapi kematian - Agar kematian yang kita ingini insya-Allah tercapai - iaitu Husnul Kho'timah (Penyudahan Yang Baik)
Antara petanda seseorang itu mencapai Husnul Khatimah adalah seperti berikut:

Sempat mengucap dua kalimah syahadah,berpeluh didahi.
Sabda Rasulullah:
Bahawa matinya seseorang mukmin itu dengan keluarnya peluh di dahi.
(Riwayat oleh Ahmad dan Tarmizi)

Mati pada malam atau hari Jumaat.
Sabda Rasulullah:
Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.

Mati di medan perang kerana membela agama Allah. Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:

*Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat duduknya di syurga (kecuali mereka yang masih ada urusan hutang).
*Diselamatkan dari seksa kubur.
*Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dahsyat.
*Diperhiasi dengan iman.
*Dikahwinkan dengan bidadari (semiskin-miskin ialah 49 bidadari).
*Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya.
(Riwayat oleh Tarmizi, Ahmad dan Ibnu Majah)

Mati kerana melahirkan anak,Mati kerana taun.
Sabda Rasulullah:
Taun itu satu kematian syahid bagi setiap mukmin. (Hendaklah ia sabar dan redha menganggungnya).
(Riwayat oleh Muslim). Mati akibat sakit perut maka ia mati syahid.
Sabda Rasulullah:
Dan barang siapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid.
(Riwayat oleh Muslim)

Mati tengelam dan tertimbus oleh bangunan.
Mati terbakar. (Riwayat At-Tabrani)
Mati dalam nifas. (Riwayat At-Tabrani)
Mati kerana sakit TB.
Sabda Rasulullullah:
Orang yang mati kerana menanggung penyakit kurus kering ia mati syahid.
(Riwayat Tabrani)

Mati akibat luka perang di jalan Allah.
Sabda Rasulullah:
Barangsiapa yang luka kerana perang di jalan Allah itu mati, maka bererti ia syahid, atau kena pijak oleh unta atau kudanya atau ia mati ditempat tidurnya (setelah berperang itu) dengan sebab apa-apa pun yang dikehendaki oleh Allah, maka sesungguhnya ia adalah mati syahid dan akan masuk syurga.
(Riwayat Daud)

Mati mempertahankan harta.(Riwayat Bukhari.)
Mati kerana mempertahankan diri.
Sabda Rasulullah:
Barangsiapa terbunuh kerana mempertahankan darahnya (dirinya) maka ianya mati syahid.
(Riwayat Abu Daud)

Mati dalam bersiap-siap untuk berperang di jalan Allah.
Mati ketika sedang beramal soleh seperti sedang menuntut ilmu (ilmu yang dibolehkan oleh Islam) di masjid atau sedang berdakwah.
Berkata Abu Laith - Barangsiapa yang ingin selamat dari seksa kubur maka haruslah ia melazimi 4 perkara dan meninggalkan 4 perkara:

*Menjaga sembahyang 5 waktu.
*Banyak bersedekah.
*Banyak membaca Al Quran.
*Banyak bertasbih.

Dan hendaklah ia meninggalkan:

*Meninggalkan dusta.
*Meninggalakan sifat khianat.
*Meninggalkan sifat mengadu-domba.
*Menjaga kencing.