Kisah Hari Kiamat

Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:
Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul. Ibnu Abbas ra berkata: Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.

Jibril as akan menyeru: Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?

Bumi akan berkata: Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW.

Rasulullah SAW bersabda: Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.

Israfil bersuara: Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!

Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Jibril as berkata kepadanya: Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.

Baginda SAW bertanya, Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?

Jibril as menjawab: Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.

Baginda SAW bersabda: Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!

Jibril as berkata: Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?

Baginda SAW bersabda: Bukan seperti itu pertanyaanku.

Jibril as berkata: Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?

Baginda SAW bersabda: Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?

Jibril as berkata: Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?

Baginda SAW bersabda: Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.

Jibril as berkata kepada baginda SAW: Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!

Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta. Jibril as berkata kepadanya: Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?

Sex and Our Muslim Youth

I'd found an article about the sex and Muslim youth. it is interesting and written by Dr Ahmed Adam which is a medical doctor by profession. He has four university degrees in the fields of science and medicine. I'm totally agree with his article as me myself as muslim and malay agree that when we talk about sex it is some kind of sensitive issue that shouldn't be discuss especially with parents.So, if the parents could not give the information, the kids will go to other sources likes friends, internet and magazine. And, we should know that all this source is not so reliable and may misunderstood by the kids and at the same time may give the negative implication to them.So, the parents should aware this kind of problem especially nowadays because the wave of 3 S (song,sport,sex) is rapidly being spread into muslim lifestyles and at Malaysia itself which claimed as Islam Country also being affected with it. We need to start act before it become worse.Think It.

u can read the article at http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=Article_C&pagename=Zone-English-Family/FYELayout&cid=1157365799992

AntiVirus

Every computer need antivirus. We all already know the functions of antivirus and there are many free or paid antivirus in the market. For myself, im currently use Kaspersky 2010. Why kaspesky? Because, from my experience, the kaspesky is still the best compare to the AVG,Nod32 and Avira. The cost also is not so expensive or u can use restter but it is immoral.

Sayang ALLAH S.W.T

Wahai sahabatku sekalian, ayuh, bersangka baiklah dengan Allah.  Sebagaimana kita gembira bertemu dengan kekasih hati, malah Allah lebih gembira daripada itu.
Sebagaimana kita menyayangi kekasih hati sepenuh jiwa, namun sayangnya Allah lebih daripada itu, betapa luasnya nikmat pemberian Allah, tapi sayang hanya kita sahaja yang tidak tahu untuk menghargai pemberiannnya.
Banggalah menjadi hamba Allah, tanamkanlah rasa cinta pada Allah dalam diri kita, kerana cinta Allah pada hambaNya sangat tidak ternilai.

Demi cinta Allah pada hambaNya, Allah telah berfirman,
" dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hambaNya yang bertaubat, serta memaafkan kejahatan-kejahatan yang telah mereka lakukan dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan", surah an-nisa (4:16).

-iluvislam