MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH

   Sumber: Klik Sini     
                
                         Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

                        Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah s.w.t., maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.  Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

                        Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah s.w.t., "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s." Kemudian Allah s.w.t. menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah s.w.t., tetapi dia mencintai dunia.                                      
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.            
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya. 

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat. 
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab. 
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq. 
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat. 
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Musibah matinya hati

Sunday, 30 May 2010 07:03 | Written by PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN |


KEHADIRAN bulan Safar al-Khair mengimbau kembali kisah kegeringan Rasulullah SAW sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 12 Rabiulawal. Jika Rasulullah SAW itu adalah kekasih dan keutamaan kita, maka sudah tentu saat-saat yang memilukan itu menarik perhatian dan perasaan kita.

Sesungguhnya kewafatan Rasulullah SAW adalah musibah terbesar bagi umat Islam sehingga terdapat ulama yang menulis buku khusus mengenai musibah kewafatan Rasulullah. Setelah kewafatan Baginda, ada yang masih lemah imannya menjadi murtad, tidak mahu menunaikan zakat dan berpecah belah. Sesungguhnya inilah musibah terbesar yang pernah menimpa sahabat-sahabat Baginda. Hanya kekentalan iman menjadi penyelamat ketika itu.


Hari ini, umat Islam ditimpa musibah yang tidak kurang besarnya iaitu matinya hati. Pelbagai peringatan yang diberikan tetapi bak mencurah air di daun keladi. Inilah penyakit hati yang dikhuatiri oleh Rasulullah akan berlaku ke atas umatnya. Inilah kematian yang paling sukar untuk dipastikan kerana tidak ditandai dengan kain kapan putih ataupun batu nisan.

Apa pun, selaku insan yang sentiasa menginsafi diri, kita masih boleh menghisab diri, apakah musibah ini telah mengenai diri kita atau kita termasuk di kalangan mereka yang terselamat. Terdapat tiga tanda yang digariskan oleh ulama iaitu, tidak merasa sedih apabila tidak berkesempatan melakukan amal ketaatan, tidak menyesal apabila terlanjur melakukan dosa dan suka bersahabat dengan orang-orang yang lalai dan telah mati hatinya. Inilah alamat ringkas yang diletakkan oleh Syeikh Ibnu ‘Atoillah dalam kalam hikmahnya.

Maka dapat difahami bahawa keriangan dan kegembiraan seseorang kerana ketaatan yang dilakukannya dan kesedihan seseorang disebabkan maksiat yang dilakukannya merupakan tanda hidupnya hati seseorang. Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang digembirakan oleh kebaikannya dan disedihkan oleh kejahatannya, maka dia adalah orang mukmin.” (riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan al-Hakim)

Namun, ini bukanlah kegembiraan yang bercampur dengan perasaan ‘ujub. Orang yang bersifat ‘ujub hanya memandang kepada daya dan kekuatannya dan lupa tentang anugerah Allah dalam mengurniakan taufik dan hidayah kepadanya. Hendaklah kita menjauhi sifat ‘ujub kerana ia boleh menghapuskan pahala amal-amal yang dilakukan. Begitu juga perasaan riak.

Amal kebaikan merupakan tanda keredaan Allah dan keredaan-Nya membawa kepada kegembiraan. Manakala amal kejahatan merupakan tanda kemurkaan Allah dan kemurkaan-Nya membawa kepada kesedihan. Sesiapa yang diredai oleh Allah, maka Allah mengizinkannya untuk melakukan amal soleh. Sesiapa yang dimurkai oleh Allah, maka Allah meninggalkannya dan membiarkannya berada dalam kelalaian dan kehinaan.

Abdullah ibn Mas’ud RA berkata: “Orang mukmin melihat dosa-dosanya seolah-olah dia sedang berada di kaki gunung; dia takut kalau gunung itu akan menghempapnya. Manakala ahli maksiat melihat dosanya hanya seperti seekor lalat yang hinggap di hidungnya maka mudah untuk menghalaunya.”

Namun demikian, tidak sepatutnya pula seseorang hamba yang apabila telah melakukan dosa, dikalahkan oleh kesalahan yang dilakukannya. Dikalahkan dalam bentuk bersikap pesimis, tidak lagi mengharap keampunan Tuhannya dan berprasangka buruk terhadap Tuhannya. Bagi orang yang benar-benar beriman dan hidup hatinya, rasa khawf dan raja’ (takut dan harap kepada Allah) mesti ada pada dirinya. Allah telah menyifatkan para nabi dan rasul-Nya serta pengikut mereka dari kalangan kaum mukminin yang solehin dengan kedua-dua sifat ini, sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Israa’ ayat 57.

Syeikh Ibnu ‘Atoillah RA menyatakan dalam Hikamnya: “Janganlah kerana besarnya dosa di sisi kamu, menghalang kamu daripada berprasangka baik dengan Allah kerana orang yang telah kenal Tuhannya, nescaya akan menganggap dosanya kecil di sisi kemurahan Allah yang luas.”

Manakala sebab yang membawa kepada matinya hati ialah cintakan dunia, lalai daripada mengingati Allah dan menggunakan anggota untuk melakukan maksiat.

Sauk,Tasik Kenyir

Alhamdullilah, pada 23 Jul 2010, aku balik dr Air terjun Sauk. 3 hari 2 malam di sana memberi bnyk pengalaman baru. Seperti cerita survival, naik bot dan di tinggalkan. Tapi dengan bekalan makanan yang bnyk, tidak ada masalah walaupun di situ tiada bekalan elektrik.Banyak menggunakan lilin askar dan juga kayu2 untuk bahan bakar...air bukit untuk memasak air..ikan...cuba menangkap tp tidak berjaya...salah umpan kot...sgt indah...malam yang sunyi...bunyi2 makhluk lain...xdpt dgr jika duduk dirumah... Dengan cahaya Ciptaan Allah S.W.T...malam menjadi terang...Dan seperti biase jugak..di mana-mana ade penghuninya...x ketinggalan di situ...aku xdgr tapi ada sahabat yg menceritakan...dia mendengar siulan-siulan langsuir katanya...x dpt di pastikan kebenarannya....dengan kos RM50 seorang...satu pakej yg sgt berbaloi untuk menenangkan diri dari kesibukan bekerja...

Tasik Kenyir

InsyaAllah...biizniLLah....esok aku akan bertolak ke air terjun Sauk di tasik Kenyir...semoga mendapat keberkatan dan kerahmatan dariNya...Indahnya ciptaaNya...ALLAHu Akbar....

Sheikh Abd al Qadir Jilani

Didikan yang diberikan oleh ibunya telah membuatkan SAQJ seorang manusia hebat...Pada satu hari di zaman kanak-kanaknya....ibunya telah ke pasar untuk membeli barang...tiba waktu untuk membayar...ibunya tidak mempunyai wang yang cukup....diberitahu kepada peniaga tersebut anaknya akan datang membayar...setelah pulang kerumah...ibunya memberitahu kepada SAQJ tentang perkara yang berlaku di pasar...lantas ibunya memberi wang kepada SAQJ untuk dibayar kepada peniaga tersebut...tanpa membantah atau pun lengah...SAQJ terus menunggang kuda untuk ke pasar...di dalam perjalanan...beliau singgah di satu masjid untuk solat tahyatul masjid...setelah solat..beliau sambung perjalanan ke pasar...sampai di situ...beliau terus menyeluk saku untuk membayar hutang tersebut...alangkah terkejutnya apabila wang tersebut telah hilang...beliau pelik sekali...beliau memberitahu kepada peniaga tersebut bahawa ibunya memang telah memberi wang tersebut kepadanya tetapi tiba-tiba hilang...lantas...beliau pulang ke rumah....seperti sebelumnya...beliau singgah di masjid untuk solat tahyatul masjid..di tempat yang sama seperti tadi...beliau bersolat...setelah itu...beliau menemui wang dengan jumlah yang sama di tempat solat tersebut...beliau mengangkat wang tersebut...lantas letak kembali ke tempat asalnya....beliau tidak ambil wang tersebut...sampai di rumah...beliau menceritakan kepada ibunya bahawa wang tersebut hilang dan menemui wang dengan jumlah yg sama di tempat masjid...ibunya bertanya...mengapa beliau tidak mengambil wang tersebut...beliau menjawab...aku takut wang itu bukan kepunyaanku...mungkin selepas aku solat...ada orang lain yg solat ditempat yg sama dan mengambil wang tersebut...kemudian ada orang ke tiga yg bersolat di tempat tersebut dan wangnya mungkin juga jatuh di tempat yg sama dengan nilai wang yg sama..ibunya kagum dengan pemikiran anakyna yg telah menjadi wali ALLAH s.w.t yg agung...pengajaran yg boleh diambil....pentingnya didikan terhadap anak-anak terhadap perkara HALAL DAN HARAM dalam membentuk jati diri mukmin yg sebenar...WALLAHUA'LAM...