Witir -penutup pada lughoh iaitu bahasa shj
Bukan pada amalan
Rakaat yang ganjil tidak semetinya rakaat yg terakhir
Boleh tambah 2 raakat pd waktu malam.
~Sentiasa Mengingati Diri Sendiri Untuk Dunia Dan Akhirat~ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ 'Surely we belong to Allah and to Him shall we return'
Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya:
”Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu dari gadis pingitan.
Apabila baginda tidak menyenangi sesuatu,kami dapat mengetahuinya dari wajah baginda.”
"Ikhlas di dalam beramal ialah janganlah amal itu sampai nampak oleh iblis, agar jangan dirosaknya dan tak usah pula nampak oleh Malaikat agar jangan dicatatnya."
"Tanam dalam hati,setiap NAFAS adalah dengan izin ALLAH S.W.T. Setiap NAFAS ibadat untukNYA"
"Kelebihan Al-Quran-Dapat pahala membaca walau tidak faham berbanding zikir yang perlu tahu makna untuk dapat pahala-Pendapat Jumhur Ulama'"
"Tiada suatu nafas berhembus darimu
melainkan di situ takdir Tuhan berlaku padamu."
Witir -penutup pada lughoh iaitu bahasa shj
Bukan pada amalan
Rakaat yang ganjil tidak semetinya rakaat yg terakhir
Boleh tambah 2 raakat pd waktu malam.
Copy paste dr fb Muhammad Iftitah
Mengapa masih memilih untuk melanjutkan pelajaran di universiti jika
1. Tiada duit sehingga terpaksa meminjam dari PTPTN atau badan-badan lain.
2. Ramai orang yang ada segulung ijazah tapi bekerja di sektor yang sama sekali tak berkait dengan bidang yang dipelajari.
3. Peluang pekerjaan terlalu sedikit, jika ada pun, gaji terlalu kecil.
Ini adalah masalah kontrak sosial iaitu kepercayaan rakyat yang tak tertulis.
Rakyat percaya bahawa jika mereka memiliki segulung ijazah, mereka akan mendapat kerja yang bagus dan gaji yang tinggi, walhal, hakikatnya, realiti hari ini jauh panggang dari api.
Asal usul kewujudan kontrak ini adalah di zaman generasi moyang kita (1940-an) di mana hanya sebilangan kecil rakyat yang tahu membaca dan menulis, apatah lagi yang berpelajaran hingga ke menara gading.
Disebabkan itulah, gaji bagi mereka yang memiliki segulung ijazah adalah tinggi.
Moyang kita beritahu kepada nenek atau atok kita supaya belajar rajin-rajin, jadi pandai sebab moyang kita buta huruf. Ye lah, orang kampung yang menyara hidup dengan kerja kampung, tiada pendidikan formal. Mana tahu membaca dan menulis, apatah lagi mengira.
Atok dan nenek kita pun pesan benda yang sama kepada ibubapa kita tanpa menjelaskan KENAPA ibubapa kita perlu belajar rajin-rajin.
Ibubapa kita pun pesan benda yang sama kepada kita, sedangkan, situasi sekarang sama sekali tak sama dengan situasi nenek moyang kita dahulu.
Pada hari ini, di mana hampir semua orang tahu membaca dan menulis, serta ada akses mudah kepada ilmu, segulung ijazah tidak lagi begitu bernilai. Bahkan, kebanyakan syarikat besar memilih individu yang memiliki kemahiran menyelesaikan masalah walaupun tanpa ijazah berbanding individu yang memiliki ijazah tapi terlalu bergantung kepada buku.
Ekonomi 101.
Apabila sesuatu itu terlalu banyak, ia kehilangan nilai.
Apabila bilangan orang yang boleh bekerja terlalu ramai, gaji mereka dibayar murah kerana mereka tidak lagi bernilai dan boleh digantikan oleh orang lain pada bila-bila masa sahaja.
Dunia sudah berubah.
Bidang pendidikan tinggi pada hari ini bukanlah untuk mendidik, tapi untuk berniaga.
Pendidikan adalah perniagaan yang menguntungkan.
Tahukah anda bidang apa yang menguntungkan pada hari ini?
Pertanian dan penternakan, serta eksport.
Ya, bidang yang sama yang dibuat oleh orang miskin pada zaman moyang kita dahulu.
Tak percaya?
Percayalah.
Zaman dahulu,
Hanya orang kaya memiliki kereta, orang miskin memiliki kuda.
Zaman sekarang,
Hanya orang kaya memiliki kuda, orang miskin ada kereta. Tu pun berhutang bank.
Zaman dahulu,
Industri pos hampir dibunuh oleh internet apabila orang tidak lagi mengutuskan surat apabila e-mail diperkenalkan.
Zaman sekarang,
Industri pos berkembang pesat oleh internet apabila orang membeli barang atas talian.
Zaman dahulu,
Ibubapa pesan, jangan jemput orang luar masuk kereta, dan jangan masuk kereta orang yang tak dikenali.
Zaman sekarang,
Ada grab dan uber.
Zaman dahulu,
Ibubapa pesan, nak tengok tv wajib jarak mata dengan tv kurang-kurang 6 kaki.
Zaman sekarang,
Jarak mata dan skrin hanya beberapa inci (VR).
Ironi bukan?
Itulah kehidupan.
Berubah atau rebah.
Zat dan sifat tidak bercerai
Sifat salbiyah
5 sifat-qidam sampai mukhalaftuhul lilhawadis
Menafikan sesuatu yg tidak layak bg Allah.
Sifat maani-sungguh dan ada
Qidam-sedia ada iaitu tiada permulaan
Hukum akal-Allah wajib ada
Akal hukum-wajib menghukum dalam akal Allah ada
Wajib mengetahui dalil ijmal bg Allah bg setiap org berakal dan baligh.
Berdosa besar jika tidak dpt memberi dalil ijmal
Contoh-dalil wujud Allah-wujud nya alam pasti wujud pencipta
Wajib bagi-dalil akal
Wajib atas-dalil syarak
Wajib iktikad sifat yang sempurna layak bagi Allah ada banyak bukan 20 shj.
Bagi lelaki,saf paling afdhal adalah paling depan
Bagi perempuan,paling afdhol saf paling belakang
Bagi solat berdiri,kedudukan tumit makmum mestilah dibelakang tumit imam
Bagi solat duduk,saf diukur pada papan punggung