Peribadi soleh solehah www.iLuvislam.com oleh: wardah_tiey

Peribadi Soleh-Solehah - Anda Mampu Milikinya

Em... Zaman ini, zaman yang penuh dengan fitnah terhadap kita semua. Maksiat dan kerosakan sangat berleluasa. Wanita dan lelaki kelihatan sama sahaja, tiada jurang perbezan yang ketara lagi.

Pakaian?
Em, kelihatan seakan-akan sama saja.

Agama?
Em, entah... macam mereka dah tak peduli je... Ada masa ke nak fikir pasal agama ni? Em, kerana apa yer? Kerana lenyapnya peribadi soleh dan solehah agaknya... Ku tinjau-tinjau, Tak kira jantina, ada saja di mana-mana. Bersesak-sesak di pasar? Yup, ada... ramai sangat... di pawagam? Yup, ramai juga... em, di tempat melepak dan restoran? Lagi ramai! Laki dan wanita, campur aje...

Em, di pesta buku pulak? Em, alhamdulillah masih ramai (harap-harap tidak silap beli buku)... Em, di masjid? ...sedih, tak ramai, sikit sangat. Di kuliah-kuliah ilmu? Macam dah tak minat jer nak datang... Ya Allah, Sukarnya mencari wanita yang solehah... Manakala bagi wanita, sukarnya mencari lelaki yang soleh...

Aii... iyeke? Kesiannya anda sekalian. Yang lelaki susah nak cari yang solehah. Yang wanita pula, susahnya nak mencari yang soleh! Hehe... Teringat cabaran sahabat-sahabiyah yang baru grad yang duk tengah sibuk nak cari calon pasangan suami atau isteri. Ke mana sang soleh-solehah menghilang yer? Takkan pupus kot? Takdelah... mana boleh pupus pulak... Takkan pupus punya.. Hai sahabat, kalaulah anda yang jadi soleh, tak kan timbul lagi perkara ni. So, senanglah si solehah nak cari anda. So, persoalannya andalah yang kena mulakan, kena ada mahu. Letakkan iltizam. Then, muslimat... macam mana dengan anda? Takkan nak suruh lelaki je yang mula dulu? Anda bagaimana? Bila nak mula? Tak adillah sebelah pihak jer... Ingat... anda kena mula juga... Anda perlu tahu, orang yang soleh akan mencari wanita yang solehah. Tak nak lah wanita yang diluar standard solehah! Lelaki soleh... tentu mahu pasangannya wanita solehah! Ha, barulah kena kan? So, sebagai kesimpulan. Anda-anda semualah yang kena mulakan! So, jom berlumba-lumba jadi insan soleh-solehah. Bukan kerana nak cari pasangan yer? Tapi, mestilah kerana Allah... then, insyaAllah, tenang jiwa anda... damai... Bersama redha Ilahi pastinya... Insan soleh-solehah pun akan datang cari anda... Emm.. jangan berlumba-lumba jadi mat rempit pulak yer... maklumlah, mat rempit pun dah tukar profession.. . dah jadi penerjun di kutub utara tu! So, anda bila lagi? Jom lah jadi insan soleh-solehah. .. insan yang mulia di sisi Allah mahupun manusia... Ok?

Em, wahai insan yang bernama wanita, sahabat yang bergelar lelaki, jangan buang masa. Marilah kita check or semak semula, apa dia prinsip soleh-solehah tu yer? Ada ker dalam diri kita prinsip-prinsip tu? Ade ke personaliti soleh-solehah tu pada kita? Takkan sikit pun tak ada? Sedihnya kalau tak ada. Rugilah anda nanti. Baik cepat-cepat setelkan! Jangan lambat... Em... sebagai basic... mulakanlah dengan mengenali asas-asas Islam... Iman mesti mau dijaga. Lakukanlah solat dengan sempurna - cukup lima waktu, tonjolkan imej-imej insan yang Islami. Di samping melakukan solat sempurna... tambahkanlah sedikit-demi- sedikit solat-solat sunat... Then, belajar-belajarlah praktikkan personaliti (adab-adab) insan soleh-solehah.Em, mulakanlah dengan memakai pakaian yang sopan, bertingkah-laku dengan baik dan jauhi perkara-perkara yang tidak berfaedah. Yang solehah, tinggalkanlah pakaian-pakaian sempit tu! Belajar-belajarlah pakai tudung. Cari baju yang labuh. Kasi tutup lebih rapat dan sempurna daripada biasa. Jangan beri orang tengok percuma lagi. Barulah nampak yang diri anda tu mahal dan bukan bahan lelongan free-show. Orang lelaki pasti rasa insaf dan tunduk malu bila tengok anda nanti..

Em, seterusnya.. . perlu difahami, bahawa... semua tu perlukan bimbingan ilmu yang jelas. Jadi, jangan lupa selalu-selalukanlah hadir ke majlis-majlis dan kuliah-kuliah ilmu. Amal tanpa ilmu, takut-takut tersesat pulak nanti. Niat di hati nak jadi baik, lain pulak jadinya nanti. Jadi, untuk menjadi insan soleh-solehah, anda perlukan ilmu. Banyakkanlah membaca, di samping jangan lupa mendapatkan bimbingan... supaya tak tersalah ilmu pulak karang!

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya).

Em... susah ke? Senang je ni... basic semua ni... InsyaALLAH.. . anda mampu lakukan... Ingat! Anda perlu mulakan... jangan biarkan golongan yang tidak soleh-solehah bertambah di luar sana. Sesak nafas kan kita tengok!!! Bukan kesan baik yang terhasil... bukan sahaja manusia yang susah... Haiwan dan tumbuhan, malahan objek-objek tak bernyawa pun menerima akibatnya... Kalau perbuatan tu dah dilarang oleh agama, tak mungkinlah ia wajar lagi dipandang baik, dan mustahillah kesannya akan baik dan disenangi... Ayuh... tanamkan azam, tambahkan ilmu, tingkatkan amalan, tunjukkan personaliti Islami... Bergerak ke arah peribadi insan soleh-solehah. .. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya).

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujuraat: 13) ..

Duit...


Penting ke duit?persoalan yang banyak jawapan.tp bg saya...duit tu sgt penting...even duit xbuley beli kebahgiaan seperti biase yg kite dgr...tp duit buley menjadi alat untuk mendapat kebahgiaan..contohnya untuk beribadat. Kalau xde duit....perut lapar...boleh ker kite bwat ibadat dengan khusyuk...walau khusyuk ibadat seseorang itu x teletak pada lapar ke kenyang...tp ia tetap memainkan peranan..lain orang lain pendapat....

Atok....

Pagi td sy dpt cal dr adik yg bgtau atok sy dah meninggal...terkejut sgt...selama nie dia ok je cuma pelupe or nyanyuk je...x sangka...sekelip mata je...Allahuakbar...semoga Allah merahmati roh nya...al-fatihah...tibe terpikir plak...sy nie da laa bnyk bwat benda2 yg xelok..klu tibe2 nyawa dicabut malaikatul maut...subhanallah...xdpt nak bayang camne hari akhirat nanti...Ya Allah..berikanlah kesempatan kepadaku untuk bertaubat dan kembali kepada jalanMu yg lurus..amin..

Akhirnya....

Akhirnya saya berjaya menghabiskan novel ayat2 cinta dlm masa 2 hari...walaupun agak sibuk dan letih dengan masa practikal....saya tetap tidak sabar untuk menghabiskannya...Subhanallah....begitu banyk pengajaran didalam novel itu...alhamdullilah....

Wanita


"Kedudukan wanita di jaman jahiliah Kehidupan wanita di jaman jahilian yaitu di arab dan di dunia secara umum, adalah di dalam kehinaan dan kerendahan. Khususnya di bumi arab, para wanita dibenci kelahiran dan kehadirannya di dunia.

Sehingga kelahiran bagi mereka, adalah awal dari kematian mereka. Para bayi wanita yang dilahirkan di masa itu segera di kubur hidup-hidup di bawah tanah. Kalaupun para wanita dibiarkan untuk terus hidup, mereka akan hidup dalam kehinaan dan tanpa kemuliaan. Ini firman Allah

""Ketika bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya, karena dosa apakah dia dibunuh" (QS At Takwir : 8-9)

Wanita yang sempat hidup dewasa mereka dilecehkan dan tidak memperoleh bagian dalam harta warisan. Mereka dijadikan sebagai alat pemuas nafsu para lelaki belaka. Yang ketika telah puas direguk, segera dibuang tak ada harga dan nilai. Di masa itu pula, para lelaki berhak menikahi banyak wanita tanpa batas, tidak mempedulikan akan keadilan dalam pernikahan.

Kedudukan wanita dalam Islam Ketika datang islam, kedudukan wanita diangkat dari bentuk-bentuk kedzaliman dan islam mengembalikan kedudukannya kepada derajat insaniyah. Seperti firman Allah

"Wahai manusia sesungguhnya Kami menjadikan kalian dari laki-laki dan perempuan"
( QS Al Hujurat : 13)

Allah menegaskan bahwa wanita berserikat dengan kaum laki-laki dalam prinsip kemanusiaan mereka. Sebagaimana mereka pun berserikat dengan laki-laki dalam hal pahala dan dosa sesuai dengan amal perbuatan mereka.

"barangsiapa yang berbuat amalan kebaikan dari laki-laki maupun perempuan dan dia adalah orang mukmin maka Kami akan hidupkan dia dalam kehidupan yang baik, dan Kami akan balasi mereka dengan yang lebih baik daripada yang mereka lakukan
(QS An Nahl : 97)

Allah pun menjadikan para wanita sebagai pemimpin di rumah tangga suaminya, sebagai pemimpin bagi anak-anak suaminya

"Wanita adalah pemimpin di dalam rumah suaminya dan akan ditanya tentang kepemimpinannya itu ".

Menjaga kaum wanita pula, maka Islam membatasi poligami bagi laki-laki tidak boleh lebih dari empat. Itu pun dengan syarat kaum laki-laki harus mampu berbuat adil dalam mempergauli para wanita.

Ayat-ayat Cinta


Saya sedang membaca novel Ayat-ayat Cinta yg ditulis oleh Habiburrahman El-Shirazy....huh...memang best....tulisannye memang unik....menghiburkan dan dapat menginsafkan terutamanya orang macam sy yg berdosa pada ALLAH S.W.T.....semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan melimpahkan hidayahnya kepada kite...amin....

Kesan Banyak Makan


Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Minhajul 'Abidin telah menukilkan tentang 10 kesan bahaya apabila terlalu kenyang

1. Banyak makan menyebabkan hati menjadi keras

2. Banyak makan membangkitkan segala anggota dalam berbuat perkara yang sia-sia dan kejahatan

3. Banyak makan membinasakan kecerdikan dan kepintaran serta menyebabkan sedikit faham dan kurang pengetahuan

4. Banyak makan mengurangkan amal ibadat kerana manusia apabila banyak makan menyebabkan berat badannya yang membawa kepada mengantuk dan malas. 5. Banyak makan menyebabkan kurang selesa ketika menunaikan ibadat

6. Banyak makan ditakuti jatuh kepada yang haram atau syubhat

7. Banyak makan menyebabkan hati sentiasa risau berkenaannya, memenatkan badan untuk mencari serta menyediakannya. Begitu juga untuk memakannya dan melepaskan mudharatnya

8. Banyak makan menyebabkan bersangatan sakit ketika mati kerana kesakitan dan kesusahan ketika mati bergantung kepada sekadar mana kesedapan dunia yang dinikmati oleh kita

9. Banyak makan menyebabkan kurangnya pahala akhirat

10. Banyak makan menyebabkan banyak hisab diakhirat

Rujukan :
1. Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muttalib al-Indonesi, Penawar Bagi Hati, Matba'ah bin Halabi.