Kesan Banyak Makan


Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Minhajul 'Abidin telah menukilkan tentang 10 kesan bahaya apabila terlalu kenyang

1. Banyak makan menyebabkan hati menjadi keras

2. Banyak makan membangkitkan segala anggota dalam berbuat perkara yang sia-sia dan kejahatan

3. Banyak makan membinasakan kecerdikan dan kepintaran serta menyebabkan sedikit faham dan kurang pengetahuan

4. Banyak makan mengurangkan amal ibadat kerana manusia apabila banyak makan menyebabkan berat badannya yang membawa kepada mengantuk dan malas. 5. Banyak makan menyebabkan kurang selesa ketika menunaikan ibadat

6. Banyak makan ditakuti jatuh kepada yang haram atau syubhat

7. Banyak makan menyebabkan hati sentiasa risau berkenaannya, memenatkan badan untuk mencari serta menyediakannya. Begitu juga untuk memakannya dan melepaskan mudharatnya

8. Banyak makan menyebabkan bersangatan sakit ketika mati kerana kesakitan dan kesusahan ketika mati bergantung kepada sekadar mana kesedapan dunia yang dinikmati oleh kita

9. Banyak makan menyebabkan kurangnya pahala akhirat

10. Banyak makan menyebabkan banyak hisab diakhirat

Rujukan :
1. Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muttalib al-Indonesi, Penawar Bagi Hati, Matba'ah bin Halabi.

0 comments: