Beruntunglah orang yang lebih disibukkan oleh
aibnya sendiri daripada sibuk dengan aib-aib
orang lain. Beruntunglah orang yang tidak
mengenal orang-orang dan orang-orang pun tidak
mengenalnya. Dan beruntunglah orang yang hidup,
tetapi dia seperti orang yang mati; dan dia ada,
tetapi dia seperti orang yang tidak ada. Dia telah
menjadikan tetangganya terbebas dari kebaikan
dan keburukannya. Dia tidak pernah bertanya
tentang orang-orang, dan orang-orang pun tidak
pernah bertanya tentang dirinya.
Maka hendaklah seseorang di antara kalian
menjauhkan diri dari aib orang lain yang
diketahuinya kerana dia mengetahui aib dirinya
sendiri. Dan hendaklah dia menyibukkan diri
dengan bersyukur kerana kesihatan yang diberikan
Allah kepadanya, sementara orang lain
mendapatkan cubaan dengannya (ditimpa
penyakit).
Maka bagaimana seorang pencela, iaitu yang
mencela saudaranya dan mencemuh dengan
musibah yang menimpa saudaranya itu? Apakah
dia tidak ingat bahwasanya Allah telah menutupi
dosa-dosanya, padahal dosanya itu lebih besar
daripada dosa saudaranya yang dicela itu?
Janganlah engkau tergesa-gesa mencela seseorang
kerana dosanya. Sebab, barangkali dosanya telah
diampuni. Dan janganlah engkau merasa aman
akan dirimu kerana suatu dosa kecil. Sebab,
barangkali engkau akan diazab kerana dosa
kecilmu itu.
Source.fb kerabat sufi
0 comments:
Post a Comment