Manusia akan percaya pembohongan yang selalu didengarnya. Minda manusia memang diset macam tu.
Sekarang ni sektor agama diserang kiri kanan depan belakang.
Baik media massa, baik fb.
Hujah geng atheist ni ada 2 core.
1. Mempersoalkan agama.
2. Justifications menggunakan logik akal.
Takde pilihan dah... Kalau nak selamatkan iman, memang kena asingkan diri dah.
Tutup segala socmed.
Sekarang ni, golongan yang tampak seperti alim pun ramai yang tunggang agama.
Sekarang ni zaman yang dikatakan dalam hadis iaitu orang yang paling mulia adalah orang beriman yang diapit oleh 2 orang ulama.
Sekarang ni adalah zaman orang melarikan diri ke gunung2 untuk selamatkan iman.
Kalau kita masih terkejar2 nak banglo, nak kereta honda, nak investment pulangan 100% sebulan, nak buat "good debt" konon2nya. Investment loan katanya.
Percaya la, korang sedang menjual akhirat untuk dunia.
Perjudian di mana iman menjadi taruhan.
Tapi, kalau iman tu takde value bagi korang, go on je la. Hak individu ma. Yg kene soal pun korang.
Aku dah bagitau, bahagian aku dah lepas.
Akal ni gunanya untuk berfikir, dan membezakan antara baik dan buruk.
Iman ni adalah keyakinan kuasa 2. Selagi ada akal terlibat, ia hanyalah kepercayaan, belum capai tahap keimanan.
Kepercayaan kuasa dua = keyakinan.
Keyakinan kuasa dua = keimanan.
Keimanan tak perlukan akal.
Orang beriman x perlukan bukti untuk beriman.
Orang kafir xkan beriman walaupun diberikan sejuta bukti.
Mungkin kau rasa aku gila sebab tulis macam ni, tapi kau tu siuman ke?
Susah2 kau jual MASA dan USAHA setiap hari dengan bekerja, lepas tu kau derma gitu je duit tu kat bank dalam bentuk riba sebab bank bagi loan, sedangkan bank cipta duit loan kau tu atas angin je.
Siuman ke tu?
Ni zaman mengasingkan diri, sebelum tiba zaman makanan dan kekayaan semua kat tangan Dajjal.
Kita makan zikir je.
Aku x tau la kau percaya kita betul2 makan zikir je.
Aku dah try, x sempat 2 hari, aku carik nasik.
Mungkin makan zikir tu maksudnya kita bersabar dengan mengingati bahawa semua ni ujian dari Allah swt. Kalau mati kelaparan pun, matilahhh. Mati dalam keadaan mengingati Allah.
Not a bad ending, rite?
Apa2 hal pun, gi baca balik Khutbah Terakhir Rasulullah saw.
Cp fb muhammad iftitah
0 comments:
Post a Comment