Solat

Solat - Syarat,rukun dan perkara membatalkan

Sekadar review untuk mengingatkan diri sendiri kepada tiang agama:
Syarat dan Rukun Sembahyang
Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:-
  • 1. Orang Islam.
  • 2. Menghadap arah Kiblat
  • 3. Suci dari Haidh, Nifas dan Junub.
  • 4. Akil baligh
  • 5. Berakal.
  • 6. Melihat atau mendengar.
  • 7. Jaga (tidak tidur)
  • 8. Sudah masuk waktu sembahyang.
 
Syarat Sah Sembahyang
Syarat-syarat sah sembahyang ialah:-
  • 1. Sesudah masuk waktu sembahyang.
  • 2. Menghadap ke arah Kiblat.
  • 3. Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
  • 4. Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.
  • 5. Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.
 

Blog-blog Konspirasi

Alhamdullilah....syukur kepada Allah s.w.t...masih mampu bernafas hingga saat ini....dengan izin dan upayaNYA....hari ini...kita dapat lihat kebanjiran blog-blog konspirasi di malaysia...bagi aku(lebih rapat berbanding "saya")...ini adalah satu petanda yang cukup baik...banyak maklumat-maklumat yang baru dan segar dapat kita peroleh...bukan sekadar untuk membaca....tetapi untuk kita menggunakan AKAL yang telah di anugerahkan dengan lebih baik....bukak minda...berfikir...keluar dari JAJAHAN MINDA yang ditinggalkan oleh penjajah....antara blog-blog konspirasi tersebut adalah jejak tinggalan rasul,awaken dan freeourmind...