- Syarat dan Rukun Sembahyang
- Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:-
- 1. Orang Islam.
- 2. Menghadap arah Kiblat
- 3. Suci dari Haidh, Nifas dan Junub.
- 4. Akil baligh
- 5. Berakal.
- 6. Melihat atau mendengar.
- 7. Jaga (tidak tidur)
- 8. Sudah masuk waktu sembahyang.
- Syarat Sah Sembahyang
- Syarat-syarat sah sembahyang ialah:-
- 1. Sesudah masuk waktu sembahyang.
- 2. Menghadap ke arah Kiblat.
- 3. Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
- 4. Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.
- 5. Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.
- Rukun Sembahyang
- Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.
- 1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
- 2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
- 3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
- 4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.
- 5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
- 6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
- 7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
- 8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
- 9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
- 10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
- 11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
- 12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
- 13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.
- Perkara Yang Membatalkan Sembahyang
- Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:-
- 1. Batal Wuduk.
- 2. Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).
- 3. Terbuka Aurat.
- 4. Melangkah, tiga langkah berturut-turut.
- 5. Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.
- 6. Tertawa Terbahak-bahak.
- 7. Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.
- 8. Berubah Niat.
- 9. Mendahulu Imam sampai dua rukun.
- 10. Meninggalkan rukun Sembahyang.
- (*THUMAKNINAH - berhenti seketika dalam waktu lebih lama).
http://www.angelfire.com/pro/sembahyang/rukun.html
0 comments:
Post a Comment